Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, March 14, 2010

SYARAT-SYARAT [PERTANDINGAN NASYID PIALA RABBANI]

BERITA @ FN



SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN NASYID PIALA RABBANI

1. PENDAHULUAN

i. Pertandingan Nasyid Piala Rabbani adalah Pertandingan Nasyid Terbuka yang diadakan bersempena Program Sinar Muhibbah, anjuran Telekom Malaysia Berhad, yang bakal berlangsung di Star Mall, Kedah pada 26 Mac 2010 ini, bermula pada jam 10 pagi.

ii. Syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Nasyid Piala Rabbani diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan nasyid dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil.

2. JAWATANKUASA PENGELOLA

i. Pertandingan Nasyid Piala Rabbani adalah anjuran Rabbani Productions (M) Sdn Bhd.

ii. Satu Jawatankuasa Kerja/Teknikal yang terdiri dari tenaga profesional Rabbani Productions (M) Sdn Bhd yang biasa terlibat dalam industri hiburan ditubuhkan untuk menguruskan segala perkara yang berhubung dengan penghakiman dan urusan pertandingan.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

i. Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi dari 10 orang ahli, samaada lelaki atau perempuan tetapi tidak boleh bercampur.

ii. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam.

iii. Segala perbelanjaan kumpulan yang meliputi kos perjalanan, makan, minum, latihan, susunan muzik (music arrangement) pakaian dan sebagainya adalah tanggungjawab kumpulan masing-masing.

iv. Rakaman video dan/atau audio oleh pihak penganjur adalah menjadi hak milik penganjur.

v. Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat sesuai dengan nilai-nilai Islam.

vi. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Mac 2010 sebelum jam 12.00 tengahari.

vii. Setiap ahli kumpulan perlu membayar sebanyak RM10 seorang sebagai yuran penyertaan (Bermakna 5 ahli kumpulan = RM50.00).

4. LAGU DAN LIRIK

i. Peserta dibenarkan menyampaikan lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan oleh Kumpulan Rabbani sahaja. Penggunaan lirik dan lagu baru tidak dibenarkan.

ii. Peserta tidak boleh mengubah lirik dan lagu asal.

iii. Setiap persembahan yang dibuat hendaklah tidak melebihi masa 7 minit.

5. MUZIK IRINGAN

i. Peserta hendaklah menggunakan rakaman iringan muzik (Minus Two) yang tidak ada suara latar (Backup Vocal) di dalam rakaman muzik tersebut. Rakaman iringan muzik tersebut hendaklah diberikan kepada pihak penganjur di dalam format audio di dalam cakera padat (CD) semasa pendaftaran dibuat.
atau

ii. Pengunaan alat muzik perkusi (percussion) sahaja yang dibenarkan.

6. PENGHAKIMAN

Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantik oleh pihak penganjur dan keputusan adalah muktamad. Penghakiman berdasarkan pada aspek-aspek berikut :-

i. Suara Utama :

(i) Kemerduan (Golden Voice)
(ii) Nada suara (Pitching)
(iii)Bentuk Suara (Tone)
(iv) Getaran Suara (Vibration)
(v) Teknik pengeluaran suara
(vi) Penghayatan (feel) vokal utama
(vii) Kreativiti

ii. Suara Latar :

(i) Keseragaman suara latar.
(ii) Pembentukan chord (triod) unisen, 3rd & 5th atau alternetif chords.
(iii)Kemerduan (Golden Voice).
(iv) Nada suara (Pitching).
(v) Bentuk Suara (Tone).
(vi) Getaran Suara (Vibration)
(vii) Teknik pengeluaran suara.
(viii) Penghayatan (feel) vokal utama.
(ix) Kreativiti

iii. Persembahan:

(i) Kombinasi berkumpulan
(ii) Gaya yang menarik dan kreatif.
(iii)Menguasai dan tarikan kepada penonton.
(iv) Pemilihan lirik dan lagu yang bersesuaian.
(v) Pakaian yang bersesuaian dengan persembahan.

7. HADIAH

Hadiah yang bakal dibawa pulang oleh pemenang adalah seperti berikut:

i. Tempat Pertama : Wang Tunai bernilai RM1000 +Piala Rabbani+Sijil Penyertaan

ii. Tempat Kedua : Wang Tunai bernilai RM700+Sijil Penyertaan

iii. Tempat Ketiga : Wang Tunai bernilai RM500+Sijil Penyertaan

iv. Persembahan Terbaik : Wang Tunai bernilai RM300+Sijil Penyertaan

8. LAIN-LAIN KETERANGAN

i. Sebarang kemalangan dan/atau kecederaan ke atas peserta semasa pertandingan ini berlangsung adalah di atas tanggungjawab peserta dan tidak boleh dituntut daripada pihak penganjur.

ii. Semua syarat-syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur adalah wajib dipatuhi oleh setiap peserta.

iii. Sebarang pertanyaan atau maklumat sila berhubung dengan pegawai kami Cik Sharinna Osman (017-2660588).

Peserta yang berminat hendaklah mengisi dengan lengkap borang yang disediakan oleh pihak penganjur dan menghantar penyertaan beserta dengan salinan kad pengenalan setiap ahli kumpulan kepada :-

RABBANI PRODUCTIONS (M) SDN BHD
19-1, JALAN 11/62A
BANDAR MENJALARA
52200 KUALA LUMPUR.
TEL : 03-6272 1225
FAX : 03-6275 1977
EMAIL : rabbanigroup@gmail.com


BERITA @ FN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More