Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, April 16, 2010

SAUTUL HAQ TELOK MAS MELAKA JUARA [BNM 2010]

BERITA @ FN

Bintang Nasyid Mu'min 2010 Peringkat Negeri Melaka

Jelajah Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min 2010 diteruskan lagi. Kini lokasi keduanya adalah bandar bersejarah, Melaka. Bertempat di pusat membeli belah Melaka Mall pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat pengeluar ubat gigi Mu’min, Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd. dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka berjalan lancar dengan sambutan baik dari peserta dan penonton yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut.

Sebanyak 9 kumpulan dari sekolah-sekolah sekitar Melaka menyertai pertandingan tersebut . Objektif utama penganjuran adalah memartabatkan irama nasyid sebagai salah satu cabang kesenian Islam agar terus berkembang dan dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat.

Antara juri yang mengadili pertandingan ini adalah kumpulan Mestica. Pertandingan ini juga diserikan dengan persembahan Kumpulan Mestica diakhir program.

Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh barisan tetamu kehormat iaitu Encik Amirullah Hj. Abdullah, Pengerusi Eksekutif Al Meswak Mu'min Sdn. Bhd., YB Datuk Haji Ghazali Bin Muhammad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Ustaz Zawawi Bin Mat Zin wakil Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka dan Puan Fauziah.

Kumpulan Sautul Haq, Sek. Keb. Telok Mas, Melaka dinobatkan sebagai juara seterusnya mewakili negeri Melaka untuk Pertandingan Akhir Bintang Nasyid Mu’min 2010. Tempat pertama membawa pulang wang tunai bernilai RM 700, sijil dan produk Mu'min. Kemenangan juga berpihak kepada kumpulan Saidatul Anum dari Sek. Keb. Serkam, Merlimau, Melaka dan kumpulan Soautul Irsyad dari Sek. Keb. Tengkera 1, Jalan Tengkera, Melaka, masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. Pemenang tempat kedua membawa pulang wang tunai bernilai RM 500, sijil, dan produk barangan Mu'min dan pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai bernilai RM 300, sijil dan produk barangan Mu'min.

Selain itu terdapat tiga anugerah khas turut dipertandingkan iaitu kategori kostum terbaik yang di menangi oleh kumpulan Sauthoul Imtiaz dari SRA Jaim, Telok Berembang, Lubuk Cina, vokal lelaki terbaik yang di menangi oleh adik Muhammad Izzad Imaduddin Bin Azhar dari kumpulan Sautul Haq dan vokal perempuan terbaik di menangi oleh adik Amira Mursyida Binti Nor Azman dari kumpulan Saidatul Anum. Hadiah bagi anugerah khas ini ditaja oleh Bank Rakyat. Saguhati pula membawa pulang sijil dan produk barangan Mu'min .

Pertandingan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Nasyeed.com.

Nantikan pertandingan seterusnya yang bakal diadakan di Negeri Sembilan pada 24 April 2010 di Pusat Dakwah Paroi.

Keputusan Akhir BNM 2010 Peringkat Negeri Melaka

Tempat Pertama : Kumpulan Sautul Haq, Sek. Keb. Telok Mas, Melaka

Tempat Kedua : Kumpulan Saidatul Anum, Sek. Keb. Serkam, Merlimau, Melaka

Tempat ketiga : Kumpulan Soautul Irsyad, Sek. Keb. Tengkera 1, Jalan Tengkera, Melaka,

Saguhati : Kumpulan Sauthoul Imtiaz, SRA Jaim Telok Berembang, Lubuk Cina

Kumpulan Soutul Al-Insyirah, Sek. Keb. Dato’ Naning Alor Gajah, Melaka Soutul Al-Insyirah

Kumpulan Sautul Ishqi, Sek. Keb. Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka

Kumpulan Sautol Ammal, SRA Jaim Peringgit, Melaka

Kumpulan Al Mu’min, SRA Jaim Ayer Panas, Bemban Melaka

Kumpulan Al-Mukmin, Sek. Rendah Arab Jaim Pernu, Melaka

Kostum Terbaik : Kumpulan Sauthoul Imtiaz, SRA Jaim Telok Berembang, Lubuk Cina

Vokal Terbaik (L) : Adik Muhammad Izzad Imaduddin Bin Azhar (Kumpulan Sautul Haq)

Vokal Terbaik (P) : Adik Amira Mursyida Binti Nor Azman (Kumpulan Saidatul Anum)

Berita Oleh : Sis Malyana

Foto Oleh : Sis Shiera ( shahirah@nasyeed.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )

Bro Sufian Saujana selaku Pengerusi Majlis
Persembahan bertenaga oleh para peserta
Persembahan bersahaja oleh Kumpulan Sautol Ammal, Sra Jaim Peringgit, Melaka
Kumpulan Mestica selaku juri pertandingan
Persembahan kreatif yang turut memberi saingan
Persembahan mantap oleh Kumpulan Mestica
Ucapan oleh Encik Amirullah Hj. Abdullah,
Pengerusi Eksekutif Al Meswak Mu'min Sdn. Bhd.
Ucapan oleh YB Datuk Haji Ghazali Bin Muhammad,
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Melaka
Vokal Lelaki Terbaik, Adik Muhammad Izzad Imaduddin Bin Azhar
(Kumpulan Sautul Haq)

Vokal Terbaik Perempuan, Adik Amira Mursyida Binti Nor Azman
(Kumpulan Saidatul Anum)
Kumpulan Sauthoul Imtiaz, SRA Jaim Telok Berembang, Lubuk Cina
(Kostum Terbaik)

Kumpulan Sautul Haq, Sek. Keb. Telok Mas, Melaka
(Tempat Pertama BNM Peringkat Negeri Melaka)
Kumpulan Saidatul Anum, Sek. Keb. Serkam, Merlimau, Melaka
(Tempat Kedua BNM Peringkat Negeri Melaka)
Kumpulan Soautul Irsyad, Sek. Keb. Tengkera 1, Jalan Tengkera, Melaka,
(Tempat Ketiga BNM Peringkat Negeri Melaka)

Sumber : NASYEED.COM


BERITA @ FN


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More