Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, April 22, 2010

ULASAN ALBUM HIJJAZ 1431H

BERITA@FN

Edit Design by : FN


ULASAN ALBUM PERMATA HIJJAZ 1431 H

Hijjaz, nama gah yang lahir 13 tahun dahulu kini muncul kembali, selepas lima tahun menyepi. Menunggu karya terbaru daripada salah satu daripada tiga kumpulan yang membentuk Industri nasyid di alaf 21 ini sememangnya berbaloi. Apatah lagi, kumpulan ini juga ‘bertanggungjawab’ membuka jalan kepada hampir 10 penasyid lain sehingga berjaya.

Lima tahun menunggu, nah, keluar satu album yang boleh dianggap sebagai masterpiece sepanjang karier mereka. Dan boleh dikatakan, mereka telah mengeluarkan apa yang mereka mahukan sepanjang masa itu.

Membuka dan membelek kulit album mereka kali ini, saya amat terkejut. Wow, ini betul-betul punya gempak, baik dari segi design mahupun kualiti paper pada inlay itu sendiri. Dengan berlatar-belakangkan ala2 Cordoba, mereka cukup lengkap visualnya pada kulit album ini. Dengan gambar-gambar belakang tabir, para pemuzik dan semua yang terlibat dalam album ini. Jadi, seperti biasa, mari kita review track by track lagu mereka

1. Gurindam Berkasih - Membuka track permulaan dalam album ini dengan irama asli. Mood hype dalam lagu ini, dengan tema kemasyarakatan pada liriknya, membuka album ini dgn mood yang cukup ceria dan segar. Memang tepat dengan susun aturnya sebagai track pembukaan. Pembukaan yang tepat!

2. Embun Hidayah – Track inikah yang mahu dibikin single utama? Jika ya, maka saya amat setuju. Lagu ini agak moderate sikit iramanya, dengan muzik yang padat... orkestra semua, cukup solid. Melodi pula mudah melekat sejak mula mendengar. Ya, ini track ‘killer song” di dalam album ini.

3. Satu Amanah – Track mellow bermula. Rasanya lagu ni banyak menguji vokal Munif. Muziknya. Track ini kedengaran serius, baik dari segi lirik, muziknya mahupun vokal. Ballad yang dimasukkan sedikit moderate muziknya.

4. Syukur Pada-Mu – Pengaruh muzik-muzik pop yang laju meresap dalam lagu ni. Sekali dengar macam lagu M.Nasir pun ada. Memang cukup laju lagu ni. Dengan up beatnya. Kedengaran segar. Ditambah dengan string orkestra yang bijak mencelah antara track gitar dan dram.

5. Ratu Nil (Yukabid) – Mereka cuba mengulangi kejayaan lagu berhantu ‘Sumayyah’. Walaupun ia bukan mudah, tambahan pula lagu itu telah menjadi anthem. Tapi bila dengar lagu ni, aku amat yakin kalo kne gayanya, lagu ini oleh jadi lebih hebat drpd Sumayyah. Lagu yang cukup solid, dan kedengaran berat pembawaanya. Track pilihan terbaik album ini!

6. Neraca Diri - Ballad yang sebenar dalam album ni. Cubaan pertama Arifin Hijjaz menulis untuk Hijjaz sendiri tampak hasilnya yang terbaik. Nice ballad, cuma stringnya macam tak cukup tebal... urgh, mungkinkah selera telinga aku sudah makin berat? Huhu. Kedengaran solo gitar cukup mengasyikan walaupun pendek. Kalo ada sound timpani mungkin best

7. Ala Baladi – Yeahhh, arab time!! Lagu ni diolah betul2 dgn irama padang pasir. Lama tak dengar Hijjaz main lagu arab, dan kali ni memang btol2 style arab gelek...hahaha... Errr, mana terjemaahan lirik dalam bahasa Melayu kat booklet tu?? By the way, nice song

8. Engkau Insan Sempurna – Tak lengkap sebuah album nasyid tanpa sebuah lagu untuk Rasulullah, dan tradisi itu sememangnya diisi Hijjaz disetiap album mereka. Cuma kali ini, mereka mengolah dengan irama yang moderate. Ada suara horns lagu ni. Pop biasa yang sedap diadun muziknya.

9. Kekasih Agung 1431- Urghh, macam pernah dengar lagu ni. Tapi, tak mengapa, sebab olahan lagu ini cukup segar. Vokal Munif cuba untuk meretro modenkan lagu ini. Haa, baru nampak percussion upfront sket. Retro yang segar. Cuma, macam ringan sket lagu ni. Kat mana ekkk

10. Iman Islam Ehsan – Sudah seperti mau ke arah muzik 70/80an. Pengaruh Bee Gees, Abba kedengaran disana sini terutama kat intro. Seblum diadun dgn muzik pop biasa. Cuba mendaki semula mood hype seperti awal album.

11. Kalimah Utama – Karya Dakmie selalunya sedikit dark. Begitu juga lagu ni. Kedengaran dark, ditambah dengan koir yang biasa mengiringi artis tanah air. Betul-betul melayang dengar lagu ni. Best....

Tidak lagi programming keras macam robot dalam album ini, sebaliknya semua muziknya dimainkan Live... kalo didengar, agak banyak elemen2 berat dalam album ni, tapi diolah dengan gaya Hijjaz dan muzik pop yang tak keterlaluan. Terlampau banyak elemen tak dijangka dalam album ini. Mereka akhirnya menyahut cabar untuk berevolusi.. dan evolusi itu menjadi PERMATA


Sumber : AIZAX

BERITA@FN




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

2 comments:

pergh... bc ulasan sj dh mcm dgr album 2h sndiri.. wajib dptkn cpt2 ni :)

PENDENGAR SETIA PRODUK RAKAMAN HRSB

dari :Farids Al-Nurry (Facebook.com)

terlebih dahulum salam hormat buat dan tahniah buat kump. Hijjaz....... saya cuma ingin bertanya bila pulak saudara Mohar atau Hijjaz nak wat kuar ALBUM BARU dari sentuhan seruling saudara MOHAR ??? adapun saya ucapkan sekali lagi buat HIJJAZ dalam keluaran album MOHAR yang pertama dulu, kerana 1)saya lebih meminati semua muzik2 tanpa lagu.kerana ianya boleh menjadi satu momentom untuk org spt saya mencari aidea2 dalam menyelesaikan masalah n ianya juga sebenarnya menenangkan. 2)ianya dapat menyaingi kebanyakan album seumpama muzik dari sentuhan kitaro, micheal gunn dan lain2... saya mengharapkan HIJJAz dapat lebih menghalusi dalam keluaan ambum seperti ini...saya tetap menunggu album seperti itu, kerana saya kurang berminat lagu2 berdayu2 tp tidak masuk dalam hati ini...nak berdayu boleh tapi biarlah macam lagu HIJJAZ, RABBANI dan MAHER ZAIN menusuk dalam hati...macam baca buku prof. dr. hamka "tenggelamnya kapal van der vijek"...syukran jazakallah

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More