Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, May 5, 2010

AKAN DATANG ALBUM Oli Theidum [Mencari Cahaya]


SPECIAL PROJEK
[NASYID TAMIL]Oli Theidum [ Mencari Cahaya ]

Jarang sekali kita mendengar munsyid kita membawa lagu Tamil dalam versi nasyid.Untuk pengetahuan semua peminat nasyid beberapa anggota kumpulan Fareast iaitu Fadzli dan Azwan serta dua rakan munsyid yang lain Zaidi Rustam daripada kumpulan Wildan dan Mu'adz Dzulkefly bergabung untuk special projek mereka dalam [ Nasyid versi Tamil ] yang dibimbing oleh Yuwarajah Krishnan juga komposer lagu dan lirik di dalam lagu Alhamdulillah dan Iraiyone Ya Rahmane.Yuwarajah Krishnan berkata beliau telah membuat kaji selidik melalui penyanyi lagenda Tamil nasyid terkenal iaitu Haji Nagoor E.M Hanifa yang merupakan seorang muslim.

Kita doakan semoga special projek ni berjalan dengan lancar dan yang paling penting kita tidak sabar mendengar lagu nasyid Tamil yang mereka akan alunkan nanti serta kita dapat menguji kemampuan mereka membawakan lagu nasyid Tamil dengan sebaiknya,insyaAllah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Fareast sila layari facebook mereka disini : FAREAST FANS


p/s : Thanks for YUWA and AZWAN Fareast



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More