Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, June 4, 2010

PENYIAR RASMI SERIFM DOT NET HANYA DI FN

BERITA @ FN

JALINAN KERJASAMA SERIFM.NET DAN FENOMENASYID


Segmen Cahaya Nasyid bersama Dj Miftah
Jam 6pm-9pm

Suatu Lembaran baru bagi fenomenasyid berkembang dengan lebih meluas dalam industri nasyid.Alhamdulillah kami berasa teruja dan terharu dengan sokongan peminat FN terima kasih banyak-banyak kerana semua ini untuk anda tanpa anda pasti FN tidak kehadapan hingga hari ini.

Berita baik ingin kami kongsikan bersama anda semua bahawa pihak serifm ingin bekerjasama dengan Fenomena Nasyid ( FN ) dan telah memberikan kepercayaan kepada kami sebagai penyiar rasmi radio serifm .Radio serifm juga baru di tubuhkan pada Oktober 2009 serta masih lagi baru di dalam bidang penyiaran radio secara online.

Sejak akhir2 ini banyak radio secara online kian pesat bak meniti arus pemodenan kini yang digunakan sebagai medium interaksi tanpa sempadan dimana jua anda berada di dalam negara mahupun diluar negara.

Disini kami ingin berkongsi maklumat bersama anda mengenai latar belakang Serifm.net. SeriFM adalah nama yang diberikan kepada sebuah radio internet yang ditubuhkan secara informal pada bulan Oktober 2009.Radio streaming secara “online” ini boleh diakses melalui www.serifm.net atau menggunakan url : http://stereo.serifm.net:8000 melalui internet atau menggunakan telefon bimbit terpilih jenama NOKIA.

Pada 2 Dis 2009, SeriFM secara rasminya telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat dengan maklumat seperti berikut :

SERIFM Entertainment and Services (NS0063963-U)
RC 12, Arked MARA, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Tel: 06 4585079, Fax: 06 6111040 HP: 013 6136492

Pengasas serifm seperti berikut :

1- Perkataan asal serifm adalah yhserifm,kemudian ditukar kepada serifm agar mudah disebut.
2- Pengasasnya En Yahya ( yhseri) bin Yusuf,dj abnor dan dj faizal .
3- Berkonti digempol ( Negeri Sembilan ) .


Matlamat SeriFM adalah seperti berikut :

1-Mewujudkan satu komuniti yang berinformasi, berpengetahuan disamping berhibur Objektif.
2-Menggunakan saluran siber untuk menyebarkan informasi, pengetahuan melalui www.serifm.net.
3-Menggunakan SERIFM sebagai tapak komuniti.
4-Menggunakan musik sebagai salah satu kaedah berhibur.

Berikut adalah nama staf-staf di serifm :

1- Dj Aifirah,
2- Dj Miftah,
3- Dj Abnor,
4- Dj Faiz
5- Dj Arissa
6- Dj Adrin
7- Dj Saiful

Harap maaf kepada Dj 2 yang lain kerana tidak dapat disebutkan semua nama anda . Tahniah semua staf serifm semoga anda berjaya.

Adakah Anda mengenali Dj Miftah ?, beliau merupakan dj serifm yang keudara jam 6pm-9pm di Cahaya Nasyid pada setiap hari.Pasti ramai dikalangan kita sudah mengenalinya ataupun tidak.Buat pengetahuan anda semua peminat nasyid,radio serifm ini bukan 100% nasyid,ini adalah kerana konsep yang dibawakan oleh serifm berbeza dgn radio 2 seangkatannya seperti erafm,hotfm,thrfm,sinarfm dan sebagainya.

Uniknya serifm ini adalah satu2 nya radio yang mempunyai segmen nasyid dan setiap kali masuknya waktu azan berkumandang,radio serifm akan berhenti seketika dengan memberi laluan pada waktu azan ..kerana kita sebagai seorang muslim wajib menghormati azan dan menjawab azab kembali. Jangan pula kita menghormati yang selain daripadanya melebihi daripada azan kerana ia perintah Allah kepada Hambanya.

Ramai tertanya2 kemanakah menghilangnya Dj Miftah,kerana sebelum ini beliau pernah terbabit atau bertugas di dalam bidang penyiaran radio dinasyidfm selama ( 3 tahun lebih) bermula 2007-2009.Namun begitu, bukan mudah bagi beliau membuat keputusan untuk berundur dari nasyidfm kerana segala kenangan pahit manis dalam nasyidfm tidak dapat dilupakan sehingga nasyidfm kini kian popular dan digilai peminat2 nasyid akhir 2 ini.

Alhamdulillah perkembangan baik bagi industri nasyid kita untuk berkembang dengan lebih baik serta menjadikan ia sebagai salah satu media elektronik masa kini.Jika lihat di Malaysia Ikim.fm telah membuka mata pandangan masyarakat bahawa lagu2 nasyid kini mampu setanding dengan pemuzik di tanah air yang bukan nasyid.Ikim dot fm kini mendapat pengiktirafan sebagai radio islamik pertama yang popular dikalangan peminat nasyid khususnya di Malaysia dan kini diikuti pula radio salamfm.

Berbalik pada Dj miftah,beliau secara rasminya telah berhenti bertugas di konti nasyidfm pada awal bulan tahun 2010. Dan kini ia kembali diserifm dengan mengekalkan nasyid sebagai identitinya. Serba sedikit info mengenai Dj miftah beliau adalah anak kelahiran Singapura dan setiap kali beliau on air atau keudara dengan segmen cahaya nasyid beliau berada di singapura.Inilah kehebatan dunia siber dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa batasan.Radio secara online banyak faedah yang kita perolehi kerana ia mampu didengari ke seluruh dunia.

Buat pengetahuan anda semua bahawa dj miftah yang dulunya bermula meminati dalam bidang penyiaran adalah disebabkan tertarik dengan gaya penyampaian Dj Ibu Mithali ( gelaran seorang dj) di http://www.tranungkite.net/v10/.Maka di situ lah ia bermula karier sebagai penyampai radio di tranungkite.net kemudian berpindah di nasyidfm dan kini mengorak langkah di serifm.

Semangatnya kental tidak putar walaupun sedikit,dalam menyampaikan dakwah selama 3 tahun lebih di nasyidfm kini beralih ke radio serifm.net. Semoga penghijrahan beliau di serifm dapat diterima baik oleh peminat nasyid khususnya yang mengenali celotehnya di nasyidfm. Mengikut stastik pendengar di serifm kebanyakkan pendengar adalah berstatus pekerja.Dengan pendedahan baru dalam serifm.net iaitu segmen Cahaya Nasyid dapat diterima baik bagi kalangan yang bukan meminati nasyid .

Dengan kewujudan radio serifm online dapat mengeratkan lagi hubungan dengan para munsyid (penasyid) dengan penyanyi bukan nasyid.Salah satu faedah yang boleh kita dapat lihat disini adalah para pendengar yang tidak minat dengan nasyid atau tidak mengenali nasyid akan lebih mengenali dan dapat menyukai setiap lagu2 nasyid yang diputarkan.Peringkat ini juga memberi peluang yang terbaik untuk memberikan sedikit informasi islamik kepada para pendengar dan juga dalam berdakwah.Alhamdulillah tahniah kepada staf 2 serifm dengan kewujudan radio serifm.Semoga ia dapat terus bertakhta di hati semua pendengar dengan tagline sentiasa di hati.

Untuk maklumat lanjut mengenai serifm anda boleh layari website rasmi yang kini masih diperingkat kemas kini : http://www.serifm.net/ . Dan juga untuk mengetahui perkembangan terkini Dj Miftah layari : http://miftahulhaqq.blogspot.com/.







Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

2 comments:

salam best nyew baru saya tahu dengan perkembangan radio terkini tahniah buat serifm dan juga FENOMENA NASYID..saya bukanlah peminat nasyid tapi sejak saya mula masuk disini saya sering mengikuti perkembang serifm juga FN.Tahniah sekali lagi

Waalaikumussalam ..alhamdulillah terima kasih diatas sokongan anda serta kunjungan anda di FN..semoga ukhwah kita bertaut dlm memartabatkan Industri Nasyid Dan Industri Muzik Tanah Air...terima banyak2

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More