Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, June 28, 2010

USAHA WUJUDKAN "KTI ZIARAH MUNSYID VETERAN"

BERITA @ FN

KTI ZIARAH MUNSYID VETERAN


Dalam kehangatan program Kau Di Hatiku 3 yang baru sahaja berlangsung dan penantian program Rehlah KTI 2010 ke Cameron, pihak Saf Kepimpinan KTI 2010 dengan 'perkenan' pihak Inteam Records akan menganjurkan program amal ringkas KTI ZIARAH MUNSYID VETERAN. Program ini adalah hasil idea daripada sahabat KTI juga, Azinasiti.

Program setengah hari ini bertujuan untuk:

1. menziarahi munsyid veteran/ bekas munsyid yang sedang uzur atau sesiapa sahaja yang berkecimpung dalam bidang seni dakwah. (termasuk Taranum Al-Quran, zikir)

2. bertanya khabar dan menyatakan keprihatinan KTI terhadap insan-insan yang pernah berjasa dalam menyebarluaskan dakwah.

3. memberi sedikit sumbangan dan bantuan dari aspek kewangan ataupun bantuan fizikal (yang difikirkan perlu bergantung kepada keadaan)

4. berusaha untuk membantu mereka yang uzur untuk mendapatkan bantuan kewangan dari Pusat Zakat/seniman dan sebagainya (jika perlu)

dan lain-lain lagi.

Bagi tujuan ini, kami membuka ruang untuk semua teman KTI untuk mencadangkan munsyid veteran/ bekas munsyid yang akan kita lawat.

Program ini dicadangkan akan berlangsung selama setengah hari 9am-1pm dan akan diadakan buat pertama kali pada bulan Jun 2010.

cadangan pertama:

1. Tan Sri Dato Haji Hassan Azhari.
2. Keluarga Allahyarham Ahmadi Hassan
3. Ustaz Sohibul Fadhil
4. Puan Faridah M.Amin (Al-Mizan)
5. Puan Habibah Othman (Al-Jawaher)
6. Puan Rohayah Mohd. Taib (Hidayah)
7. Puan Hajah Asiah Djamil (El-Surayya) - Dia di Medan, Indonesia... bertugas sbg pensyarah
8. Hajah Rogayah Sulung (Qariah)


AminINTEAM

avatar

Teruskan mencari siapa Munsyid veteran atau keluarga mereka yang sesuai utk kita lawati.

Keluarga Allahyarham Soleh Hijjaz, keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim antara cadangan ana.Tapi kalau ada veteran munsyid yang masih hidup dan perlukan perhatian kita, adalah lebih baik.

Perjalanan Program yang dicadangkan:

8am: berkumpul di satu tempat
8.30am: bergerak ke destinasi yang dituju secara konvoi.
9.40am/10am: dijangka sampai. sesi ramah mesra. berkongsi pengalaman/berkongsi rasa.
11.30am: penyampaian sumbangan atau cenderahati dari KTI
12.00pm: team konvoi akan lunch sama2 di mana2 kedai makan berhampiran atau bersurai.

boleh juga jikalau kita mahu bawa makanan dan makan bersama2 dengan keluarga orang yang kita ziarah. subject to change.

Kita bukan sekadar melawat! Kita akan lihat apa keperluan, bantuan yang diperlukan. jika perlu, kita akan menjadi medium perantara antara munsyid tersebut dengan pusat zakat atau badan2 amal yang boleh memberi sumbangan/bantuan. ie JIKA munsyid tersebut ada penyakit kanser, kita rujuk ke MAKNA dan sebagainya.


Dari FN : Tahniah kepada semua Ahli KTI teruskan usaha anda dalam membantu para Munsyid kita...Mabrukk


Sumber : KTI Inteam



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More