Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, July 1, 2010

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE 53 [ SABAH ]

BERITA @ FN

MTQ KE 53

Kumpulan Hadrah

Oleh: Ahmad Haji Yassin

RAPTAI PENUH

KOTA KINABALU – Bagi melicinkan perjalanan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-53 di Dewan Sa’adah Wisma MUIS, malam tadi telah diadakan raptai penuh acara persembahan sepanjang MTQ ini yang akan berlangsung bermula 29 Jun hingga 03 Julai ini.

Antaranya termasuklah perbarisan para jemaah hakim, peserta qari dan qariah, nasyid Asma ul Husna serta persembahan lagu-lagu nasyid dengan diiringi alat-alat tradisional oleh johan-johan negeri yang pernah menjadi johan nasyid peringkat kebangsaan, persembahan kompang dan nasyid dari Jabatan Ketua Menteri.


Kumpulan Bambu Merdu Suara


Kumpulan Kulintangan Binsulok


PERASMIAN PAMERAN


Datuk Haji Nasir memotong riben sambil dibantu oleh Pengarah JAKIM Sabah Ustaz Aziz Mohammad.

Turut menyaksikan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Sukarti Wakiman, Pengarah JHEAINS Datuk Haji Amri Suratman dan Mufti Negeri Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan

Oleh: Ahmad Haji Yassin

KOTA KINABALU - Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-53 telah bermula pagi tadi dengan perasmian Pameran yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang disertai oleh pelbagai jabatan kerajaan, swasta dan badan-badan Islam bukan kerajaan (NGO).

Galeri pameran berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Haji Nasir Tun Sakaran di tingkat satu Wisma MUIS.


Datuk Haji Nasir ketika melawat pameran JHEAINS


Sabah FM turut serta dengan studio mini


PERDANA MENTERI MALAYSIA MERASMIKAN

MTQ KEBANGSAAN KE 53


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika menyampaikan ucapan

Oleh: Ahmad Haji Yassin

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata konsep Satu Malaysia yang berteraskan keadilan sosial berasaskan tuntutan al-Quran yang berhasrat untuk memperkukuhkan perpaduan negara adalah melangkaui toleransi dengan penerimaan kepelbagaian etnik dan agama.

Katanya, pendekatan ini penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan politik agar Malaysia akan terus kekal relevan sebagai destinasi perniagaan dan pelaburan yang menarik.

Datuk Seri Mohd Najib berkata demikian ketika berucap untuk merasmikan Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 di Dewan Sa’adah Wisma MUIS malam tadi.

Intisari Ucapan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman:

  • Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan Ma’ahad Tahfiz di daerah Pedalaman Bawah;
  • Pembinaan Sekolah Menengah Agama Islam Toh Puan Hajjah Rahmah yang baru di Kinarut sudah mencapai 80% siap;
  • Bangunan Baitul Ihsan (Rumah Perlindungan) sebagai pusat pemulihan aqidah dan akhlak di Kinarut.insyaallah akan beroperasi tahun depan;
  • Sekolah Agama Islam Toh Puah Hajjah Rahmah yang telah beroperasi lebih 30 tahun lalu telah lama melahirkan cendikiawan Islam terutama lulusan dari luar negara termasuk dari Universiti Al-Azhar Mesir, Jordan, Maghribi, Arab Saudi selain universiti-universiti di dalam negara ini.


LEBIH 10.000 UMAT ISLAM MEMBANJIRI WISMA MUIS


(Pengunjung yang menyaksikan majlis. Foto oleh: Ustaz Abu Nuha)

Oleh: Ahmad Haji Yassin

KOTA KINABALU – Sabah mencipta sejarah apabila lebih 10,000 orang masyarakat Islam menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 malam pertama yang diadakan di Dewan Sa’adah Wisma MUIS disiarkan secara langsung oleh RTM 1.

Kehadiran orang ramai bagi menyaksikan Majlis Tilawah al-Quran seawal jam 7.00 malam dan bersesak -sesak memenuhi ruang legar bangunan Wisma MUIS. Penganjur telah meletakkan lebih 10 skrin gergasi bagi menyaksikan majlis tersebut.

Pada malam tadi, seramai dua orang qari dan seorang qariah memperdengarkan bacaan mereka. Mereka ialah Anuar Hussin (Perak), Hajah Siti Hatijah Haji Marsuki (Sabah) dan Encik Awangku Omar Asfuaddin bin Awang Hamdan (johan menunggu).

Malam penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan pada 3 Julai oleh Tuan Yang Di Pertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah.


Antara lebih 10,000 orang ramai yang menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 pada malam pertama.


Logo MTQ Kebangsaan 1431H/2010M



Lokasi MTQ Kebangsaan 1431H/2010M (Bangunan Wisma MUIS)



TENTATIF ACARA

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 53 1431H / 2010M

Hari Pertama: Tarikh: 29 Jun 2010M/16 Rejab 1431H (Selasa)

Masa : Acara
7.00 pagi : Minum Pagi
8.30 pagi : Lawatan Qari/Qariah/ Pengiring Negeri/ Hakim/ Ahli Jawatankuasa Majlis Tilawah Al-Quran
12.30 t/hari : Jamuan Bersama Y.A.B Perdana Menteri Malaysia
2.30 petang : Taklimat dan Undian Giliran Surah
3.30 petang : Minum Petang
4.00 petang : Mesyuarat Jemaah Hakim
5.00 petang : Makan Malam
8.00 malam : MAJLIS PERASMIAN MTQ KEBANGSAAN (Aturcara Majlis Berasingan – LAMPIRAN A/1)

Hari Kedua: Tarikh: 30 Jun 2010M/17 Rejab 1431H (Rabu)

Masa : Acara
7.00 pagi : Minum Pagi
8.30 pagi : Lawatan Qari/Qariah/ Pengiring Negeri/ Hakim/ Ahli Jawatankuasa Majlis Tilawah Al-Quran
12.30 t/hari : Jamuan Bersama Y.A.B Ketua Menteri Sabah
2.30 petang : Taklimat dan Undian Giliran Surah
3.30 petang : Minum Petang
4.00 petang : Mesyuarat Jemaah Hakim
5.00 petang : Makan Malam
7.30 malam : Ketibaan orang ramai
8.00 mlm : Ketibaan para Jemputan
8.30 mlm : Majlis Tilawah Al-Quran Dimulakan
  : Persembahan Kulintangan dan Nasyid
  : Majlis Tilawah Al-Quran Diteruskan
  : Majlis Tilawah Al-Quran Ditangguhkan
11.00 mlm : Jamuan Peserta /Pengiring/ Hakim/ Urusetia JAKIM dan Negeri
  : Majlis Bersurai

Hari Ketiga : Tarikh : 1 Julai 2010M/18 Rejab 1431H (Khamis)

Masa : Acara
7.00 pagi : Sarapan Pagi
8.30 pagi : Lawatan Qari/ Qariah/ Pengiring Negeri/ Hakim/ Ahli Jawatankuasa Majlis Tilawah Al-Quran
12.30 t/hari : Majlis Makan Tengahari bersama T.Y.T Sabah
2.30 petang : Undian Surah
3.30 petang : Minum Petang
4.00 petang : Mesyuarat Jemaah Hakim
5.00 petang : Makan Malam
7.30 malam : Ketibaan orang ramai
8.00 malam : Ketibaan para Jemputan
8.30 malam : Majlis Tilawah Al-Quran Dimulakan
  : Persembahan Nasyid
  : Majlis Tilawah Al-Quran Diteruskan
  : Majlis Tilawah Al-Quran Ditangguhkan
11.00 mlm : Jamuan VVIP/VIP/Peserta/Pengiring/Hakim/ Urusetia MTQ
  : Majlis Bersurai

Hari Keempat: Tarikh: 02 Julai 2010M/19 Rejab 1431H (Jumaat)

Masa : Acara
7.00 pagi : Minum Pagi
8.30 pagi : Lawatan Qari/ Qariah, Hakim, Ahli Jawatankuasa Majlis Tilawah Al-Quran
11.00 t/hari : Makan Tengahari
12.00 t/hari : Solat Jumaat
2.30 petang : Undian Surah
3.30 petang : Minum Petang
4.00 petang : Mesyuarat Jemaah Hakim
5.00 petang : Makan Malam
7.30 malam : Ketibaan orang ramai
8.00 malam : Ketibaan para Jemputan
8.30 malam : Majlis Tilawah Al-Quran Dimulakan
  : Persembahan Nasyid
  : Majlis Tilawah Al-Quran Diteruskan
  : Majlis Tilawah Al-Quran Ditangguhkan
11.00 mlm : Jamuan Peserta/Pengiring/ Hakim/ Urusetia MTQ
  : Majlis Bersurai

Hari Kelima: Tarikh : 03 Julai 2010M/20 Rejab 1431H (Sabtu)

Masa : Acara
7.00 pagi : Sarapan Pagi
9.00 pagi : Raptai Acara Penutup Tilawah Al-Quran
10.30 pagi : Minum Pagi
12.30 t/hari : Makan Tengahari
4.00 petang : Minum Petang
5.00 petang : Makan Malam
8.00 malam : MAJLIS PENUTUPAN MTQ KEBANGSAAN (Aturcara Majlis Berasingan – LAMPIRAN A/2)

Hari Keenam:Tarikh: 04 Julai 2010M/21 Rejab 1431H (Ahad)

Masa : Acara
7.00 pagi : Sarapan Pagi
9.00 pagi : Peserta Berlepas Pulang

LAMPIRAN A /1

TENTATIF ACARA MAJLIS PERASMIAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 53

Tarikh : 29 Jun 2010M/16 Rejab 1431H (Selasa)

Masa : Acara
7.00 malam : Ketibaan orang ramai
7.30 malam : Ketibaan dif-dif undangan
8.00 malam   Ketibaan Dif-dif Kenamaan
8.30 malam : Ketibaan Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Isteri
8.35 malam : Ketibaan Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan isteri
8.45 malam : Ketibaan Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan isteri
  : Bacaan Doa
  : Bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Qari jemputan
  : Ucapan oleh Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah, Ketua Menteri Sabah
  : Ucapan Perasmian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 53 Tahun 1431H / 2010M oleh Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
  : Persembahan Hadrah Perdana & Nasyid
  : Majlis Tilawah al-Quran dimulakan
  : Majlis Tilawah al-Quran ditangguhkan
  : Jamuan
11.00 mlm : Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dan isteri Meninggalkan Majlis
  : Majlis Bersurai

LAMPIRAN A /2

TENTATIF ACARA MAJLIS PENUTUPAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 53

Tarikh : 03 Julai 2010M/20 Rejab 1431H (Sabtu)

Masa : Acara
7.00 malam : Ketibaan orang ramai
7.30 malam : Ketibaan dif-dif undangan
8.00 malam   Ketibaan Dif-dif Kenamaan
8.30 malam : Ketibaan Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Isteri
8.35 malam : Ketibaan Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan isteri
8.45 malam : Keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Dg. Masuyah binti Ag. Japar.
  : Lagu Kebangsaan dan Negeri & Lagu Sabah Tanah Airku
  : Persembahan Nasyid
  : Ucapan oleh Y. B. Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  : Ucapan Majlis Penutupan Rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 53 Tahun 1431H /2010M oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah.
  : Pengumuman keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
  : Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qari Terbaik
  : Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Johan Qariah Terbaik
  : Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah menyampaikan hadiah kepada Jemaah Hakim dan Pemenang Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 53 Tahun 1431H / 2010M
  : Bacaan Doa oleh Sahibus Samahah Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Sabah
  : Keberangkatan balik Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Dg. Masuyah binti Ag. Japar.
  : Lagu Kebangsaan & Lagu Sabah Tanah Airku dimainkan
11.00 mlm : Majlis Santapan / Jamuan
  : Majlis Bersurai


Sumber : MTQ KEBANGSAAN 2010 : http://mtqkebangsaan2010.wordpress.com/



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More