Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, September 24, 2010

SELURUH MAHABBAH SATU TRANSFORMASI

BERITA @ FN

Amer Munawer Seluruh Mahabbah Satu Transformasi

Memulakan kerjaya seni sebagai anggota kumpulan Ruffedge, Ameer Munawer Yusoff kembali mewarnai persada seni tanahair dengan imej seorang penghibur dakwah dan warna baru dalam muzik yang dibawakannya. Mungkin di Malaysia jalur muzik R&B Soul jarang dilatari dengan lirik yang berunsur ketuhanan, namun penyanyi berusia 33 tahun ini tampil dengan sebuah perubahan. Maka lahirlah “Seluruh Mahabbah“, single pertama setelah 3 tahun lamanya menyepi.

Menurut penyanyi yang menjadikan Babyface, Yusuf Islam, Sami Yusuf sebagai kompas, lagu ini adalah lagu yang melahirkan perasaan rindu dan kasih kepada Sayyidina Muhammad Rasulullah S.A.W. Ia banyak menceritakan tentang beberapa keistimewaan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w, dimulakan dengan kisah tentang bulan yang pernah menyaksikan/terdapat dalam hadis tentang kisah pembelahan bulan oleh Baginda bagi membuktikan mukjizat kenabiannya.

Menurutnya lagi “Seluruh Mahabbah adalah sebuah ekspresi yang dilahirkan oleh saya sendiri untuk menyatakan harapan untuk memberi seluruh kecintaan dan kasih kepada Baginda Rasulullah S.A.W.” Setelah lebih 3 tahun tidak melahirkan sebarang bentuk karya, Amer Munawer Yusoff mengharapkan karya ini menjadi ‘pembuka’ untuknya terus berkarya.

Menurut KC Ismail, Ketua Unit Muzik, Alibi Music “kami berasa amat bangga dengan karya yang dihasilkan oleh Amer Munawer, kelainan yang dibuat secara total olehnya memberikan warna baru buat industri muzik tempatan.” Mungkin pendengar sudah biasa mendengar muzik nasyid dari kumpulan nasyid, dan kini hadir seorang penyanyi solo yang membawa mesej yang sedemikian namun dibawakan di dalam nada irama yang berbeza. Ujarnya lagi, jika pemuzik luar berbangga dengan kehadiran Yusuf Islam, Maher Zain dan Sami Yusuf, diharap pendengar muzik tempatan dapat menerima imej dan muzik yang dibawakan oleh Amer Munawer.

Semoga Amer berjaya dalam misi dakwahnya menerusi muzik.

Dengarkan sedutan lagu “Seluruh Mahabbah” oleh Amer Munawer



Sumber : Blog Meta Mobile

Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More