Ikon Remaja Masakini Maher Zain : FORGIVE ME

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/sXN7PjP08To selamat menonton.

Single Terbaru Humood Alkhuder : KEEP ME TRUE

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/MQ5ljhweCU4 selamat menonton .

Sejarah FNasyid bermula tahun 2008- sekarang

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Terima Kasih diatas sokongan anda semua

Single Terbaru Inteam : IMAN AMAN

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Untuk mendengar lagu penuh terus klik link ini http://youtu.be/hzYc13jXNtg selamat menonton...video lagu iftar sedang dalam proses editing insyaallah sedikit masa lagi akan temui anda

Salam Ramadhan Kareem 1433 H ikhlas dari FNasyid

SALURAN MEDIA FNASYID 1433 H : Rebutlah Ganjaran Pahala di dalam bulan Ramadhan ini...Berusaha mencari Malam Lailatul Qadar 10 terakhir Ramadhan.. .

Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, December 15, 2010

AKAN DATANG ALBUM TERBARU HASNUL JAMAL ( VERSI ENGLISH )



BERITA @ FN

Akan Datang Album terbaru Hasnul Jamal
dalam versi English



Hasnul Jamal Sulaiman merupakan munsyid yang sudah dikenali ramai dengan munculnya di dalam album pertama beliau iaitu kumpulan Diwani bersama rakan-rakannya.Tidak hairan la album tersebut menjadi fenomena di Malaysia dengan lagu-lagu rohani yang menyentap di hati manusia apabila mendengarnya dan menghayati bait-bait lagu ataupun lirik di dalam album Diwani.

Album Pertama Kumpulan Diwani

Info :
Album Jalan Yang Satu pada tahun 1998 yang diterbitkan oleh Ambang Kalsik TV3

Kumpulan Diwani merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu. -Sumber Wikipedia Diwani

Lagu Hit Diwani " Subhanallah "




lagu hit Mukmin Sejati




Album Satu Cinta

Dalam Album Satu Cinta ini Hasnul Jamal kini bergerak secara solo.Namun begitu,"kumpulan Diwani masih lagi wujud sehingga hari ini",ujar Hasnul Jamal.Beliau kini sedang menyiapkan rakaman album dan insyaallah album terbaru beliau bakal dilancarkan pada bulan Februari 2011 dalam bahasa english.










Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Sunday, December 12, 2010

FILEM TERBARU HABIBURRAHMAN "DALAM MIHRAB CINTA"

BERITA @ FN

DALAM MIHRAB CINTA
DI PAWAGAM INDONESIA 23 DECEMBER 2010



Pena terkenal Habiburrahman El-Shirazy kini kembali ke pawagam Indonesia selepas meniti kejayaannya dalam filem Ayat-ayat Cinta dan diikuti pula dengan Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 serta Ketika Cinta bertasbih bersiri sebanyak 56 episod khas untuk bulan Ramadhan.


Kini Dalam Mihrab Cinta Habiburrahman El-Shirazy selaku penulis novel "best seller" di Indonesia sudah siap untuk di tayangkan di seluruh pawagam Indonesia pada 23 December 2010.

Teaser Dalam Mihrab Cinta 2010
karya agung : Habiburrahman El-Shirazy





Untuk maklumat lanjut anda boleh layari website Dalam Mihrab Cinta : http://www.filmdalammihrabcinta.com/


Sinopsis Filem Dalam Mihrab Cinta 2010
credit to :SlideGossip

Satu lagi film Indonesia bertema religi yang akan meramaikan dunia perfilman Indonesia ditengah maraknya film bertema horor yang mayoritas mengumbar seksualitas. Film ini berjudul 'Dalam Mihrab Cinta' atau DMC yang diangkat dari novel karya Habiburrahman El Shirazy atau akrab dipanggil Kang Abik, yang juga merangkap sebagai sutradara film ini. Para pemain utama film 'Dalam Mihrab Cinta' ini antara lain Dude Harlino, Asmirandah, Meyda Sefira dan Boy Hamzah. Film 'Dalam Mihrab Cinta' ini siap tayang di bioskop mulai tanggal 23 Desember 2010. Sementara untuk syutingnya sudah dimulai sejak tanggal 21 September 2010 dan selesai tanggal 5 November 2010.

Dalam film 'Dalam Mihrab Cinta' atau DMC yang diproduksi Sinemart ini, Dude Harlino memerankan tokoh Syamsul, yang harus dibotaki kepalanya karena dituduh mencuri di pesantren. "Saya harus botak. Botak abis. Karena kata kangAbik (Habiburrahman El Shirazy) salah satu hukuman di Pesantren awalnya adalah dicukur abis, baru diusir dari pesantren. Dari awal saya memang sudah diingatkan akan dibotakin. Saya bilang ga apa-apa lah, karena saya juga sudah membaca noveletnya. Malah menurut saya itu akan menambah nilai dramatis dari cerita ini," jelas Dude.

Menurut Dude, film 'Dalam Mihrab Cinta' ini adalah sebuah karya besar yang bisa dinikmati dalam waktu yang panjang. "Kita bukan bikin sesuatu yang kecil di sini, tetapi karya besar. Dan karya ini bukan hanya akan dinikmati tahun ini, tapi insya Allah untuk tahun-tahun berikutnya juga. Dan mungkin selama hidup saya. Jadi kenapa harus setengah-setengah. Kemudian ya itu tadi perubahan-perubahan karakter Syamsul dari yang baik-baik, sampai yang antagonis sekali, lalu kembali ke jalan yang benar karena nekad," Papar Dude.

Berikut ini adalah daftar lengkap nama-nama artis pemain film 'Dalam Mihrab Cinta' :
* Dude Harlino berperan sebagai Syamsul Hadi
* Asmirandah berperan sebagai Silvie
* Meyda Sefira berperan sebagai Zizi
* Tsania Marwah berperan sebagai Nadia
* Boy Hamzah berperan sebagai Burhan
* El Manik berperan sebagai Pak Bambang
* Ninik L Karim berperan sebagai Bu Bambang
* Elma Theana berperan sebagai Bu Heru
* Umar Lubis berperan sebagai Pak Broto
* Neno Warisman berperan sebagai istri Kyai Miftah
* Iszur Muchtar berperan sebagai Pak Heru
* Berliana Febrianti berperan sebagai Bu Broto
* Kaharudin Syah berperan sebagai Pak Anwar
* Penampilan khusus : Nabila Chairunnisa


Berikut ini adalah daftar lagu-lagu soundtrack atau OST film 'Dalam Mihrab Cinta' :
* Lagu 'Dalam Mihrab Cinta' dinyanyikan oleh Afgan
* Lagu 'Bunga Bunga Cinta' dinyanyikan oleh Dude Harlino dan Asmirandah
* Lagu 'Karena Hati Bicara' dinyanyikan oleh Oki dan Andi Arsyil
* Lagu 'Aku Tak Berdaya' dinyanyikan oleh Indah Dewi Pertiwi
* Lagu 'Prahara dan Asa' dinyanyikan oleh Rino
* Lagu 'Dalam Mihrab Cinta' (Chamber Version) dinyanyikan oleh Afgan

Dan berikut ini adalah sinopsis atau ringkasan cerita film 'Dalam Mihrab Cinta' :

"Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, dimana kejadian tersebut membuat mereka menjadi dekat.
Di pesantren ini Syamsul terusir karena dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian karena keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencopet.
Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah."
Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya? Jangan lewatkan film 'Dalam Mihrab Cinta', sebuah karya besar Habiburrahman El Shirazy ini yang akan hadir di bioskop mulai tanggal 23 Desember 2010.


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Tuesday, December 7, 2010

"Apabila kita reda dengan ketentuan Tuhan, kita dijanjikan dengan kegembiraan" Amer

BERITA @ FN

Ameer hampir tinggalkan dunia seni sebelum muncul semula dengan album Seluruh Mahabbah


Foto


TIADA lagi seluar jeans besar atau kemeja mahupun baju T yang polos membaluti tubuhnya. Ameer Munawer Yusoff, 33, kini selesa dengan imej kemas serta berkopiah.

Malah ketika memenuhi sesi fotografi di Balai Berita baru-baru ini, bekas anggota Ruffedge itu hadir dengan gaya ringkas baju Melayu rona putih berserta kopiah

Dia juga menolak permintaan kami supaya menanggalkan kopiah ketika fotografi, kononnya mahu menampakkan imejnya dalam gaya lebih kontemporari sekalipun sudah bergelar penyanyi berunsur kerohanian.

Permintaan kami ditolak secara baik oleh Ameer, dan kami pula harus menghormati kehendaknya itu. Bagaimanapun, dia tidak menghampakan jurugambar dengan memberikan gaya dan aksi istimewa.

Soalan pertama yang terkeluar dari bibir sebaik selesai fotografi tentulah mengenai penghijrahannya. Sukar untuk Ameer mengingati secara tepat bila dia memulakan perubahan itu.

“Saya sendiri tidak boleh mengingati bila sebenarnya membuat penghijrahan ini. Sejak dulu lagi saya mahukan perubahan tetapi sentiasa tertangguh, sebagai manusia setiap hari kita mahu berubah menjadi baik.


Foto
AMEER (belakang kiri) pada saat kemuncaknya bersama rakan dalam kumpulan Ruffedge.

“Kita bertemu perkara seperti ini dalam mencari kebaikan. Perkahwinan juga salah satu impak kepada saya untuk menjadi lelaki yang baik. Menerusi alam rumah tangga menyebabkan saya menjadi lebih berhati-hati. Tanggungjawab saya besar kerana saya perlu membimbing wanita yang bergelar isteri dan juga zuriat kami kelak.

“Saya tidak boleh nafikan perkahwinan adalah hadiah yang paling hebat. Tanggapan saya terhadap wanita juga berbeza selepas berkahwin. Saya lebih faham ibu saya apabila melihat kesibukan isteri menguruskan rumah tangga. Saya juga mempunyai seseorang untuk menyokong saya, dan mempunyai teman kerana kebanyakan perkara dilakukan bersama-sama seperti pergi mengaji bersama,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu.

Dek kerana kecintaan mendalami ilmu agama, Ameer pernah membuat keputusan meninggalkan terus dunia seni walaupun hiburan adalah sumber pendapatan utamanya.

Tanpa malu-malu Ameer mendedahkan, akibat tindakannya itu, dia mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk hingga tunggakan kereta pun tidak mampu dijelaskan.

Walaupun diuji dengan hebat, dia percaya Tuhan mempunyai perancangan lain untuknya. Benar bagai disangka, dia menemui ketenangan yang tidak mungkin dapat dicapai jika tidak membuat keputusan itu.

“Langsung tidak timbul rasa menyesal dengan keputusan yang dibuat walaupun saya jatuh miskin. Apabila kita reda dengan ketentuan Tuhan, kita dijanjikan dengan kegembiraan. Ilmu yang saya kutip dengan menghadiri pelbagai kelas agama adalah perkara yang membuatkan saya bangkit dari kejatuhan.

“Bagaimanapun, apabila pergi menuntut ilmu, saya mula menyedari yang Allah membekalkan setiap individu dengan kemahiran berbeza-beza. Saya pun bertanyakan kepada ustaz bolehkan saya terus berkarya kerana saya adalah seorang penyanyi. Saya juga nyatakan hasrat untuk terus buat muzik, tetapi ditujukan buat Rasulullah dan lagu berunsur kerohanian, ternyata beliau memberikan galakan.

“Maka lahirlah album Seluruh Mahabbah ini. Alhamdulillah, Allah juga memudahkan proses pembikinan album ini yang berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan saja.

“Album ini memuatkan dua lagu dan sebuah trek minus one. Seluruh Mahabbah ini saya tujukan khusus buat nabi junjungan kita atas rasa cinta saya terhadap Baginda. Sebuah lagi lagu yang termuat dalam album ini menyaksikan duet saya bersama UNQUE berjudul Maha Suci Allah,” katanya yang kini berdebar menantikan kehadiran cahaya mata sulung.

Apa salahnya menyamai Maher Zain

Kehadiran albumnya yang muncul hampir serentak dengan penyanyi dari Sweden berketurunan Lubnan, Maher Zain pastinya menyebabkan dia tidak lari daripada disamakan dengan penyanyi itu. Namun kata Ameer, konsep yang dibawakan mereka jelas sekali berbeza.

Muziknya lebih berunsurkan r&B soul, manakala Maher Zain pula pop soul. Namun dia tidak kisah jika ada yang ingin mengatakan dia meniru tetapi dia hanya mengambil kesempatan di atas fenomena yang melanda industri muzik itu.

“Saya tidak meniru, sebaliknya sekadar mengambil kesempatan. Apabila Maher Zain sudah buka pintu, kenapa tidak kita ambil peluang itu untuk memperbanyakkan lagi lagu berunsur kerohanian?” katanya yang turut sibuk dengan projek Click A Child iaitu portal yang memberi peluang kepada anak-anak yatim mempelajari pelbagai jenis ilmu.

Selain itu, Ameer turut memiliki syarikat Al Maulid yang menyediakan kandungan program televisyen untuk stesen Al Hijrah.

Pengisian yang disediakan oleh Al Maulid ialah Majlis Rasulullah iaitu program ala marhaban yang dilakukan sebulan sekali di Kuala Lumpur. Program selawat beramai-ramai ke atas nabi itu dirakamkan dan kemudiannya akan disiarkan menerusi stesen televisyen Islam yang pertama itu .

Sumber :Berita Harian





Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Konsert Malam Penghayatan Maal Hijrah 1432

BERITA @ FN

KEM HIJRAH REMAJA

&

MALAM PENGHAYATAN MAAL HIJRAH

nowseeheartKK

Perunding Motivasi Selfcure Resources, membawakan Kem Hijrah Remaja bersama kumpulan nasyid popular tanah air. Nowseeheart ke Kota Kinabalu, Sabah pada 8 dan 9 Disember ini bersempena sambutan Maal Hijrah, di Dewan Saadah, Wisma Muis Kota Kinabalu Sabah.

Kem hijrah ini akan turut sama dikendalikan oleh perunding motivasi berpengalaman serta dibantu oleh kumpulan Nowseeheart yang telah lebih 10 tahun melibatkan diri di dalam dunia motivasi dan pendidikan, khusus untuk remaja-remaja di Kota Kinabalu Sabah.

Pada 9 Disember 2010, jam 8 Malam pula akan diadakan Konsert Malam Penghayatan Maal Hijrah, dilokasi sama, menampilkan Nowseeheart, serta penampilan khas Hafiz Hamidun dan DJ Erwan dari radio IKIM FM.

Konsert ini begitu istimewa sekali kerana setelah 13 tahun berada di dalam dunia hiburan tanah air, ini merupakan konsert sulung Nowseeheart di Negeri Sabah. Hafiz Hamidun juga akan turut menjadi undangan khas konsert tersebut, dan beliau akan menghiburkan para pengunjung dengan lagu-lagu nasyid popular beliau, termasuk lagu baru untuk album terbaru yang belum pernah disiar serta dipersembahkan di mana-mana.

Harga untuk penyertaan Kem Hijrah Remaja cuma RM200.00 sahaja termasuk tiket percuma konsert, manakala tiket berharga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak sekiranya para pengunjung ingin terus ke menyaksikan konsert tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada nombor yang berikut: 019-8131389 begin_of_the_skype_highlighting 019-8131389 end_of_the_skype_highlighting (Abdul).


Sumber : BUDIEY



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

HIJRAH AMER MUNAWER TRANSFORMASI MAHABBAH

BERITA @ FN

Amer bertemu sekolah baru

UJAR si bijak pandai, insan yang berada di tempat nan gelap akan lebih senang melihat cahaya. Buat penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan Ruffedge ini, dia sedang berjalan ke arah cahaya itu. Mengiyakan dirinya pernah berada dalam kegelapan, Amer Munawer Yusof mesra dipanggil Amer menilai bahawa pernah alpa dalam meniti kehidupan sebagai insan. Faktor mudah lupa itu dijuruskan kepada kesibukannya yang satu ketika dahulu tidak diketahui hujung pangkalnya.

"Dulu pada satu ketika, bukan main sibuk lagi saya rasakan. Entah daripada mana kesibukan itu, saya pun tidak tahu. Tetapi memang kurang masa dihabiskan untuk diri sendiri dan keluarga. Lama kelamaan saya sendiri menyedari hal itu. Sekarang saya berasa lebih tenang," ungkapnya menilai erti keinsafan yang diperhalusinya satu persatu.

Sedang berjalan perlahan-lahan

Kini dia mengakui sedang berjalan perlahan-lahan meniti kehidupan. Takut dilabel dengan perkataan insaf dan diletakkan persepsi yang pelbagai, Amer lebih senang jika dia diperlihatkan sebagai seseorang yang sedang menerima hidayah Allah.

Hijrah yang sedang berjalan dalam sisi hidupnya diperjelaskan. Pernah bergelar anak seni sewaktu bersama-sama kumpulan terkenal Ruffedge, Amer menerangkan situasi yang sedang dihadapinya dengan lebih jelas supaya tidak disalahertikan.

"Ruffedge adalah sebuah 'sekolah' yang hebat buat saya. Malah saya dan ahli kumpulan yang lain masih berhubung. Bagi saya, saya sudah selesai menjadi graduasi sekolah itu.

"Adat bergelar manusia, inginkan sebuah kehidupan yang lebih baik. Kini saya sedang belajar di sebuah persekolahan yang berbeza. Umpama pergi ke sebuah sekolah yang baru. Itu mungkin transformasi yang saya lalui. Saya bertemu dengan satu perkataan yang membuatkan saya terfikir dan mendalami perkataan tersebut. Magisnya perkataan mahabbah yang bermaksud kasih sayang membuka saya ke arah zon yang lebih tepat," terangnya dalam nada bersembang masih ramah, masih seperti dahulu.


USAI 'belajar' bersama grup Ruffedge, Amer beranggapan dirinya sedang memasuki persekolahan baru yang lebih mengajarnya magis sebuah erti kasih sayang. EP bertajuk Seluruh Mahabbah merupakan tanda hati dirinya untuk peminat-peminat di luar sana.


Saya tanyakan diri seorang lelaki yang sedang melalui perubahan fasa dalam dirinya. Seorang yang sedang merubah analogi kehidupan dengan tenang dan tanpa dipaksa-paksa. Di mana agaknya perkataan mahabbah itu ditemui dan berjaya membuka satu ruang cahaya dalam dirinya?

"Mahabbah atau muhibah itu saya temui sewaktu saya berada di kelas mengaji. Semua orang boleh menjadi baik, kan? Ustaz tempat saya mengaji beri saya kefahaman yang lebih tentang perkataan tersebut. Jelas ia adalah sebuah formula yang mahu saya sebarkan. Kini, saya kenal maksud tersebut," jelasnya yang meletakkan perkataan yang bermaksud kasih sayang tersebut ke dalam sebuah EP terbarunya yang bertajuk Seluruh Mahabbah keluaran Alibi Music.

"Mungkin khalayak memandang saya dengan perbezaan. Muncul dengan sebuah kelainan melalui lagu-lagu yang sedang saya sampaikan kini. Tiga tahun adalah durasi yang saya ambil untuk memahami apa yang sedang saya buat dalam industri seni. Ini adalah maksud seni yang saya cari. Maksud peribadi untuk saya. Sebelum ini sebenarnya saya sudah cenderung kepada lagu-lagu kerohanian. Kini saya sampaikan sendiri dengan cara saya," terangnya mengenai lagu-lagu yang sedang dipromosikan kini.

Rindukan Rasul Allah

EP yang mengandungi dua buah lagu, Seluruh Mahbbah dan Maha Suci Allah dan beserta sebuah 'minus one' Seluruh Mahabbah dihulurkan. Mendengarkan lagu-lagu yang diletakkan sebagai bergenre soul nasyid tersebut, kita sedar Amer sedang menyampaikan sesuatu. Rasa kasih sayang yang ikhlas jelas terpancar daripada vokalnya yang sedap diperdengarkan.


ENGGAN diletakkan sebarang label tentang transformasinya, Amer meletakkan dirinya sebagai seorang yang sedang menerima hidayah daripada Sang pencipta.


"Susunan muzik lagu-lagu tersebut dibikin oleh Ash, ahli grup Bau. Kami mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan konsep, lagu, melodi dan susunan muzik. Rakaman dilakukan pada bulan Syaaban dan proses susunan muzik pula pada bulan Rejab. Akhirnya pada bulan Syawal, EP tersebut siap sepenuhnya

"Melalui lagu Maha Suci Allah, saya berkolaborasi dengan grup Nasyid UNIC. Rezeki saya apabila bertemu mereka sewaktu pelancaran album grup In Team dan mereka mengajak saya untuk bekerjasama dalam sebuah lagu. Maka wujudlah lagu tersebut dan saya teruja dapat berkerja dengan kumpulan yang begitu komited terhadap dunia nasyid," senyum Amer mengiringi penerangannya.

Kerinduan terhadap kekasih Allah, Muhammad SAW disampaikan dengan cara tersendiri. "Ini ekspresi saya dalam melahirkan perasaan sayang kepada Sang Pencipta dan kekasihnya. Semua orang mencari erti kasih sayang dan saya zahirkan dalam single pertama saya. Ini formula yang mahu saya sebarkan," sambungnya yang gembira mengikat tali persahabatan bersama Alibi Music sebagai pengedar. Satu ketika dahulu tidak terlintas difikirannya untuk pergi ke arah komersial, namun dia tidak menolak rezeki yang hadir.

Melalui satu perkataan sahaja yang mengandungi 1001 maksud, Amer sedang bahagia melakari warna perjalanan kehidupannya. Dia mengaku lebih tenang. Mengaku bahawa magis dan hikmah di sebalik kejadian itu berlaku sendiri. Amer Munawer bertemu rahsia kasih sayang yang diterokainya selama ini. Bakal bergelar bapa tidak lama lagi, dia sedang menyelongkari rahsia bergelar insan berasaskan rasa cinta dan sayang kepada Sang Khalik.


Sumber : KOSMO !


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

STUDIO MUALLAF DI TV AL HIJRAH

BERITA @ FN

Studio Muallaf Cetus Revolusi Hijrah

Hijrah itu pengorbanan! Hijrah itu perjuangan! Hijrah itu persaudaraan! Hijrah membentuk perpaduan!

Irama nasyid semakin berkembang pesat di Malaysia. Sejajar dengan perkembangan irama tersebut, sebuah kumpulan baru yang terdiri daripada 5 orang Muslim convert dan Mu’adz Dzulkefly berpadu tenaga membentuk jenama Studio Muallaf.

Buat pertama kali, Studio Muallaf akan muncul di kaca televisyen pada malam ini di Majlis Perasmian TV AlHijrah. Studio Muallaf akan menyampaikan lagu Hijrah dalam beberapa versi bahasa bagi menunjukkan kemajmukan masyarakat dan universaliti agama Islam yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Persembahan Studio Muallaf boleh disaksikan secara live di TV AlHijrah pada malam ini.-


Sumber Rakan Media : MUNSYEED.COM





Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

TV AL HIJRAH " MEDIUM DAHWAH MASA KINI "

BERITA @ FN

TV Al-Hijrah
Luaskan Medium Dakwah Baru


KUALA LUMPUR:
Kehadiran TV Al Hijrah, stesen televisyen berunsurkan nilai Islam yang pertama di Malaysia, akan memperluaskan lagi medium dakwah baru yang selari dengan keperluan masa kini, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pengelola stesen itu.

Stesen itu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa sempena sambutan Maal Hijrah seharusnya membuka lebih peluang kepada karyawan, seniman dan pengiat seni tanah air, kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

"Harapan Jakim, dengan kerjasama semua pihak dan penglibatan aktif para pendakwah dan penggiat seni, stesen ini akan muncul sebagai sebuah stesen penyiaran Islam terulung di rantau ini," katanya.

TV Al Hijrah boleh diikuti di Lembah Klang melalui saluran UHF CH55 frekuensi MHz 743.25, Terengganu UHF CH41 (631.25 MHz), Johor UHF CH40 (623.25 MHz), Sarawak UHF CH37 (599.25 MHz) dan Sabah UHF CH37 (599.25 MHz).

Wan Mohamad berkata perancangan yang baik dalam memanfaatkan stesen itu mampu memberi kesan dakwah yang besar kepada masyarakat global sekaligus membuka persaingan sihat dalam kalangan media di dalam negara dan menjadi contoh di rantau ini.

"Jakim juga berpandangan pengendali stesen-stesen televisyen dan pihak media di negara ini tidak harus memandang ringan terhadap kuasa penonton yang mampu mempengaruhi kerancakan pasaran dunia penyiaran," katanya.

Wan Mohamad berkata sejak akhir-akhir ini, sensitiviti penonton terhadap genre rancangan yang bercanggah dengan nilai-nilai murni dan kepercayaan agama Islam merupakan petanda bahawa penonton di Malaysia bukanlah mudah disogok dengan bahan-bahan yang tidak berfaedah dan melalaikan.

"Oleh yang demikian, pengendali stesen penyiaran dan penerbit-penerbit rancangan tidak boleh menganggap bahawa hanya rancangan dari barat sahaja mempunyai kualiti dan harus menjadi tanda aras dalam pembikinan rancangan," katanya.

Wan Mohamad berkata TV Al Hijrah akan mengetengahkan imej bercirikan Islam dan mampu menjadi penanda aras sebuah stesen televisyen yang unggul di Malaysia dan rantau ini. - BERNAMA

Sumber : MSTAR



Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Sunday, December 5, 2010

Kuala Lumpur Berselawat Kini di Dataran Pusat Islam KL


Majlis KUALA LUMPUR BERSELAWAT

Masa :
Friday, December 10 · 5:00pm - 11:00pm
Lokasi:
Dataran TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur (berhadapan Masjid Negara)
More InfoMajlis ini akan diadakan pada dua (2) hari; 10 dan 11 Disember 2010.

Majlis akan bermula pada jam 5ptg hingga 11mlm (majlis dihentikan sementara menjelang waktu mahgrib, dan akan disambung pada pukul 9).





Acara majlis :

Hari Pertama

5.00-5.30 ptg bacaan Ratib Al-Haddad
5.30-7.00 mlm persembahan qasidah bergendang

9.00-11.00 mlm Layar Mahabbah (AlMawlid, Marjan, Mirwana, Noh Hujan, Altimet, dan ramai lagi)

Hari Kedua

5.00-5.30 ptg bacaan Ratib Al-Haddad
5.30-7.00 mlm persembahan qasidah bergendang

9.00-11.00 mlm KUALA LUMPUR BERSELAWAT (acara kemuncak) - bacaan Mawlid Ad-Dhiya' Ullami' dan ceramah oleh Al-Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid


Semua muslimin & muslimat dijemput hadir & sebarkan jemputan ini ke seramai yang mungkin

Sumber : Al Mawlid ( FAcebook ) & ( Blog)


Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Saturday, December 4, 2010

“Lagu itu adalah suara hati saya kepada Allah..." Maher Zain

BERITA @ FN

Maher Zain terharu

pix_gal0

SANTAI pada pertemuan pagi Isnin lalu di lobi HotelConcorde, Shah Alam, Maher Zain tenang menjawab pelbagai soalan yang diajukan tanpa sedikit pun mempamerkan riak kurang selesa.

Sesekali perbualan turut menyentuh isu peribadinya, tetapi penyanyi keturunan Lubnan yang membesar di Sweden itu tidak pula mengelak.

Menterjemahkan peribadinya yang jujur, Maher berkongsi satu persatu perjalanan hidupnya tanpa dibebani keinginan untuk berlindung.
“Saya berterima kasih kepada Allah kerana memberikan saya hidayah ketika saya mengambil langkah pertama untuk kembali mengenali diri sendiri. Setiap apa juga perkara yang berlaku mempunyai alasan tersendiri dan Allah sentiasa ada di sisi ketika saya memerlukan petunjukNya,” kata Maher membuka bicara.

Kesesatan yang akhirnya menemukan Maher dengan apa yang dicarinya selama ini. Hampir setahun berfikir, Maher pernah bertekad mahu meninggalkan industri muzik yang disertainya lima tahun lalu.

“Saya tidak pernah terfikir untuk bergelar penyanyi. Darah seni mengalir dalam diri kerana bapa saya ialah seorang penyanyi di Lubnan, jadi muzik bukan sesuatu yang asing kepada saya. Saya sendiri aktif menerbitkan album di New York tetapi apabila untuk memilih jalan hidup yang diredai Allah, saya berperang dengan diri sendiri. Dalam pencarian itu, Allah menghadirkan inspirasi untuk saya berkongsi segala pengalaman dan kekhilafan silam lalu hadir album, Thank You Allah.

“Lagu itu adalah suara hati saya kepada Allah kerana Dia memberikan saya petunjuk ketika mengambil langkah pertama untuk mengenaliNya,” katanya yang muncul santai dengan berbaju panas belang dilengkapi topi pada pertemuan itu.
Beliau berada di Kuala Lumpur selama dua minggu dalam siri promosi album terbarunya selain membuat persembahan di Dewan Bandaraya Shah Alam, (MBSA) pada Khamis dan Jumaat lalu.

Segala kekhilafan yang dijalaninya dulu kata Maher, adalah sebuah realiti kehidupan yang tidak seharusnya dinafikan apatah lagi buat dirinya yang membesar dalam budaya Barat. Tatkala memandang ke luar, Maher akur ramai lagi manusia sepertinya yang turut mencari cahaya dan mengharapkan keredaan Allah dalam kehidupan mereka.

“Apabila meningkat remaja, kita akan melihat sesuatu di luar lebih menarik berbanding apa yang kita ada. Untuk diterima orang luar, kita juga cuba menjadi seperti mereka. Itu lumrah hidup. Alhamdulillah, Allah memilih saya untuk melalui semua ini dan apabila kembali kepadaNya, saya diberi peluang untuk berkongsi setiap pengalaman menerusi bakat kurniaanNya iaitu muzik,” katanya.

Akui Maher, tidak semua sentuhan yang dimuatkan dalam produksi Thank You Allah adalah catatan pengalamannya kerana manusia lain turut menempuh laluan hidup serupa.

Cuma yang menggembirakan Maher, usahanya itu menerima reaksi positif masyarakat seluruh dunia tidak kira yang beragama Islam atau sebaliknya.

“Saya terharu apabila ada peminat yang datang memberitahu mereka kembali mendekatkan diri kepada Allah selepas mendengar album ini. Bahkan, persepsi sesetengah pihak terhadap Islam juga berubah kerana saya berusaha menjunjung peribadi Rasulullah dalam pekerjaan yang dilakukan.

“Sebagai wajah kepada agama Islam, saya harus menunjukkan contoh yang baik. Islam pada pandangan saya, bukan sekadar sebaliknya ia juga melambangkan sistem kehidupan yang sempurna. Jika kita sebagai penganutnya berbuat jahat, tanggapan terhadap Islam juga silap. Justeru saya berusaha untuk mengalihkan pandangan negatif terhadap Islam dengan menunjukkan pekerti yang mulia menerusi hasil kerja seni saya,” katanya.

Ujarnya dalam nada terharu, ketika pembikinan klip video lagu The Chosen One yang disempurnakan di Los Angeles, dia dihujani pelbagai pertanyaan daripada mereka yang ingin mengenali Islam. Jujur Maher mensyukuri segala rahmat yang dicurahkan Allah terhadap usaha yang diperjuangkannya sejak setahun lalu.

“Saya menyambut baik jika lebih ramai penggiat seni Islam tampil untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka.

Sumbangan terhadap agama bukan hanya menerusi ceramah, buku atau keluar berdakwah sebaliknya dengan bakat seni kurniaan Allah juga dapat dimanfaatkan untuk menyampaikan mesej Islam.

“Saya juga menggunakan bakat yang diberikan Tuhan menerusi muzik untuk jalan kebaikan,” katanya yang fasih berbahasa Swedish, Inggeris, Arab dan Turki.


Suka lihat suasana Islamik di Malaysia

KETIKA berada di ibu negara. Maher Zain yang turtu ditemani isteri dinikahinya tahun lalu mengakui pernikahannya berlaku pada usia agak lewat iaitu 28 tahun.

Maher berkata, seandainya dapat diputarkan masa serta diberikan pilihan usia terbaik untuk mendirikan rumah tangga adalah pada usia 21 atau 22 tahun.

“Perkahwinan adalah tuntutan kehidupan. Setiap manusia dicipta berpasangan dan seandainya membelakangkan tuntutan yang menjadi keperluan hidup ini, kita pasti terjebak dalam gejala tidak sihat. Saya seronok melihat kehidupan abang yang mendirikan perkahwinan pada usia muda. Sekarang dia sudah mempunyai tiga anak sedangkan saya belum dikurniakan apa-apa lagi.

“Mungkin ketika itu, saya masih belum bersedia,” katanya yang sempat bercuti ke Pulau Langkawi.

Masih sibuk menjelajah dunia untuk memperkenalkan Thank You Allah kerana masih ramai yang mahu mengenali isi album itu, Maher berkata, kejayaan itu tidak akan mampu dicapainya sendirian. Dia bersyukur kerana Allah memberikan tenaga kreatif yang sentiasa memastikan produksi terbaik, seterusnya membuka ruang untuk memperkasakan perjuangannya atas nama Islam.

“Selesai urusan persembahan di Kuala Lumpur, saya akan ke Brunei sebelum menjelajah lima bandar di Amerika Syarikat selain ke Dubai, Jerman dan Sarajevo.

“Saya sendiri terharu dengan sokongan yang diberikan. Sebelum tiba di Kuala Lumpur, saya terkejut apabila menerima lebih 20,000 reaksi daripada peminat yang tidak sabar ingin bertemu saya. Malaysia memberikan sokongan luar biasa kerana di sini, kanak-kanak sekecil usia lima tahun sudah menghafal lagu saya. Ia amat mengejutkan dan kerana itu, saya mahu kembali lagi ke sini.

“Saya selesa dengan suasana yang Islamik di sini, malah keindahan alam semula jadi Malaysia membuat saya lebih tertawan selain terpikat dengan keramahan penduduknya,” kata penggemar saluran National Geographic ini.

Sumber : BERITA HARIAN




Copyright 2010 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More