Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, August 31, 2011

Album Ibtida' dari Fursan ( Angkatan Tentera Malaysia )


Fursan -Album Ibtida'

Album Ibtida' 2010


Photobucket
" Kebiasaannya selepas pulang daripada ziarah menziarahi rumah kawan-kawan pada 1 syawal di Mansoura, Mesir mahupun di Malaysia,kita akan berasa penat seketika dengan penuh kekenyangan dan mata mula bergerak perlahan-lahan dengan bermulanya pengembaraan di alam ( Dunia Mimpi ), tiba-tiba kedengaran suara atau lagu yang menyentuh hati didalam lenaku dan aku terjaga dengan memberitahu kepada rakan yang sedang leka bermain game, lagu apakah itu ? sedap melodinya ? nasyid ka ? apa tajuknya? . Maka rakanku jawab : 'ermm tidak pastilah ! ,dengan sendirinya aku bangun mendengarnya secara lebih dekat lagu apakah yang sedang dimainkan itu,akhirnya terjawab jua persoalan yang bermain-main difikiranku........"

Pena ikhlas dari :Admin FNasyid


Lagu yang maksudkan itu adalah "Keinsafan Diri " dari kumpulan Fursan, sewaktu radio IKIMFM (online) memutarkan lagu itu telah mencuri perhatian kami. Keinsafan Diri ,kini telah menduduki didalam carta IKIM ditangga ke -7, jangan lupa undi lagu ini di carta nasyid IKIM pada waktu siaran seperti yang tertera di bawah ini :

Waktu Siaran

Ahad - 9.00 pagi
Isnin - 1.00 pagi (ulangan)

DJ bertugas
DJ Erwan
(Ust. Erwan Johari)

Untuk mengetahui kedudukan lagu-lagu yang diputarkan di radio IKIMFM anda boleh layari di : http://cartanasyid-ikim.blogspot.com/

Berikut adalah MTV "Keinsafan Diri " :



lirik :
KEINSAFAN DIRI

DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

CHORUS….

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI

ULANG CHORUS.... & RANGKAP 1


Latar Belakang Kumpulan Fursan :

FURSAN

Kumpulan FURSAN adalah sebuah kumpulan nasyid yang dianggotai oleh lima orang pegawai dan anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Telah ditubuhkan semenjak tahun 1992 bagi memenuhi keperluan hiburan alternatif islam diperingkat ATM khasnya. Telah menghasilkan sebuah album bertajuk IBTIDA' pada awal tahun 2010.
Kumpulan Fursan sudah lama bertapak rupa-rupanya, cuma baru-baru ini diperkenalkan kepada kita dengan kewujudannya, alhamdulillah ahlan wa sahlan kami ucapkan di dalam Industri Nasyid semoga Allah berikan kekuatan kepada Fursan istiqomah di dalam berdakwah...insyaAllah.


Terbitnya album Ibtida',kumpulan nasyid Fursan menampilkan 4 lagu hits seperti Keinsafan Diri,Kembara,Bayangan Syurga dan Keindahan Islam didalam album mereka.Untuk maklumat lanjut mengenai mereka anda boleh layari di :

*http://fursankagat.blogspot.com/ (Blog)
*https://www.facebook.com/fursankagat ( Facebook )


Untuk promosi album Ibtida' kami sediakan link untuk dimuaturun secara percuma kepada anda,pastikan beli yang original.

Fursan - Keinsafan Diri ( Mp3 )

Berikut daripada album Ibtida' kumpulan Fursan :



Sumber : FURSAN




Copyright 2011 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More