Friday, October 5, 2012

Hati Hafiz Hamidun sudah dimiliki ?

 

Yeke, Hafiz Hamidun Bertunang Di Mekah Februari 2013

Yeke, Hafiz Hamidun Bertunang Di Mekah Februari 2013
 
KUALA LUMPUR, 4 OKT 2012: Mengakui hatinya sudah dimiliki gadis kelahiran Indonesia, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun bagaimanapun menafikan dia bakal bertunang dengan gadis berkenaan di Tanah Suci Mekah pada Februari 2013 seperti mana yang digembar-gemburkan setengah pihak.

Sebaliknya, Hafiz yang bakal mengadakan konsert sulungnya, Zikir Terapi pada 14 November 2012 menjelaskan pemergiannya ke Mekah pada Februari depan adalah untuk menunaikan umrah dan tiada kena mengenakan dengan majlis pertunangan.

"Memang benar saya pernah putus tunang. Nak kata saya fobia untuk bertunang lagi atau pun terus berkahwin dengan wanita berkenaan, tidak juga. Tapi, rasanya masih belum sesuai lagi saya berkata apa-apa tentang hal tersebut.

"Saya masih belum mempunyai kata putus sama ada mahu bertunang dengan dia atau pun tidak. Saya masih dalam tempoh mengenali dia dengan lebih dekat lagi. Lagi pun, kami pun berlainan budaya."Insya-Allah, tahun depan saya akan menunaikan umrah sebanyak dua kali iaitu pada Februari dan Mac. 

Bagaimanapun, ia bukanlah majlis pertunangan seperti yang disangkakan," katanya ketika dihubungi murai.com.my, pagi tadi.

Dalam pada itu, Hafiz yang bakal mengundang personaliti popular pada konsert Zikir Terapi nanti turut menyangkal dakwaan bahawa wanita itu adalah anak kepada kedutaan Indonesia di Mekah.

"Memang benar dia menetap di Mekah. Begitu juga dengan famili dia. Namun, dia bukanlah anak kepada seorang kedutaan Indonesia di Mekah.

"Terus-terang, saya tak mahu cakap lebih-lebih tentang dia. Insya-Allah, saya akan berikan penjelasan lanjut tentang dia apabila saya pulang dari umrah nanti.

"Selagi saya belum berkahwin dengan dia, saya tidak boleh cakap adakah benar dia bakal menjadi isteri saya atau pun tidak. Pertama kali saya berjumpa dengan dia sewaktu saya mengerjakan umrah pada Mac lepas," jelasnya.
 
 
Sumber :Murai 
 
 
 
 
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ] 

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More