BERITA @ FN
Lawatan ke Nasyeed.com |
21 Februari 2009 / 25 Safar 1430 Baru- baru ini Nasyeed.com menerima lawatan sambil belajar dari pelajar tahun 5, Sekolah Kebangsaan Broga, Semenyih. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Sis Nurul dan Sis Mass. Lawatan seramai 30 orang murid dengan 10 orang guru ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti yang dijalankan di Nasyeed.com. Di samping itu, pelajar-pelajar dan guru juga dapat mempelajari serba sedikit bagaimana membuat adunan suara (mixing) di studio rakaman dan mereka cipta grafik. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Bro Razin dan Bro Mahadi. Terima kasih kerana memilih Nasyeed.com didalam lawatan sambil belajar kalian. Antara guru-guru yang mengikuti lawatan ke Nasyeed.com Tekun mendengar penerangan daripada Sis Nurul Presiden PIN, Bro Mahadi memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada adik-adik yang berkunjung ke NC Bro Razin menerangkan fungsi-fungsi peralatan di studio NEP kepada adik-adik Semua terpegun melihat Bro Abdullah membuat design Adik Muhammad Amer Al Toff dan semua yang hadir menerima cenderahati dari pihak Nasyeed.com Cenderahati buat guru-guru yang hadir Sempat bersalaman bersama Sis Nurul sebelum pulang Bergambar kenang-kenangan bersama staff NC Sumber : http://www.nasyeed.com BERITA @ FN |
0 comments:
Post a Comment