Yeke, Hafiz Hamidun Bertunang Di Mekah Februari 2013
KUALA LUMPUR, 4 OKT 2012: Mengakui hatinya sudah
dimiliki gadis kelahiran Indonesia, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun
bagaimanapun menafikan dia bakal bertunang dengan gadis berkenaan di
Tanah Suci Mekah pada Februari 2013 seperti mana yang digembar-gemburkan
setengah pihak.
Sebaliknya, Hafiz yang bakal mengadakan konsert sulungnya, Zikir Terapi
pada 14 November 2012 menjelaskan pemergiannya ke Mekah pada Februari
depan adalah untuk menunaikan umrah dan tiada kena mengenakan dengan
majlis pertunangan.
"Memang benar saya pernah putus tunang. Nak kata saya fobia untuk
bertunang lagi atau pun terus berkahwin dengan wanita berkenaan, tidak
juga. Tapi, rasanya masih belum sesuai lagi saya berkata apa-apa tentang
hal tersebut.
"Saya masih belum mempunyai kata putus sama ada mahu bertunang dengan
dia atau pun tidak. Saya masih dalam tempoh mengenali dia dengan lebih
dekat lagi. Lagi pun, kami pun berlainan budaya."Insya-Allah, tahun depan saya akan menunaikan umrah sebanyak dua kali
iaitu pada Februari dan Mac.
Bagaimanapun, ia bukanlah majlis
pertunangan seperti yang disangkakan," katanya ketika dihubungi
murai.com.my, pagi tadi.
Dalam pada itu, Hafiz yang bakal mengundang personaliti popular pada
konsert Zikir Terapi nanti turut menyangkal dakwaan bahawa wanita itu
adalah anak kepada kedutaan Indonesia di Mekah.
"Memang benar dia menetap di Mekah. Begitu juga dengan famili dia.
Namun, dia bukanlah anak kepada seorang kedutaan Indonesia di Mekah.
"Terus-terang, saya tak mahu cakap lebih-lebih tentang dia.
Insya-Allah, saya akan berikan penjelasan lanjut tentang dia apabila
saya pulang dari umrah nanti.
"Selagi saya belum berkahwin dengan dia, saya tidak boleh cakap adakah
benar dia bakal menjadi isteri saya atau pun tidak. Pertama kali saya
berjumpa dengan dia sewaktu saya mengerjakan umrah pada Mac lepas,"
jelasnya.
Sumber :Murai
Copyright 2012 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
[ INTERAKTIF HIBURAN ISLAM ]
0 comments:
Post a Comment