Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, July 28, 2008

Koleksi Amalan Zikir Bazli Hazwan


KOMEN: Sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. kira-kira 1,500 tahun dahulu baginda telah mengusulkan banyak amalan zikir untuk tujuan tertentu.

Antaranya untuk menerangkan hati, memudahkan urusan seharian, memurahkan rezeki dan sebagainya demi memudahkan kehidupan umat baginda hinggalah ke hari kiamat.

Album yang membacakan amalan-amalan zikir ini dialunkan oleh Bazli Hazwan yang kini merupakan pelajar tahun 3 ijazah Sarjana Muda Kuliah Usuluddin dan Dakwah di Jabatan Tafsir, Universiti al-Azhar, Mesir.

Terdapat 13 surah yang dibacakan oleh beliau dalam album ini seperti al-Baqarah, al-Falaq dan An Nas serta lebih 10 zikir ma’thurat.

Menariknya selain diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran dan zikir ma’thurat, album ini juga menyediakan tafsirannya dalam bahasa Melayu.

Selain itu, penyampai di sebalik maksud ayat-ayat tersebut, turut diterangkan ialah fadilat akan ayat-ayat yang telah dibacakan.

Sesungguhnya, album ini bukan setakat memberi petunjuk bagi pendengar yang mahu menghafal zikir-zikir popular yang telah lama diamalkan oleh orang-orang soleh tetapi maksud yang diperjelaskan akan menambahkan lagi pemahaman terhadap fadilatnya.

Bagi memudahkan lagi pembelajaran para pendengar album ini turut menyediakan buku kecil yang memuatkan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh Bazli Hazwan.

Judul Album: Al-Ma’thurat Sughra
Artis: Bazli HazwanKonsep: Bacaan al-Quran dan zikir

Terbitan: Hijjaz Records Sdn. Bhd.

sumber www.utusan.com.my

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More