Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, July 3, 2008

Konsert 1 Akademi Nasyid



Assalamualaikum. Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung dengan selamat konsert pertama Akademi Nasyid - secara langsung di TV9. Sebagai hos, saya dapat rasakan tekanan yang sangat memuncak, terutamanya pada peserta dan krew penerbitan. Tak kurang pada saya sendiri. Sewaktu rehearsal session berlangsung, semuanya nampak macam serba keliru lagi, ya lah kan sebab konsert pertama, masing-masing pun nampak cemas semacam. saya tengok peserta-peserta pun tak putus-putus berlatih untuk berikan yang terbaik dalam performance diorang. ada juga yang ambil insiatif bertanya-tanya pada saya tentang persembahan mereka. Credit to In Heart, Sofieya dan Aiman sebab bertanya pada saya dan seems to do what i suggested.

8.20 malam saya berlintas langsung dari lokasi untuk siaran berita TV9. Macam bidan terjun pulak, sebab sebelum tu tak dimaklumkan. tapi, alhamdulillah semuanya okay.

8.30 malam, apabila persembahan qasidah pembukaan dah bermula, saya ambik posisi dan bersedia untuk mulakan Konsert Pertama Akademi Nasyid. Alhamdulillah, nampaknya penonton semalam pun bagi very gooood respond! Terima kasih kepada penonton semua. Saya rasa kalau suasana tak happening malam tadi, mungkin kaget jugak. hehehe. anyway, semua nya berjalan lancar sehinggalah dimaklumkan bahawa siaran UNDER RUN dalam 13 minit. Huh, nak 'goreng' apa lagi ni? Tiba-tiba ada satu lagi berita terbaru, playback recap ada masalah, jadi kena buat sesuatu...

Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak diatasi... Jangan lupa menonton Galeri Akademi Nasyid episod kedua pada Sabtu 28 Jun 2008 jam 1.30 ptg dan Siaran Langsung Konsert Kedua Akademi Nasyid pada Sabtu 28 Jun 2008 jam 8.30 malam...



Syukran



Hafiz Hamidun


sumber daripada www.tv9.com.my

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More