Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, July 3, 2008

Konsert 2 Akademi Nasyid

Photobucket
Sofieya

Alhamdulillah, dah selamat habis konsert kedua akademi nasyid. Sedih pun ada jugak sebab dah bermula penyingkiran peserta-peserta. Seperti yang semua tahu, kumpulan Sofieya telah tersingkir kerana mendapat undian paling rendah dari penonton dan mungkin juga markah rendah dari juri. Konsert bermula dengan semangat yang lain semalam. Saya dah rasa mula selesa dengan format Akademi Nasyid, dah makin confident untuk kendalikan rancangan ni. Lebih kurang jam 8.20 malam, saya cross over untuk berita TV9 dengan tetamu peserta Shah & Aiman. 8.30malam, detik yang dinantikan pun tiba. Tapi, memang saya dapat rasakan semangat yang baru. Bila kedudukan 12 peserta diumumkan, semua itu dalam jangkaan saya jugak, dan dari undian sms melalui konsert pertama, nampaknya dah tahu dah siapa yang menjadi pilihan pengundi-pengundi.

Habis saja persembahan peserta-peserta, tiba masa penyingkiran, 3 peserta yang memang saya sendiri tak jangka-jangka berada di bottom three. Farhan, Sofieya dan Aiman. Namun, nasib tak menyebelahi Sofieya. All the best to Sofieya dan harap pengalaman selama 2 minggu di akademi nasyid tak melunturkan semangat korang semua untuk terus bernasyid.

Kepada yang memberikan komen, saya sangat berterima kasih dengan pandangan anda semua. Mungkin ada yang berpendapat itu dan ini, namun, itu semua saya boleh baca dan mana yang boleh saya sampaikan kepada pihak pengurusan tv9, saya akan sampaikan. Namun, kalau ada komen yang negatif, harap anda sertakan sekali dengan cara penyelesaian, bukan sekadar kutukan sahaja :) kan lebih baik bagi penyelesaiannya...




signing of,



Hafiz Hamidun

Hos Akademi Nasyid TV9

sumber daripada www.tv9.com.my

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More