Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, July 24, 2008

SUHAIMI Kini Dipasaran

ALBUM: KalamaK
ARTIS: Suhaimi
GENRE: Nasyid

DUA tahun tidak menghasilkan album selepas Kias Cinta, Suhaimi yang pernah mencipta nama bersama Inteam kembali merakamkan album solo kedua, KalamaK. Memuatkan lapan lagu dan dua zikir diedarkan Strategic Communication Sdn Bhd, Suhaimi mengambil langkah berani apabila album ini tidak dijual di pasaran terbuka.

Sebaliknya, Suhaimi memanfaatkan kemajuan teknologi dengan menjual KalamaK di internet menerusi laman web:www.suhaimi.com.my.

Agak bertuah kerana mempunyai kelompok peminat sendiri, Suhaimi turut mengambil kira pandangan mereka ketika pembikinan album ini. Atas dorongan peminatnya juga, Suhaimi merakamkan lagu Arab, KalamaK yang dicipta sepenuhnya oleh dirinya sendiri.

Dengan pengalaman yang dimiliki, Suhaimi memperlihatkan keberaniannya apabila KalamaK mempertaruhkan keseluruhan ciptaannya sendiri untuk album solo kedua itu.

Namun, dia tidak bersendirian kerana susunan muzik dalam album ini turut dibantu Amar dan Hafiz Hamidun justeru memperlihatkan kerjasama di kalangan komposer muda yang meneruskan legasi dalam genre nasyid.

Dari segi ciptaan , Suhaimi cenderung kepada irama yang perlahan dan kerana itu beberapa lagu yang menjurus kepada rentak seperti itu kedengaran cocok dengan alunan vokal penyanyi ini.

KalamaK, Cahaya Mata, Roda Harapan dan Rona Cinta adalah antara lagu yang menyerlahkan kelebihan Suhaimi, manakala EzZahra’ dan Syukur pula memperlihatkan dimensi berbeza kerana disampaikan dalam alunan yang sedikit rancak namun terkawal.

Dua zikir yang dimuatkan dalam album ini ialah Istighfar dan Doa Taubat pasti akan membawa pendengar tenggelam dalam kelunakan penyampaian Suhaimi.

Kata Hip:
KALAMAK memenuhi kriteria untuk sebuah album nasyid yang mampu mencuri perhatian pendengar muda. Mungkin penerbitannya tidak sehebat album nasyid berbajet besar, namun dalam keterbatasan peruntukan Suhaimi masih mampu melahirkan karya yang menarik dan punya elemen komersial.

sumber bharian.com.my

Sentuhan terbaru dari akhi Suhaimi,rugi tidak beli pastikan yang original..nasyid selamanya
Dapatkan dikedai 2 kaset yang berhampiran dengan anda.

by : arekeyz_studio

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More