Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, July 26, 2008

Akademi Nasyid: Konsert 6

Assalamualaikum...

Satu lagi episod Akademi Nasyid telah berlalu, dengan membawa kenangan sepanjang minggu keenam. Konsert keenam kali ni nampaknya rata-rata peserta sampaikan lagu yang rancak2... dan saya sendiri rasa bahawa peserta-peserta makin bersungguh-sungguh untuk sampaikan persembahan yang terbaik. macam2 cara dan gaya lah, macam2 gimik, lakonan, dan improvisasi yang diorang dah lakukan.

Untuk cross over dengan berita tv9 malam tadi, saya temuramah in heart pula, sebab minggu ni nampaknya dari segi pakaian diorang tu dah berlaku transformasi. jadi pak arab modern pulak. but anyway, in heart memang kumpulan yang bersungguh-sungguh untuk tampil dengan kelainan tiap minggu. saya sendiri pun nampak kesungguhan diorang.

Sepanjang konsert, personally, saya memang suka dengan persembahan Dvision. Dari sesi rehearsal lagi pun saya dapat tengok memang diorang bakal berikan persembahan yang baik sekali... dan akhirnya, memang tak menghampakan. Cuma, mereka kena buat lebih dan lebih baik pada masa-masa akan datang...

Sebelum konsert juga, aiman nampaknya macam ragu-ragu untuk part qasidah. saya yakin kan aiman untuk buat dan serlahkan kemampuan untuk qasidah dalam lagu salehudin al-ayyubi tu. Dan melalui pengamatan saya, konsert kali ini merupakan konsert terbaik dari Aiman.

Persembahan dari Eda fazilah juga memang membuktikan yang beliau memang versatile. boleh nyanyikan apa juga lagu yang diberikan. Memang tak salah saya dan juri juri lain memilih Eda sewaktu ujibakat di sri pentas mei lalu. tapi, nampaknya, rezeki eda fazilah, sampai di konsert keenam sahaja. meninggalkan kenangan di akademi selama 6 minggu, dan hilanglah sekuntum lagi bunga terakhir di akademi nasyid.

Yang pasti, eda fazilah sudah cuba yang terbaik. melalui pengamatan saya, eda memang pendiam orangnya tapi bakat yang beliau ada memang tak dapat dinafikan. Insyallah, semoga Eda lebih berjaya di luar akademi nasyid kerana Malaysia telah buktikan bahawa eda memang mampu.

(Akan bersambung)...
sumber daripada hafiz hamidun.net

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More