Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, August 21, 2008

6 Finalis Akademi Nasyid

Assalamualaikum kepada semua peminat akademi nasyid,terutamanya ana berasa syukur kerana dapat bersua kembali setelah lama tidak meninjau blog ini.

Setelah beberapa minggu kita saksikan peserta akademi nasyid akhirnya 6 finalis peserta akademi nasyid telah diumumkan,pastikan kepada semua peminat akademi nasyid dapat bersama-sama vote peserta akademi nasyid yang anda rasakan layak bergelar juara akademi nasyid.

Diantara peserta yang akan berentap pada 30 ogos 2008 adalah :

1-Azhan Atan
2-Cicik
3-Aiman
4- Eda Fazilah
5- DVision
6-Muslim Voice

Tahniah diucapkan kepada 6 finalis akademi nasyid moga anda kalian dapat mempertahankan alunan nasyid diluar sana yang dahagakan sesuatu yang hilang,sama-samalah kita fikirkan.Nampaknya 6 finalis ini merupakan peserta yang mantap,terutamanya bagi peserta tunggal wanita pertama tercalon difinalis tahniah Eda Fazilah.

Tidak lupa juga kepada Muslim Voice kerana anda terpilih finalis akademi nasyid,bakat anda jangan sia-siakan dan anda punyai kelainan dalam nasyid moga dapat pelbagaikan tone music yang anda sampaikan.

Diingatkan juga kepada pengundi diluar sana moga anda kalian tidak tersalah dalam membuat keputusan untuk mengundi 6 finalis akademi nasyid.Saya ucapkan terima kasih kerana pihak media prima tv9 membuat kelainan untuk finalis kali ini,dengan mengubah 50% juri kepada 60% dan 50% sms kepada 40%.

Jangan lupa pakat ramai-ramai tengok akademi nasyid pada 30 ogos ini.

Akademi Nasyid Best.

by : artkeyz@creative

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More