Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, August 30, 2008

Juara Akademi Nasyid 2008



TAHNIAH AZHAN ATAN,JUARA AKADEMI NASYID 2008


Assalamualaikum kepada semua peminat akademi nasyid,walau dimana anda berada samada di Malaysia atau di luar negara..sudah lama kita menyaksikan akademi nasyid selama 11 minggu.

Namun siapakah juara akademi nasyid pada tahun ini sudah terjawab akhirnya,mungkin ramai tertanya-tanya siapakah peserta yang bakal membawa wang tunai sejumlah RM 100.000 ringgit, sungguh lumayan sekali....
Akademi nasyid telah membawa kita semua ke penghujungnya tetapi adakah akademi nasyid akan membawa peminat nasyid ke episod yang akan datang,sama-sama kita saksikan pada musim yang akan datang. Moga peserta yang akan datang lebih mantap dan lebih bersedia menghadapinya.

"Juara akademi nasyid jatuh kepada Azhan Atan"kata hafiz hamidun selaku pengacara akademi nasyid 2008. Tahniah Azhan Atan kerana menjuarai akademi nasyid pada tahun ini,syabas. Jika kita lihat suasana di Seri Pentas Shah Alam begitu meriah sekali,namun kita harus lihat bagaimana juara akademi nasyid iaitu Azhan Atan diumumkan,pernahkan kita melakukannya setiap kali kita menerima habuan atau penghargaan ?

Inilah juara yang kita nantikan walaupun beliau mengalami kekurangan,tetapi beliau tetap bersyukur atas kurniaan Allah kepada,disini boleh kita lihat Azhan Atan memanjat kesyukuran diatas kemenangannya dengan melakukan sujud syukur..Allahu Akbar 3x.....

TAHNIAH AZHAN ATAN,JUARA AKADEMI NASYID 2008

coretan by: artkeyz_creative

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More