Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Tuesday, September 30, 2008

Album nasyid laris di pasaran


Respirasi Muzik: Album nasyid laris di pasaran


Rap
Album: Koleksi Nasyid Puji-Pujian
Artis: Pelbagai




WALAUPUN industri muzik dikatakan lesu terutama penjualan album yang kurang memberangsangkan, namun ia tidak pernah membantutkan perkembangan irama nasyid.

Sebagai bukti, dalam kebanyakan syarikat rakaman mengeluh apabila album dihasilkan artis komersial tidak boleh dijual, permintaan terhadap album nasyid berterusan.

Kebanyakan album dihasilkan kumpulan nasyid ini masih mendatangkan keuntungan dengan jualannya mencecah hingga 30,000 unit.

Memandangkan permintaan tinggi terhadap lagu nasyid, syarikat rakaman Warner Music Malaysia menghasilkan kompilasi khas himpunan lagu didendangkan kumpulan nasyid popular.

Kepada pendengar, ia satu bonus kerana album Koleksi Nasyid Puji-Pujian menampilkan lagu dendangan kumpulan seperti Raihan , Rabbani, UNIC, In-Team dan duet di antara Miwarna dan Jay-Jay.

Boleh dikatakan Koleksi Nasyid Puji-Pujian memuatkan karya lagu nasyid terbaik masa kini seperti Puji-Pujian, Muhammad Ya Habibi, Aku Tanpa Cintamu, Impian Kasih, Jungungan Mulia dan Demi Satu Cinta.

Turut dimuatkan lagu Inggeris dihasilkan kumpulan Raihan, Thank You Allah yang pernah didendangkan mereka di Royal Albert Hall, London, Britain.

sumber daripada http://www.hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More