Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, October 5, 2008

Gabungan kontemporari dan konservatif

Gabungan kontemporari dan konservatif

KOMEN: Album ini bukan sahaja mengetengahkan lagu-lagu baru dan lama tetapi konsep irama yang diketengahkan juga agak kontra daripada konsep muzik yang diketengahkan.

Misalnya, lagu-lagu nasyid yang konservatif atau mungkin lebih cenderung kepada irama padang pasir yang ditonjolkan oleh artis seperti Haddad Alwi dan Raihan yang cuma berbekalkan instrumens gendang dan kompang.

Namun, pada masa sama irama nasyid lama yang boleh klasik berjudul Seroja yang disampaikan oleh kumpulan nasyid wanita tahun 1970-an iaitu Al-Jawaher mewakili genre muzik sebegitu.

Selain itu, album ini turut menyelitkan lagu-lagu nasyid kontemporari yang turut diketengahkan oleh Al-Jawaher bertajuk Kembara Di Tanah Gersang walaupun ia diterbitkan pada era penghujung tahun 1970-an.

Penyanyi pop, Aishah juga ditonjolkan dalam album ini melalui lagu berjudul Doa yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh Zubir Ali.

Lagu ini daripada segi muziknya bukanlah berirama nasyid tetapi mungkin lirik lagunya berunsur ketuhanan maka ia disesuai serta dimuatkan dalam album ini.

Selain itu lagu seperti Sayang-Sayang nyanyian Huda, Teman Sejati (Brothers) dan Kasih Kekasih (In-Team) juga menarik untuk dihayati bukan sahaja kerana melodi lagunya tetapi juga liriknya yang sarat dengan unsur pendidikan.

Judul Album: Bismillah - Koleksi Lagu-Lagu Islami
Artis: Raihan, Al-Jawaher, Rabbani, Hadad Alwi, Huda, Aishah, Marshanda dan ramai lagi.
Konsep Muzik: Nasyid
Terbitan: Sony BMG Music Entertainment
Bintang : ***
sumber daripada utusan.com.my

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More