Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, October 5, 2008

Album penuh keinsafan

Album penuh keinsafan

KOMEN: Ungu memang dikenali ramai kerana mengetengahkan irama pop rock yang santai tetapi album ini memperdengarkan kelainan daripada konsep lirik lagu mereka.

Sama seperti album terdahulu, masih mengekalkan irama pop rock tetapi kesemua 10 lirik lagu dalam album ini berunsur ketuhanan.

Mungkin Ungu mahu mencetuskan rasa keinsafan menerusi lirik-lirik sebegitu, apatah lagi melalui kulit album yang memperlihatan golongan fakir miskin di jalanan.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan album ini merupakan kombinasi antara muzik pop rock dan lirik lagu bertemakan irama nasyid.

Perkara itu dapat dilihat menerusi judul-judul lagu dalam album ini seperti Syukur (Alhamdulillah), Cahaya-Mu, Doa Yang Terlupakan, Dengan Nafas-Mu dan Hidup Hanya Sementara.

Selain lagu, turut dimuatkan dalam album ini ialah lagu-lagu dalam versi karaoke misalnya melalui lagu Dengan Nafsu-Mu dan Cahaya-Mu.

Judul Album: Aku Dan Tuhanku
Artis: Ungu
Konsep Muzik: Pop Rock
Edaran: Suria Records
Bintang : **
sumber daripada utusan.com.my

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More