Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, October 5, 2008

Pujian untuk Allah dan Rasul

Pujian untuk Allah dan Rasul

KOMEN: Secara kasarnya, album ini merupakan album koleksi lagu-lagu nasyid lama yang dikitar semula.

Contohnya, lagu Puji-Pujian nyanyian kumpulan Raihan yang diterbitkan pada 1997 antara yang diselitkan dalam album ini.

Semula lagu yang ditampilkan dalam album ini merupakan lagu-lagu yang boleh dikatakan agak baru kecuali lagu Junjungan Mulia dendangan kumpulan nasyid wanita, Al-Mizan yang popular pada hujung tahun 1970-an.

Meskipun album ini merupakan lagu-lagu yang sudah banyak kali dikitar semua tetapi ia mengetengahkan konsep dan tema yang sama pada hampir kesemua lagu.

Kebanyakan lagu menampilkan lirik yang membawa mesej mengesakan Allah Tuhan yang maha esa selain puji-pujian ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Pelbagai cara cuba dizahirkan dalam mengutarakan mesej-mesej itu seperti menginsafi kebesaran Allah selain menonjolkan keperibadian dan sirah junjungan besar tersebut.

Turut dimuatkan ialah lagu Thank You Allah, iaitu lagu Inggeris Raihan yang dilihat bersifat global dalam usaha mereka menyampaikan mesej tentang rasa kesyukuran atas nikmat Allah.

Lagu-lagu lain yang diketengahkan menerusi album ini berjudul Rasulullah yang disampaikan oleh Hijjaz, Muhammad Ya Habibi (Rabbani) dan Hanya Tuhan Yang Tahu (Unic).

Bintang : ***
Judul Album: Koleksi Nasyid Puji-Pujian
Artis: Raihan, Rabbani, Nowseeheart, Unic, In-Team, Hijjaz dan ramai lagi.
Konsep Muzik: Nasyid
Terbitan: Warner Music (M) Sdn. Bhd.
sumber daripada utusan.com.my

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More