Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Wednesday, April 15, 2009

Album Rabbani 1418-1428 H

Album Rabbani 1418-1428 H di Pasaran

ALBUM RABBANI 1418-1428 H

Sedekad telah berlalu, namun Kumpulan Nasyid terkenal Rabbani tetap utuh memperjuangkan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan di samping berdakwah dan menyampaikan mesej tertentu dalam setiap karya yang dibawakan oleh mereka. Setiap langkah dan perjuangan dilakukan dengan ikhlas sehingga Rabbani gah berdiri mengekalkan dan memperkukuhkan kedudukan mereka di dalam industri muzik tanahair. Bagi meraikan 10 tahun penglibatan Rabbani dalam bidang seni, EMI Music telah mengambil kesempatan ini dengan mengeluarkan album kompilasi unggul berjudul Rabbani 1418-1428 H. H membawakan kepada Hijrah iaitu penghijrahan yang telah berjaya disampaikan kepada semua peminat-peminat mereka.

Istimewanya Rabbani 1418-1428 H kerana mengambil semula semua lagu-lagu popular dan hits sepanjang penglibatan mereka selama 10 tahun.Antara lagu-lagu yang terpilih adalah ‘Satu Qiblat Yang Sama’, ‘Intifada’, ‘Anak Soleh’, ‘7 Hari’, ‘Nawaitu’, ‘Handzalah’, ‘Berkorban Apa Saja’, ‘Pergi Tak Kembali’, ‘Iqrar’, ‘Muhammad Ya Habibi’, ‘Kerlipan Cinta’, ‘Assalamuaikum’ dan ‘Insan’. Bagi memperhebatkan lagi album kompilasi unggul ini Rabbani telah merakamkan khas 2 lagu. Satu lagu baru bersama ‘Raja SMS’ iaitu Mawi yang berjudul ‘Saksi’ dan satu rakaman semula lagu rock hits oleh Kumpulan Lagenda Rock tanahair Search iaitu ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’.

‘Saksi’ merupakan lagu ciptaan ahli kumpulan R&B popular VE iaitu Cham dihasilkan khas untuk Rabbani. Ini merupakan kali pertama VE menghasilkan lagu bagi kumpulan nasyid Rabbani. Ternyata lagu ini berjaya disampaikan mengikut kehendak mereka. Rabbani telah menjemput Mawi untuk bekerjsama dan berduet dalam lagu ini. Ternyata tindakan ini telah berjaya memperhebatkan lagu ‘Saksi’ karya Cham VE.

‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’ salah satu lagu hit yang telah berjaya menaikkan nama kumpulan Rock Lagenda SEARCH, telah dirakamkan semula oleh Rabbani dengan stail dan gaya mereka tersendiri bersama penyanyi asal SEARCH iatu Amy Search. ‘Kami gembira dapat bergandingan dengan Amy Search yang merupakan nama besar dalam bidang muzik, malah ada keserasian dan dia boleh berkomunikasi dengan kami sperti sudah lama mengenali antara satau sama lain’, menurut Asri Rabbani. Pemilihan lagu merupakan idea daripada Amy Search sendiri yang mana lagu ini cukup bermakna kepadanya.

Populariti lagu ini telah terbukti kerana kini “Mentari Merah Di ufuk Timur” telah berjaya dimuat turun lebih dari 20 000 kali semenjak mula berada di pasaran (28hb Disember 2007). Ianya merupakan satu penghormatan terhadap lagu “Mentari Merah Di ufuk Timur” yang berjaya membuktikan versi baru lagu ini telah mendapat sambutan positif dan diterima oleh peminat lagu asal serta peminat baru mereka.

Album kompilasi Rabbani 1418-1428 H turut diselang-seli antara lagu dengan keratan hadith bagi memberikan kelainan bagi peminat yang boleh berhibur sambil mendengar alunan lagu berunsurkan rohani dalam album ini. Untuk pertama kali, potongan hadith ini dipilih dan disampaikan oleh seorang wanita iaitu Cik Wan Roslili atau lebih dikenali sebagai Kak Wan, pegawai penyelidik dan juga dj daripada Radio IKIM. Naskhah ini cukup bermakna kepada Rabbani yang berharap peminat-peminat mereka juga turut menghargainya dan dikeluarkan dalam bentuk kaset, cd, vcd dan dvd.

Kulit album Rabbani 1418-1428 H memaparkan konsep cukup berbeza berbanding dengan album-album sebelumnya. Di mana persembahan yang igin disampaikan adalah ke arah masa depan tanpa menoleh ke belakang lagi.Ianya meraikan sedekad yang gemilang dan akan terus menerjah ke hadapan. Berbekalkan pengalaman lepas Rabbani akan terus maju dan bakal menghasilkan karya-karya yang lebih mantap dalam memperjuangkan kerpercayaan mereka untuk berdakwah dalam industri muzik negara.

Harga kaset (RM 16.90), CD(RM 27.90), VCD (RM 19.90) dan DVD (RM 22.90) Setiap pembelian album akan dihadiahkan dengan kalendar bulan Islam. CD dan kaset Rabbani 1418-1428 H telah dipasarkan pada 28hb Disember 2007 bertepatan bagi umat Islam yang telah menyambut Hari Raya Haji di pertengahan bulan Disember 2007. Manakala VCD & DVD MTV Karaoke Original Rabbani 1418-1428 H baru sahaja dipasarkan pada 5hb Mac 2008 yang lalu.

TRACKLISTING RABBANI 1418-1428H

  1. Mentari Merah Di Ufuk Timur (bersama Amy Search)
  2. Saksi (bersama Mawi)
  3. Surah Yasin- Ayat 65
  4. Satu Qiblat Yang Sama
  5. Intifada
  6. Anak Soleh
  7. Hadith : Riwayat Al Tarmizi
  8. 7 Hari
  9. 9.Nawaitu
  10. Handzalah
  11. Berkorban Apa Saja
  12. Pergi Tak Kembali
  13. Hadith : Riwayat Bukhari Dan Muslim
  14. Iqrar
  15. Muhammad Ya Habibi
  16. Kerlipan Cinta
  17. Surah Al A’Raaf-Ayat 54
  18. Assalamuaikum
  19. Insan
  20. Hadith : Riwayat Al Tabarani

TRACKLISTING RABBANI 1418-1428H (MTV Karaoke)

  1. Mentari Merah (Bersama Amy Search)
  2. Saksi ( Bersama Mawi)
  3. Intifada
  4. Iqrar
  5. Pergi Tak Kembali
  6. Assalamualaikum
  7. Satu Qiblat
  8. Anak Soleh
  9. Alhamdullillah
  10. Berkorban Apa Saja
  11. Wawasan Hijrah
  12. Kerlipan Cinta
  13. Handzalah
  14. Apa Yang Kau Tahu
  15. Makrifatullah
Sumber :www.budiey.com/hiburan

<<<<FN 2009 >>>>>

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More