Wednesday, April 15, 2009

KOLEKSI NASYID PUJI-PUJIAN

KOLEKSI NASYID PUJI-PUJIAN

KOLEKSI NASYID PUJI-PUJIAN

Nasyid merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah, dan yang seumpamanya. Telah menjadi satu trend syarikat-syarikat rakaman sejak tahun 1970an di dalam penerbitan album-album nasyid. Warner Music Malaysia pada ketika itu turut menjadi perintis apabila telah mengedarkan album al-Mizan, kumpulan nasyid popular pertama di Malaysia dan Singapura.

Selepas itu nasyid mulai sepi dan Malaysia telah dilanda pelbagai jenis trend seperti rock dan kebangkitan Pop Yeh Yeh. Namun, sejak tahun 1996, Warner Music Malaysia telah mengambil satu lagi inisiatif dan risiko besar dalam penerbitan lagu-lagu bercorak nasihat dan ketuhanan ini apabila menerbit dan mengedarkan album terlaris di dalam sejarah dunia muzik Malaysia: Raihan dengan Puji-Pujian telah berjaya dijual hampir 700, 000 unit!

Sejak dari itu, lagu-lagu nasyid mula mekar dan subur kembali di corong-corong radio, dan menjadii siulan pelbagai generasi umur. Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni. Sehingga kini, terdapat begitu banyak lagu-lagu hits bernuansakan nasyid.

Kehebatan nasyid di dalam dunia muzik turut diiktiraf oleh Anugerah Industri Muzik Malaysia dan juga Anugerah Bintang Popular Berita Harian, di mana muzik nasyid turut mempunyai kategorinya tersendiri.

Mengandungi 16 buah lagu-lagu nasyid terpopular, album ini menggabungkan irama nasyid tradisional dan juga kontemporari. Lagu-lagu yang dipilih pasti dapat meniupkan santapan rohani untuk para penggemar muzik ini, dengan lagu-lagu berkonsep selawat, zikir, kesukuran dan kisah sirah nabi-nabi yang pasti dapat menerbitkan rasa taaruf dan insaf. Pada masa yang sama, terdapat juga lagu-lagu cinta yang bernuansakan syariat Islam yang sesuai untuk diikuti oleh golongan muda.

Pendek kata, KOLEKSI NASYID PUJI-PUJIAN merupakan satu hiburan alternatif paling hebat, apatah lagi jika diperdengarkan dan dinikmati pada bulan Ramadhan yang mulia. Namun, lagu-lagu ini juga amat sesuai didengari pada bila-bila masa tanpa mengira waktu. Nasyid merupakan satu irama sepanjang zaman. KOLEKSI NASID PUJI-PUJIAN juga bukan satu koleksi picisan kerana ia menghimpunkan nama-nama besar di dalam industri muzik sejak berzaman seperti Raihan, Rabbani, Jay Jay, Hijjaz, Al-Mizan, Nowseeheart dan ramai lagi.

Lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini adalah seperti berikut:

  1. Puji-Pujian dari Raihan
  2. Rasulullah - Hijjaz
  3. Muhammad Ya Habibi - Rabbani
  4. Aku Tanpa Cinta Mu - Mirwana & Jay Jay
  5. Hanya Tuhan yang Tahu - UNIC
  6. Impian Kasih - In-team
  7. Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan, Nowseeheart, Hijjaz, Brothers & Amaludin
  8. Junjungan Mulia - Al-Mizan
  9. Syukur - Raihan
  10. Sumayyah - Hijjaz
  11. Damai - Nowseeheart
  12. Doa Pujian - Rabbani
  13. Demi Cinta Suci - UNIC
  14. Thank You Allah - Raihan
  15. Rindu - Hijjaz
  16. Cahaya Selawat - Raihan

Kesimpulannya, KOLEKSI NASYID PUJI-PUJIAN sesuai untuk dijadikan satu koleksi di dalam arkib peminat-peminat muzik dan juga nasyid khususnya. Terbitan dan edaran oleh Warner Music Malaysia.

Sumber : www.budiey.com/hiburan

<<<<FN 2009 >>>>>

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More