Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, April 9, 2009

HIJJAZ DWARNA

Niaga busana Muslimah

Oleh Sakini Mohd Said

sakini@hmetro.com

Pelbagai usaha yang dianggap efektif dibincangkan seperti projek yang terpaksa dibatalkan, pengurangan kos dan pembuangan pekerja bagi memastikan istilah 'tutup kedai' tidak berlaku.

Namun, sebaliknya yang terjadi kepada syarikat Hijjaz Trade Corporation Sdn Bhd (HTC) yang diterajui kumpulan nasyid Hijjaz yang nampaknya semakin hari semakin pesat berkembang.

Daripada sebuah kumpulan yang pada awalnya bergantung harap kepada muzik nasyid, Hijjaz akhirnya melebarkan sayap ke beberapa bidang perniagaan lain bagi meningkatkan taraf ekonomi.



"DI saat negara berhadapan kelembapan ekonomi dunia, banyak perniagaan terpaksa mengambil langkah penstrukturan semula operasi syarikat"..HIJJAZ


Tidak cukup sekadar mengusahakan resort yang dikenali sebagai Teratak Hijjaz di Putrajaya, pakej umrah dan pelancongan serta menerbitkan pelbagai album nasyid kini Hijjaz kian aktif merencanakan perancangan terbarunya untuk mengembangkan lagi bisnes yang sedia ada melalui HTC.

Berpegang kepada seruan Rasulullah yang menggalakkan umatnya berniaga, terbaru HTC, mengambil peluang dengan berjinak-jinak pula dalam perniagaan busana Muslimah dan minuman.

Mengulas sebab utama HTC memilih perniagaan busana Muslimah, Pengarah Urusan HTC, Ismen Nadim Isam memberitahu, industri hiburan tidak pernah meriah tanpa kehadiran 'fesyen' sama ada berkonsepkan Barat atau ketimuran.

Berdasarkan kesedaran itu, kumpulan Hijjaz yang turut dianggotai Munif Ahmad, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad mula melangkah setapak lagi dengan melakukan satu transformasi dalam penyebaran dakwah melalui perniagaan busana Muslimah.

"Hasrat untuk terbabit di dalam perniagaan fesyen Islamik ini sudah lama kami rancang. Maklumlah, kebanyakan fesyen sekarang begitu cenderung ke arah Barat tanpa mengira budaya dan syariat.

"Sehubungan itu, kami rasakan perlu adanya penyebaran dakwah dengan mengeluarkan pelbagai fesyen Muslimah di bawah jenama 'HijjazDwarna.


"Cuma sebelum ini, kami terpaksa memendam dahulu rancangan itut sehingga tiba masa yang sesuai.

"Namun, akhirnya penantian kami selama ini tidak sia-sia apabila hasrat menyebarkan dakwah melalui busana Muslimah dapat juga dilaksanakan melalui kerjasama yang kami jalinkan dengan Dwarna Industries (M) Sdn Bhd.

Menurut Ismen, HijjazDwarna akan berada di pasaran seawal Mei tahun ini dan berkonsepkan moden, anggun dan feminin. Walaupun jubah, ia amat selesa digayakan dalam pelbagai situasi.

Mengulas mengenai rekaan, Ismen berkata HTC sering menitikberatkan kualiti dan sehubungan itu mereka sentiasa berbincang dengan Dwarna Industries rekaan yang bakal digunakan nanti agar mampu menterjemahkan keindahan busana Muslimah dengan sebaiknya.

Beliau ditemui selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Dwarna Industries (M) Sdn Bhd dan Color Fly Sdn Bhd di Hotel Royale Bintang, The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Melalui kerjasama yang terjalin dengan Color Fly, HTC berpeluang mengeluarkan produk kopi pracampuran di bawah jenama Kopi Hijjaz.

"Selain busana Muslimah, kami juga berhasrat terbabit dalam perniagaan makanan dan minuman harian.

"Alhamdulillah, apabila Pengarah Urusan Color Fly, Ustaz Wan Zakaria Wan Othman berbincang dengan kami mengenai kerjasama ini, kami terus setuju.

"Bagi kami, itu antara usaha kami untuk mengajak setiap pengguna yang kebanyakannya Islam untuk menggunakan produk lebih terjamin halal," kata Ismen.

Kata Ismen, keistimewaan kopi Hijjaz yang akan berada di pasaran Jun ini adalah ramuannya yang berasaskan barli dan gula merah yang dikatakan sangat berkhasiat untuk kesihatan.

Ismen, bagaimanapun mengingatkan peminat mereka, dengan kesibukan anggota kumpulan itu menguruskan perniagaan, tidak bermakna kumpulan Hijjaz sudah tidak berminat dengan muzik nasyid.

Terbaru, mereka muncul pula dengan album Nostalgia Lagenda Nada Murni - Koleksi Sentuhan Lagu-Lagu Terbaik.

Album terbabit memuatkan koleksi lagu nyanyian kumpulan Nada Murni yang suatu ketika dulu dianggotai oleh anggota kumpulan Rabbani dan Hijjaz sendiri.

:::::Info @ FN 2009:::::

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More