Wednesday, April 15, 2009

RAIN Tak Puas Hati dengan Hafiz Hamidun?

Isu KEBAS DUIT: RAIN Tak Puas Hati dengan Hafiz Hamidun?

Korang tengok tak Melodi Raya tengahari tadi? Satu cerita panas antaranya, wartawan Melodi, Azmi ada interview Hafiz Hamidun.

Untuk info pembaca Hafiz Hamidun adalah antara vokalis kumpulan UNIC yang kini bergerak secara solo. Kini, Hafiz Hamidun dikenali sebagai pengacara Akademi Nasyid, pencipta lagu dan pernah memenangi Anugerah Lagu Terbaik dan Melodi Terbaik di Anugerah MACP 2008, Anugerah Industri Muzik 15 (2008) - Best Musical Arrangement (Non-Bahasa Melayu Song) dan Anugerah Industri Muzik 15 (2008) - Best Pop Ethnic Album (Producer).

Diceritakan seorang penyanyi telah mengupah Hafiz Hamidun untuk buat arrangement sebuah lagu bagi album terbarunya. Lagu ini sebenarnya ditulis dan dicipta oleh Imran Ajmain dan Hafiz diberi kepercayaan untuk menyusun melodi dan menjadi penerbit untuk lagu ini.

Apa yang jadi isunya, apabila artis ini tak puas hati bila mana lagu POP yang dimahunya itu ditukar melodi ala-ala nasyid. Selidik punya selidik, penyanyi yang tak puas hati dengan Hafiz Hamidun ialah RAIN.

Kebetulan, Budiey pernah bertemu dengan RAIN yang menjadi peminat No. 1 Taufik Batisah ini dan sempat mengadakan temubual bersama RAIN di Pelancaran Album Infinatez di Sungai Petani, Kedah.

Untuk mengetahui kebenaran isu ini, Budiey terus menghubungi RAIN untuk bertanyakan lebih lanjut adakah benar Hafiz Hamidun KEBAS DUIT?

Budiey: Assalamualaikum Rain, Selamat hari raya…

(Mulanya ada suara perempuan yang angkat panggilan. Lepas tu, dihulurnya telefon kepada tuan punya diri, RAIN)

Rain: Waalaikumusalam Budiey. Selamat hari raya.

Budiey: Dengar citer you tak puas hati dengan Hafiz Hamidun yek?

Rain: Mana you tau ni?

Budiey: Tadi ada masuk Melodi. Nak tau apa yang you tak puas hati tu?

Rain: Oh… ini tentu pasal single pertama saya. Saya ada upah RM5,000 untuk kos penerbitan dan juga arrangment lagu berjudul ‘Jangan Biarkan’. Saya nak dia buat lagu tu jadi ala lagu pop tetapi bila saya dengar, bunyi dia macam nasyid. Saya tak puas hati dengan cara Hafiz bekerja sebab dia tak dapat commit untuk melunaskan kerja dengan baik.

Budiey: Hafiz ada kasi alasan yang dia terlalu sibuk dan memerlukan masa sikit sebab dia jadi hos untuk Akademi Nasyid. Selepas lagu ini diserahkan kepada Hafiz, kebetulan Akademi Nasyid pun bermula. Jadi, Hafiz mungkin tidak ada masa untuk membaiki lagu tu. Lagi pun, Hafiz Hamidun mahu menghasilkan yang terbaik untuk lagu ni. Ini memerlukan masa. Tak gitu?

Rain: Memang saya faham, Hafiz sibuk dan kena commited dengan kerja dia. Tapi dengan apa yang saya dapat, memang rasa tak berbaloi.

Budiey: Hafiz ada cakap, antara masalah yang dihadapi untuk sempurnakan lagu tu ialah sebab vokal you sendiri dan dia mempertikaikan kebolehan suara atau vokal you masih BARU dalam dunia nyanyian. Komen sikit?

Rain: Sebenarnya, lagu tu ada masalah ketika saya membawanya di bahagian korus. Untuk bawa lagu di bahagian intro tidak menjadi masalah sebab Imran dah buat dan cuba kasi direction. Yang masalahnya, part corus. Saya ada hubungi Imran Ajmain yang masa tu sedang berada di Singapura untuk merujuk dan selesaikan masalah ni. Tapi apa boleh buat, Imran cuma pencipta dan penulis lirik lagu ini. Dari segi penyusunan muzik, Imran Ajmain tak terlibat langsung.

Budiey: Jadi, perkataan KEBAS DUIT tu tak betul la ya?

Rain: Sebenarnya, istilah KEBAS DUIT tak tepat. Cuma saya tak puas hati dengan apa yang dihasilkan. Hafiz sepatutnya membetulkan balik apa yang tak kena dengan lagu tu sehingga ianya memuaskan hati saya. Menghilangkan diri dan tidak memberikan penjelasan akan membuatkan isu ini bertambah keruh.

Budiey: Hafiz Hamidun ada komen yang sebenarnya kos RM5,000 seolah tak cukup berbanding apa yang dihasilkan. Malah, Hafiz yang banyak hulurkan bantuan kat you.

Rain: Yea memang. Sebenarnya, saya tak tahu menahu apa pun tentang kos yang saya laburkan. Saya cuma tambah duit sekiranya Hafiz cakap kos masih tak cukup. Yang pastinya, kos RM5,000 tu dibuat untuk kos produksi, shooting cover album, lay out dan susunan lagu.

Budiey: Ok, itu je lah soalan dari Budiey. Terima kasih Rain. Selamat Hari Raya.

Rain: Terima kasih Budiey. Selamat hari raya… Bye.

Budiey harap isu ini tidaklah melarat dan menjadi kudis dan halangan untuk RAIN mencapai cita-citanya. Apa yang perlu dibuat, sudah tiba masanya Rain kena bangun untuk mulakan langkah baru. Untuk Hafiz pula, walaupun sibuk pun ada, harus diingat juga, kerja kena perfect. Satu lagi, harap isu ini jadikan teladan supaya anda tidak menghilangkan diri atau dalam kata lain lepas tangan. Hafiz perlu sentiasa berhubung dengan ‘pelanggan’nya supaya isu ‘miss communication’ atau salah faham dapat diselesaikan.

Sumber : www.budiey.com/hiburan

<<<<FN 2009 >>>>>

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More