Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, May 8, 2009

"If I Could Fly" Dikitar Semula Dalam lagu "Viva La Vida"


BERITA @ FN

Yusuf Islam: Lagu Coldplay 'Viva la Vida' macam lagu saya

PENYANYI dan komposer Yusuf Islam atau Cat Stevens memberitahu bahawa lagu Coldplay bertajuk, "Viva La Vida," bunyi macam sebuah lagu yang dirakamnya pada tahun 1973.

Namun Yusuf tidak pula menyatakan hasrat untuk menyaman kerana 'plagiarism'.

"Pada mulanya, anak lelaki saya yang memberitahu saya. Katanya, "Lagu ini sama dengan lagu saya 'Foreigner Suite?,'" kata Yusuf baru-baru ini.

"Memang bunyi lagu itu macam lagu saya. Melodinya juga hampir serupa...," kata Yusuf.

Ketika ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang, Yusuf yang berusia 60 tahun itu berkata, "Terpulang kepada Satriani."

Pemain gitar dari Amerika, Joe Satriani telah menyaman Coldplay, menuduh kumpulan itu mencabuli akta hakcipta.

Satriani juga mendakwa beberapa kerat dari lagunya "If I Could Fly" telah dikitar semula dalam lagu "Viva La Vida" dan ingin membuat tuntutan.

Sementara itu, Yusuf, yang baru menerbitkan album baru "Roadsinger," tidak dapat meneruskan konsert di New York kerana masalah permit.

Namun, Yusuf menafikan bahawa kegagalannya mendapat permit itu ada kena mengena dengan kegagalannya memasuki Amerika lima tahun dulu.

"Sebenarnya masalah mendapat permit itu tertunda selama seminggu. Itu saja. tak ada kena mengena dengan pembatalan permit yang sudah," kata Yusuf.

Yusuf dijadualkan membuat persembahan di Los Angeles minggu depan dan akan membuat penampilan khas di rancangan "The Tonight Show With Jay Leno " pada 13 Mei.

Sumber : MSTAR

BERITA @ FN

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More