Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, May 25, 2009

Penyanyi Rap Muslim Skop Lebih Meluas dari Rap Aliran Utama

BERITA @ FN

Penyanyi AS dakwah melalui muzik rap


UNTUK memeluk Islam, seseorang itu perlu mengucapkan syahadah, tidak kiralah secara bersendirian atau depan khalayak ramai.

Mereka menegaskan tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruhnya. Alasannya ialah penganut Islam perlu memahami bahawa mereka tidak boleh menyembah yang lain kecuali Allah.

Bukan setakat ucapan syahadah sahaja, malah mereka juga dikehendaki patuh kepada Rukun Iman dan Rukun Islam, seperti solat, puasa dan sebagainya.

Dan untuk menjadi penyanyi rap, ia mungkin lebih rumit. Kemahiran teknikal termasuk mempelajari rentak dan irama, membiasakan diri dengan bahasa rap dan menyesuaikan suara dengan irama lagu itu yang biasanya memerlukan latihan selama beberapa tahun. Malah untuk mencipta lagu dan menghasilkan muzik irama itu juga bukan perkara mudah.

Penyanyi rapi juga perlu bersedia menyesuaikan gaya hidup mereka.

Kebanyakan yang sudah berjaya di pasaran memfokuskan subjek dan kemunculan mereka di khalayak ramai pada topik kecil, termasuk pengalaman hidup dalam kemiskinan, dadah, rekod jenayah, sumber wang haram dan tema mengenai percintaan.

Secara kasarnya, perbezaan ketara antara budaya berlandaskan Islam dengan budaya rap tidak memungkinkan kedua-duanya bertemu.

Tetapi tanggapan itu ternyata silap dengan apa yang dipaparkan dalam dokumentari baru, 'New Muslim Cool,' yang menceritakan mengenai mualaf Puerto Rico, Hamza Perez, yang sanggup meninggalkan dadah 12 tahun lalu sebagai ganti kepada Islam, tetapi tidak dapat meninggalkan dunia rap.

Kehidupan Hamza yang dibesarkan dalam keluarga berfahaman Katolik, pasti kaya dengan pengalaman yang tidak diduganya selepas memeluk Islam.

Ia termasuk serbuan terhadap masjid yang sering dikunjunginya di Pittsburgh oleh ejen Biro Siasatan Persekutuan Amerika (FBI) tanpa sebarang alasan; mengajar banduan di penjara sehingga pengakuan dia tidak menjadi ancaman kepada keselamatan ditarik balik secara misteri.

Sasaran pendengar idealnya bukan golongan penting, sebaliknya kumpulan remaja jalanan. Kini Hamza menawarkan mereka lagunya berserta dengan gaya hidup barunya.

Dia tidak menganggap ia sesuatu yang ganjil, sebaliknya menyifatkannya satu bentuk dakwah.

'New Muslim Cool' akan ditayangkan menerusi Perkhidmatan Penyiaran Awam Amerika Syarikat (PBS) pada 23 Jun depan.

Label rakaman album Hamza pada asalnya berpusat di Bay Area, San Francisco, tempat muzik rap dan hip-hop Islam hidup subur.

"Oh! Saya suka tinggal di Bay Area," kata Tyson Amir-Mustafa, seorang lagi penyanyi rap berusia 29 tahun dan berasal dari San Jose.

Setakat ini, dia sudah menghasilkan empat album rap berunsurkan Islam.

"Islam masih baru di sini. Masyarakat Islam di kawasan ini masih berusaha membentuk identiti mereka di sini. Dan ia lebih menggambarkan identiti Islam Amerika. Sehingga ini, ia terbukti budaya Islam dan Amerika di sini boleh seiring."

Dan bahagian identiti 'Amerika" itu adalah muzik rap dan hip-hop. Sebahagian besar penyanyi rap Islam lebih lama bergiat dalam muzik itu daripada menjadi muslim.

"Saya mula menulis sajak dan menang anugerah hasil penulisan itu ketika berusia 10 tahun," kata Amir Abdul-Shakur, 26, yang berasal dari Oakland.

"Kemudian saya mengasah dan meningkatkan kemahiran untuk menyanyi rap ketika di sekolah menengah."

Amir Abdul-Shakur yang menyanyi menggunakan nama samaran Five Eighty, memeluk Islam pada 2000.

"Tidak ada yang bertentangan. Tetapi banyak hal yang saya tidak boleh cakap dan banyak perkara yang saya tidak boleh lakukan," katanya.

Perkara itu termasuk minum arak, mengambil dadah, melakukan jenayah dan seks bebas.

Seperti Tyson Amir-Mustafa, Amir Abdul-Shakur juga sudah berkahwin.

Dari sekilas pandang, ia kelihatan agak sukar untuk mencipta lirik dengan ruang yang amat terhad. Namun, apabila dikaji dengan mendalam, penyanyi rap muslim mempunyai topik yang lebih luas berbanding penyanyi rap aliran utama.

Tambahan pula, dalam pasaran muzik rap, keadaan sekarang tidak jauh berbeza dengan dulu. Mereka memang berani mengambil risiko. Dan di kalangan mereka, penyanyi rap mualaf adalah lebih berani.

"Anda memang sudah berbeza. Orang ramai melihat dan mengaitkan anda dengan pelbagai kejadian buruk dan pandangan sinis. Kerana itu, mengapa tidak mengambil peluang untuk bercakap mengenai sesuatu yang mereka tidak pernah dengar menerusi muzik, pekara seperti maruah. Mengapa tidak bercakap mengenai keputusan anda untuk mengambil jalan lain?" kata Tyson Amir-Mustafa.

Sumber : HMETRO

BERITA @ FN



Kod-kod yang ingin dimasukkan ke dalam Code Box.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More