Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, May 29, 2009

"Saya kecewa dengan tindakannya yang keluar rumah tanpa keizinan suami .."kata Akhil Hayy

BERITA @ FN

Gelagat artis berimej Islam beri impak

Oleh Abie Abdullah


ASSALAMUALAIKUM! Akhirnya semalam personaliti Astro Oasis, Akhil Hayy
bersuara berhubung kemelut rumah tangganya yang menjadi isu panas
sepanjang minggu ini.

"Saya kecewa dengan tindakannya yang keluar rumah tanpa keizinan suami.
Sepatutnya, apa saja yang berlaku dalam rumah tangga kami dalam tempoh
tiga bulan, sama ada saya balik atau tidak, dia seharusnya merujuk
perkara itu kepada pejabat kadi, bukannya media," kata Akhil dalam
Berita Harian, semalam.

Dia juga dikatakan kesal dengan tindakan isterinya, Maizawati Zainal membuat kenyataan kepada media
mengenai masalah rumah tangga mereka.

Isu ini bagaikan kemuncak daripada desas-desus hubungan Akhil dengan Waheeda sehingga ada yang
beranggapan mereka sudah berkahwin. Pun begitu, Waheeda bermati-matian
menafikan pernikahan berlaku di antaranya dengan Akhil.

Isu ini turut memikat saya mengikuti perkembangan seterusnya bermula dengan
tulisan Asmizan Mohd Samiran dalam Metro Ahad minggu lalu mendedahkan
pengesahan Maizawati mengenai kes tuntutan cerai yang bakal dibicarakan
di Mahkamah Syariah Ipoh, 2 Jun ini.

Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak walaupun saya sedar, ramai juga yang
meletakkan kesalahan kepada Waheeda yang dianggap sebagai perosak rumah
tangga orang. Masing-masing punya alasan dan sebagai manusia yang
mempunyai perasaan, Waheeda juga tahu apa yang dilakukannya.


Cuma Akhil yang berdiam diri sehinggalah semalam. Katanya, berdiam diri
adalah cara terbaik untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang semakin
keruh.

"Masalah ini membabitkan banyak pihak. Sekiranya saya
bercakap, ia mengaibkan isteri, anak, keluarga saya serta Waheeda
sendiri.

"Saya juga mempunyai alasan kenapa tidak bertemu
isteri dan tidak tampil membuat kenyataan. Disebabkan dia sudah membuat
pendedahan kepada media terlebih dulu, jadi tempat yang saya rasa
paling sesuai untuk membicarakan hal ini adalah di mahkamah saja," kata
Akhil.

Pengacara Cafe Akhil Hayy ini turut menafikan tidak
berhubung langsung dengan isterinya sejak beberapa bulan lalu,
sebaliknya mereka ada berhubung menerusi SMS.

Bagaimanapun kemelut ini mendapat perhatian masyarakat (ini pun berdasarkan jumlah penjualan Metro Ahad minggu lalu yang mencanak mencecah angka rekod kami). Malah saya sendiri sering ditanya rakan bukan media mengenai hal ini. Rata-rata bersimpati dengan Maizawati.

Apabila perkara begini berlaku yang membabitkan selebriti dan agama atau selebriti berkaitan Islam seperti Akhil (penceramah bebas) dan Waheeda (penyanyi bertudung), bimbangnya kerana pandangan orang terhadap imej Islam itu sendiri.

Bagi saya, apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi dan saya benar percaya yang peristiwa 'aib' ini ada hikmah tersembunyi dan pastinya lebih berharga untuk kehidupan kita. Cuma ia berlaku kepada kelompok tiga manusia ini yang Allah berikan ujian.

Saya bukan pandai sangat, jauh sekali nak dibandingkan dengan orang berilmu tinggi macam Akhil atau Waheeda, tetapi kalau ia berterusan, pandangan masyarakat terutama bukan Islam terhadap gambaran Islam itu sendiri.

Bukan sekali kisah wanita bertudung yang mempunyai perlakuan tidak bermoral. Pernah kecoh di media mengenai seorang wanita Islam yang mengadakan hubungan seks di bilik x-ray, gadis sekolah yang bertudung, tetapi membenarkan diri dinodai dan macam-macam lagi.

Seorang teman memberitahu yang rakannya (bukan Islam) berseloroh dengan memandang negatif wanita bertudung, tetapi melakukan hal tak bermoral. Kenyataan sebegini adalah antara yang banyak kita dengar, adakalanya menjadi bahan gurauan. Dalam bergurau pun, kita kena fikir impaknya.

Itu yang berkaitan di kalangan masyarakat kebanyakan yang menjadi tatapan media. Sementelah selebriti macam Akhil dan Waheeda, tumpuan mata dan telinga semakin galak dipasang sambil mulut berkata-kata. Kemunculan Maizawati di media baik di akhbar mahupun TV3, perlahan-lahan menjadikannya selebriti popular.

Hal-hal ini yang membuatkan isu mereka semakin hangat dan popular. Apa-apapun yang terjadi, kita harus melihat daripada perspektif positif. Wassalam!

Sumber : MYMETRO

BERITA @ FN


Kod-kod yang ingin dimasukkan ke dalam Code Box.

1 comments:

Semoga pula itu menjadi teladan buat kita yang menontonnya...

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More