Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, June 20, 2009

HAFIZ HAMIDUN BERDUET DENGAN MAWI DALAM ALBUM "SYUKRAN"

BERITA @ FN

HAFIZ HAMIDUN BERDUET DENGAN MAWI

HAFIZ HAMIDUN & MAWI


KL, 18 JUN 2009:
Dah lama juga Murai Batu tak dengar
cerita tentang Asmawi Ani atau Mawi yang makin bahagia hidup
berumahtangga bersama isterinya, Ekin. Yang Murai Batu nampak, wajah
Mawi terpampang dalam setiap restoran Marry Brown di sana sini macam
Wak jual satey.

Dalam perkembangan terbaru Murai Batu ada
mendengar cerita Mawi yang dikhabarkan akan menjadi rakan kongsi kepada
komposer yang sedang meningkat naik, Hafiz Hamidun. Pun begitu,
mereka bukanlah hendak buka restoran makanan segera jenama sendiri,
sebaliknya akan berkongsi lagu yakni berduet dalam sebuah lagu bertajuk
Arasy Dunia.

Murai Batu dimaklumkan, Arasy Dunia
merupakan lagu ciptaan Hafiz sendiri bersama penulis lirik Ahmad Fedtri
Yahya. Difahamkan, Mawi dan Hafiz akan mula berada dalam studio untuk
rakaman lagu ini pada awal Julai ini.

Dalam pada itu, Murai Batu juga diberitahu bahawa lagu ini akan dimuatkan dalam album ke-2 Hafiz bertajuk Syukran. Album ini bakal dipasarkan sebelum Aidilfitri menjelma.

Jangan tak tahu, selain berduet dengan Mawi, Murai Batu dengar single pertama Hafiz yang diberi nama For Allah dalam dari album itu juga sudah pun memikat pendengar di negara Turki! Haa, menarik tu. Jadi, siapa yang akan jadi world nanti, Hafiz ke Mawi?

Dari FN : Tahniah buat Hafiz Hamidun segala usaha anda menampakkan berbaloi..syabas bro Hafiz Hamidun

Sumber : MURAI

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More