BERITA @ FN
AKADEMI IMAM TERAWIH SELANGOR 2009
Sejarah Baru Kerajaan Negeri Selangor '09
Kolej Hafiz, 15 Feb.-ALHAMDULILLAH buat pertama kalinya Kerajaan Selangor telah mengadakan satu program untuk memartabatkan para huffaz dengan mengadakan Akademi Imam Terawih Negeri Selangor Tahun 2009 pada hari ini Bertempat di Conference Hall Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Shah Alam yang bermula pada pukul 10.00 sehingga pukul 12.00 sebentar tadi.
Bacaan Pembukaan Oleh FINALIS AQ'06 Ust. Mohd Shukri Ali
Acara yang julung kalinya diadakan telah diilhamkan oleh YB DAto' Hasan Ali (Exco Kerajaan Selangor) sebagai penyandang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam melalui perbualan ringkas beliau bersama dengan Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Hj. Ahmad Mustafa Bin Sidin Al-Muqri di dalam lift untuk menyatakan hasrat beliau untuk di jadikan realiti. Maka dengan dorongan itulah yang membawa kepada penganjuran Akademi Imam Terawih N. Selangor 2009.
Ucaptama oleh Pengarah Akademi Imam Terawih'09
Akademi ini di sertai oleh beberapa buah tahfiz seluruh Negeri Selangor seperti Ma'had Hafiz Klang, Darul Quran dan beberapa institusi tahfiz swasta yang lain. Seramai lebih 130 peserta yang menjadi pilihan Allah telah mempersembahkan bacaan dalam solat yang dihakimi oleh panel-panel yang terdiri dari Ustaz-ustaz yang berpengalaman. antaranya ialah Imam Masjid Negeri sendiri iaitu Ustaz hj. Ahmad Mustafa(Gambar atas), Ustaz Mohd Shukri Ali (Finalis Akademi al-Quran 2006) merangkap Imam Masjid Negeri dan beberapa orang lagi yang berpengalaman dalam bidang al-Quran.
Peserta Akademi Imam Terawih ketika ditemuduga
Pada minggu ini semua peserta akan memasuki peringkat saringan yang akan menentukan pemilihan seramai hanya 60 orang peserta untuk dipilih mengikuti kursus sekali sebulan untuk memantapkan tajwid, fasohah, taranum dan beberapa kretiria untuk menjadi seorang Imam yang berkebolehan mempersembahkan bacaan kepada masyarakat di setiap masjid di Selangor.
60 peserta yang terpilih untuk mengikut kursus seterusnya akan diumumkan melalui surat yang akan diposkan pada minggu depan mengikut institusi pengajian ataupun kepada individu yang berdaftar dibawah persendirian. Peserta yang layak juga untuk mengikuti kursus seterusnya akan diberikan elaun pengajian sebanyak RM50 sebagai wang saku selama mereka mengikuti kursus yang akan diadakan pada sebulan sekali bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengahari yang akan dikendalikan oleh panel-panel hakim sendiri.
43 Peserta dari Ma'had Hafiz Klang yang menyertai Akademi Imam Terawih
Pihak penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga diatas penganjuran Akademi Imam Terawih 2009 ini kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Dato' Dr Hasan ALi . Semoga dengan adanya acara seperti ini dapat menaikkan martabat para huffaz untuk mengetengahkan Generasi al-Quran yang akan dipimpin oleh belia-belia Islam. Aktiviti ini juga wajar diikuti dan diteladani oleh setiap kerajaan di seluruh Negeri di Malaysia dalam rangka untuk mengangkat al-Quran ke martabat yang tertinggi.
Dari FN : Tahniah kepada kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan pakatan rakyat kerana mewujudkan salah satu program ilmah kepada para huffaz yang berada di Malaysia khusunya dalam menaikkan martabat para huffaz atau tahfiz ke peringkat yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Dan tidak lupa jugak kepada adik admin FENOMENASYID kerana berjaya dalam sesi ujibakat Akademi Imam Terawih 2009,serta kepada para huffaz di Malaysia tahniah..
Sumber : http://amirfathirah.blogspot.com/2009/02/akademi-imam-terawih-2009.html
BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
1 comments:
salam
salam ziarah..wah menarik blog ni:)
Post a Comment