Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, June 26, 2009

SABTU INI "KONSERT AMAL HIJJAZ DAN UNIC"

BERITA @FN

Konsert amal Hijjaz, UNIC di Hulu Langat

Oleh Normah Becok

HIJJAZ

UNIC

BAGI anda yang mahu berhibur sambil beramal, tonton sajalah Konsert Amal Hijjaz dan UNIC yang akan diadakan Sabtu ini bermula jam 9 malam. Ia adalah anjuran Jawatankuasa Pengurusan Dewan Undangan Negeri Dusun Tua. Cik Normah difahamkan ia dilaksanakan sebagai hiburan alternatif di samping menjana tabung untuk sekolah agama rakyat di bawah seliaan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Menurut pengerusi konsert itu, Mohd Sany Hamzan, program itu diharap mampu merangsang masyarakat untuk menyertai program yang lebih terkawal dari segi persembahan dan adab sopan serta dapat memberi faedah kepada pengunjung dalam memberi kesedaran sosial dan kemasyarakatan.

Tiket juga dijual semurah RM5 dan setiap RM2 yang diperoleh akan disumbangkan semula kepada pihak sekolah yang terbabit.

Menariknya tiket konsert dijual secara bergerak di mana pada setiap banting yang digantung di kawasan sekitar Hulu Langat, Kajang dan Bangi tertera nombor telefon wakil jualan tiket di setiap kawasan itu dan mereka akan terus menghantar tiket yang ditempah.

Pihak jawatankuasa mensasarkan jumlah kutipan bersih untuk diagihkan kepada semua sekolah agama itu sekitar RM30,000 hingga RM40,000.

Pemilihan kumpulan Hijjaz untuk menjayakan konsert ini timbul kerana kerjasama yang pernah terjalin sebelum ini. UNIC juga mempunyai keistimewaan tersendiri dan pihak penganjur melihat kolaborasi kedua-dua kumpulan itu dapat menyemarakkan lagi persembahan pada malam konsert itu.

UNIC

Konsert itu akan dijalankan selama dua jam dan kumpulan Hijjaz akan turut mengedarkan tabung kepada penonton untuk menghulurkan sumbangan dengan ikhlas. Kalau nak tahu bentuk persembahan Hijjaz dan UNIC pada malam itu kenalah beli tiket dan sama-sama menonton konsert terbabit.

Cik Normah dengar rezeki Hijjaz juga semakin murah. Hijjaz Legend & Tours Sdn Bhd yang menawarkan pakej umrah sepanjang tahun turut mendapat sambutan menggalakkan. Daripada sumber yang dipercayai, Hijjaz kini juga dalam perancangan melebarkan perniagaan mereka dengan membabitkan diri dalam perniagaan pelancongan, menjual pakaian muslimah (lelaki dan perempuan) dan Kopi Barli Hijjaz. Kepada yang berminat mengetahui sebarang pakej umrah atau projek terbaru Hijjaz boleh hubungi 012-3062291 atau layari laman web, www.kembara-umrah.com.

Sumber : BERITA HARIAN

BERITA @FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More