PENYANYI veteran Yusuf Islam ingin berdamai dengan kumpulan rock British, Coldplay - beberapa minggu setelah dia menuduh mereka meniru sebuah melodi miliknya untuk digunakan di dalam lagu mereka, Viva La Vida.
Penyanyi yang sebelum ini dikenali dengan nama Cat Stevens mendakwa kumpulan tersebut mengambil elemen epik di dalam lagu Foreigner Suite yang dihasilkan pada tahun 1973 dan dimasukkan di dalam single terbaru mereka.
Dakwaannya itu timbul selepas gitaris Joe Satriani mengambil tindakan undang-undang berhubung lagu tersebut, dengan mendakwa Coldplay meniru beberapa segmen di dalam lagu intrumentalnya, If I Could Fly.
Coldplay bagaimanapun menafikan tuduhan plagiat yang dikemukakan oleh Satriani dan menegaskan melodi itu dicipta oleh mereka sendiri.
Namun, Islam menegaskan dia tidak akan mengikut cara Satriani yang ingin meneruskan kes itu ke mahkamah, sebaliknya dia ingin berdamai dengan kumpulan rock terkemuka itu.
"Saya berpegang kepada apa yang saya cakap. Mereka memang ada meniru lagu saya, tetapi saya tidak rasa mereka berbuat demikian dengan sengaja. Saya juga pernah mendapati diri saya meniru karya saya sendiri tanpa menyedarinya.
"Saya menulis lagu dan memasukkan melodi yang dirasakan sesuai tetapi menyedari kemudiannya ia sama dengan lagu yang pernah saya buat sebelum ini.
"Saya tidak mahu mereka fikir saya marah. Saya suka untuk duduk berbincang serta memberitahu mereka bahawa saya 'ok'," katanya.
Sumber : MSTAR
BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
4 comments:
Subnallah..Benar-benar luar biasa kepribadian Yusuf islam
Saya merupakan peminat setia Yusuf Islam.
Aku salut dengan yusuf islam (cat steven)biarpun melodi lagi dia diciplak sama cold plat tapi dia ingin berkomunikasi dengan mereka ...itulah ciri orang Islam sejati mau memaafkan.
Saya suka mendengar lagu-lagu terbarunya dalam album Roadsinger.
Post a Comment