Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Thursday, July 16, 2009

AKHIL HAYY LAFAZ CERAI TALAK SATU

BERITA @ FN

Akhil cerai Maizawati


AKHIL menjawab soalan wartawan selepas kes penceraian dengan isterinya selesai di Mahkamah Syariah, Ipoh semalam.



MAIZAWATI di Mahkamah Syariah di Ipoh semalam.


IPOH - Mahkamah Syariah di sini, mengesahkan lafaz cerai talak satu penyanyi Akhil Hayy, 40, terhadap isterinya, Maizawati Zainal, 33, semalam.

Akhil yang juga dikenali sebagai Ustaz Rock melafazkan talak itu kira-kira pukul 12.15 tengah hari selepas Hakim Syarie, Mohd. Ridhuan Yusof mendengar dan berpuas hati dengan butiran perjanjian perceraian yang dipersetujui bersama yang dibacakan peguam Maizawati, Zulkifli Che Yong.

Berikutan itu, Mohd. Ridhuan memerintahkan Akhil mematuhi syarat yang dimohon oleh Maizawati atau lebih dikenali sebagai Maiza selaku plaintif seperti yang terkandung dalam perjanjian itu.

Antaranya, membayar nafkah edah kepada Maiza sebanyak RM15,000 dalam tempoh edah, membayar nafkah persekolahan dan perubatan anak-anak mereka.

Sumber : KOSMO

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More