Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Monday, July 13, 2009

UNDANGAN KHAS "KUMPULAN NIBRAS" DARI MEKAH

BERITA @ FN

Undang kumpulan nasyid Mekah - Konsert Antara Dunia 2009


HIJJAZ antara tunggak utama Konsert Antara Dunia 2009



RABBANI, Hijjaz dan Raihan bakal bergabung aura dan bakat di pentas.


DI saat penyanyi-penyanyi seperti Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, M. Nasir serta beberapa penyanyi lain sibuk dengan konsert masing-masing, tiga kumpulan nasyid popular iaitu Rabbani, Raihan dan Hijjaz turut tidak ketinggalan untuk mengadakan konsert.

Gabungan tiga kumpulan hebat ini bakal disaksikan pada Konsert Antara Dunia 2009 (KAD '09) yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 Ogos ini.

Konsert yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. itu turut mengundang kumpulan nasyid dari negara seberang, Shoutul Harokah.

Tidak hanya fokus kepada persembahan nyanyian, bahkan konsert tersebut turut menampilkan pelakon, Dinie Jur, bagi menyampaikan sajak Sakaratul Maut dan penceramah agama dan motivasi, Sobri Abd. Rani selaku pentazkirah pada malam itu.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz pihaknya akan lebih mengutamakan pengisian dalam konsert berkenaan dan yakin ia akan mendapat sambutan peminat irama nasyid.

"Kami sasarkan 10,000 peminat nasyid yang akan berhimpun pada malam itu. Selain konsert hiburan yang mendidik masyarakat, sebahagian keuntungan jualan tiket akan disalurkan kepada Tabung Pembangunan Insan Gamis dan Tabung Pembangunan Acheh bagi membantu mangsa tsunami.

"Bagi konsep persembahan pula, ia lebih kepada menceritakan perjalanan hidup manusia bermula dari alam roh, alam rahim, alam dunia dan alam barzakh sebelum berangkat ke alam akhirat.

"Penterjemahan lima alam itu akan dilakukan dalam persembahan yang menarik. Selain menyampaikan rangkaian lagu popular kumpulan masing-masing, kami juga tampilkan persembahan duet. Antara rangkaian lagu disampaikan Rabbani pada malam konsert itu adalah Ibu Mithali, Bila Nur Melimpah Dihati, Munajat dan Pergi Tak Kembali.

"Setiap kumpulan menyampaikan tiga buah lagu dan kami juga bergabung dengan Hijjaz dan Raihan menerusi lagu Tanpa Agama yang pernah dipopularkan pada era Nada Murni dulu," katanya.

Konsert itu mendapat tajaan syarikat Permata Hijrah Enterprise Sdn. Bhd. iaitu pengeluar produk kesihatan untuk mata berasaskan ekstrak mutiara dan air zam zam.

Menurut Azadan lagi, tajaan itu ditawarkan selepas syarikat tersebut menyaksikan kejayaan Konsert Malam Sinar Maulidurasul yang menampilkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Mawi dan Akhil Hayy pada 28 Februari lalu.

Selain itu, kumpulan Nibras dari Azaziah, Mekah turut akan memeriahkan KAD '09. Nibras akan menjadi tetamu khas pada malam itu.

Beritahu Azadan, Nibras bukanlah satu kumpulan yang calang-calang kerana mereka begitu popular di negara Arab.

"Sebenarnya, Nibras pernah mengadakan persembahan pada majlis ulang tahun Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di sana (Mekah) yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia di Jeddah. Pada masa yang sama kami turut diundang untuk meraikan majlis.

"Memandangkan mereka mengundang saya dan Asri Ibrahim ke sebuah majlis anjuran Nibras, ketika kami mengerjakan umrah, kami membalas budi dengan menjemput mereka pula ke sini bagi melihat industri muzik nasyid tempatan pula," katanya

Kepada sesiapa yang berminat, tiket menyaksikan konsert ini berharga RM100 (keluarga 2 VIP/dewasa dan empat kanak-kanak), VIP (RM50), Dewasa (RM10) dan kanak-kanak (RM5). Tiket boleh dibeli secara online melalui laman web www.rabbani.com.my dan www.gamisconcert.blogspot.com. Turut diadakan jualan gerai dan untuk tempahan (gerai) hubungi 013-379 6023 atau 03-6272 1225.

Sementara dalam perkembangan lain, Rabbani kini bekerjasama dengan Ar-Raziq Travel & Tours Sdn. Bhd. menganjurkan pakej umrah, pakej haji dan upah haji. Sempena Ramadan ini, Ar-Raziq menyediakan pakej umrah awal Ramadan (ziarah Mesir), umrah (pertengahan dan akhir Ramadan). Sesiapa berminat hubungi ustazah Rashidah di 019-634 4332.

Sumber : KOSMO

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More