Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Tuesday, July 7, 2009

JUARA BINTANG NASYID MU'MIN 09 "SOUTUL IMTIYAZ"

BERITA @ FN

JUARA BINTANG NASYID MU'MIN 09

JUARA Soutul Imtiyaz dari SK Bandar Pusat, Pahang


Perkampungan & Juara Bintang Nasyid Mu’min 2009 telah berlangsung dengan meriahnya di Kompleks PKNS Shah Alam pada 12 Jun 2009 dan mendapat perhatian ramai bukan hanya dikalangan penonton tetapi juga pihak media.

YB Puan Rodziah Ismail iaitu ahli exco negeri Selangor telah berbesar hati menghadiri majlis tersebut sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Pemenang telah ditentukan oleh tiga orang juri yang tidak asing lagi dalam industri nasyid ini iaitu saudara Razin Mestica, saudara Khairul Mestica dan Dakmie. Pemenang dinilai berdasarkan aspek vokal, persembahan dan suara latar berkumpulan.

Pemenang pertama telah diraih oleh kumpulan Soutul Imtiyaz dari SK Bandar Pusat, Pahang Darul Makmur. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Nur Insyirah dari SK Senaling,Negeri Sembilan Darul Khusus manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Al-Munawwar dari SRA Bersepadu, Kluang, Johor Darul Takzim. Pada tahun ini juga empat anugerah baru telah diperkenalkan iaitu Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Vokal Lelaki Terbaik yang dimenangi kumpulan Soutul Imtiyaz, Anugerah Vokal Perempuan Terbaik yang dimenangi kumpulan Nur Insyirah dan Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada kumpulan Al-Munawwar.

Setiap ahli kumpulan yang menyertai juga mendapat sijil penyertaan,cenderahati dari Al-Meswak Mu’min berupa ubat gigi Mu’min, juga cenderahati dari Tabung Haji. Pada tahun ini, penajaan diterima dari Al Meswak Mu’min selaku penaja utama pertandingan, Kelab TAHA Tabung Haji dan Gardenia.

Senarai hadiah adalah seperti berikut:-

  1. Tempat Pertama : RM 3000.00
  2. Tempat Kedua : RM 2000.00
  3. Tempat Ketiga : RM 1000.00
  4. Persembahan Terbaik : Hamper sumbangan Mu’min
  5. Anugerah Khas Juri : Hamper sumbangan Mu’min
  6. Anugerah Vokal Lelaki Terbaik : Hamper sumbangan Mu’min
  7. Anugerah Vokal Perempuan Terbaik : Hamper sumbangan Mu’min

Setiap ahli kumpulan yang menyertai dan guru pengiring mereka menerima sijil penyertaan, ubat gigi sumbangan Mu’min dan cenderahati sumbangan Tabung Haji.

Berita Oleh: Sis Zameela (Praktikum)

Persiapan Juara Bintang Nasyid Mu'min di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.

Bro Radzlan, pengacara Juara Bintang Nasyid Mu'min kali ini.

Hj. Musri membaca doa bagi memberkati majlis.

Juri-juri yang mengadili pertandingan pada kali ini: Bro Razin Mestica, Bro Dakmie dan Bro Khairul Mestica.

Juri-juri bersedia di tempat masing-masing.

Tetamu kehormat yang hadir.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan Bro Muadz.

Kumpulan Imtiyaz dari Pahang.

Kumpulan Qatrun Nada dari Kuala Lumpur.

Kumpulan Nur Insyirah dari Negeri Sembilan.

Kumpulan Hurul Jannah dari Melaka.

Kumpulan Soutul Ummah dari Perak.

Kumpulan Qadurratun Mahabbah dari Negeri Sembilan.

Juri-juri sedang asyik menilai persembahan peserta-peserta.

Kumpulan Jabalul Jadid dari Kuala Lumpur.

Kumpulan Raudhatul Amani dari Selangor.

Kumpulan Al-Munawwar dari Johor.

Kumpulan Soutul Imtiyaz dari Pahang.

Kumpulan Sodiqul Amin dari Kedah.

Kumpulan Mestica turut memeriahkan majlis pada akhir acara dengan menyampaikan dua buah lagu

iaitu Layar Keinsafan dan Salahuddin Al-Ayubi.

En. Faizal selaku pengarah program dijemput memberikan ucapan pada akhir acara. Turut menyampaikan ucapan, YB Rodziah Ismail dan En. Amirullah.

Kumpulan Al-Munawwar dari Johor mendapat tempat ketiga.

Naib juara dimenangi Nur Insyirah dari Negeri Sembilan.

Kumpulan Soutul Imtiyaz kekal juara Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min 2009 seperti tahun sebelumnya.

Setiap guru mendapat cenderahati berupa barangan tajaan Meswak Mu'min.

En. Amirullah menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada YB Rodziah.

Setiap kumpulan mendapat hadiah saguhati sumbangan Meswak Mu'min dan Tabung Haji dan sijil penyertaan daripada En Amirullah.

Sumber : NASYEED

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More