PERKAMPUNGAN BNM 09
Dengan itu, satu aktiviti perkampungan nasyid telah diadakan selama 3 hari bermula 10 Jun 2009 yang lepas sehingga 12 Jun 2009 bertempat di Camar Rimba,Bukit Cahaya Sri Alam ,Shah Alam melibatkan 12 buah sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama dari seluruh Malaysia. Objektif perkampungan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang teknik-teknik penggunaan vokal yang sesuai dan cara persembahan yang mantap dalam penyampaian sesebuah lagu itu.
Selepas pendaftaran pada yang bermula pada jam 2 tengahari, hari pertama di perkampungan bermula dengan aktiviti bengkel ‘Train for Trainer’ untuk para guru pendamping oleh saudara Dakmie dan game show untuk para peserta. Majlis perasmian telah diadakan pada sebelah malam.
Pengisian hari kedua adalah lebih menyentuh kepada penguasaan individu iaitu bengkel latihan vokal oleh saudara Dakmie dan Razin Mestica. Pada sebelah petang dan malam, saudara Radzlan One Faith mengendalikan ‘Motivasi Keterampilan Diri’ untuk para peserta dan bengkel ‘Persembahan’ oleh saudara Waie Amrain.
Hari terakhir lebih menumpukan kepada persiapan akhir untuk Pertandingan Akhir Juara Bintang Nasyid Mu’min yang berlangsung pada sebelah petangnya. Di sebelah pagi,para peserta telah menyertai aktiviti senaman yang dikendalikan oleh Sis Mass. Ceramah motivasi Dr Mu’min iaitu wakil dari Al-Meswak Mu’min telah mengisi slot akhir bengkel yang berakhir pada jam 12 tengahari.
Berita Oleh: Sis Zameela (Praktikum)
Taaruf dan Taklimat
Taklimat Perkampungan Bintang Nasyid Mu'min 2009 oleh Bro Waie
Sebahagian peserta perempuan dan guru tekun mendengar taklimat
Antara peserta lelaki yang mendengar taklimat
Bengkel Train for Trainer
MP Theater menjadi lokasi sesi pembelajaran train for trainer
Bro Dakmie bermain rebana dibantu oleh King Algebra
Kak Za, guru dari Melaka seronok bermain rebana
Penerangan berkaitan gitar oleh Bro Dakmie kepada guru-guru
Tazkirah selepas solat turut dititikberatkan
Qiamullail
Qiamullail, solat subuh berjemaah dan kuliah subuh turut dilaksanakan sepanjang perkampungan
Senam sihat Mu'min selepas subuh
Bengkel Latihan Vokal
Bengkel latihan vokal oleh Bro Dakmie untuk para peserta
Para peserta memberikan perhatian penuh sepanjang sesi latihan ini
Latihan perkusi juga turut diadakan
Motivasi keterampilan diri
Bro Radzlan One Faith selaku motivator membangkitkan semangat para peserta untuk pertandingan akhir nanti
Begitu tekun mendengar kata nasihat dari Bro Radzlan
Latihan dalam kumpulan
Sebahagian kumpulan membuat latihan dibantu oleh Bro Razin dan Bro King
Latihan Persembahan
Latihan Persembahan dilaksanakan untuk membantu para peserta supaya lebih yakin didalam menyampaikan lagu mereka
Sumber : NASYEED
BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
0 comments:
Post a Comment