Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, July 26, 2009

JUARA FESTIVAL NASYID PULAU PINANG "SOUTUL MUALLIM" DAN "ASH-SYAKIRIN"


BERITA @ FN

Soutul Muallim, Ash-Syakirin johan Festival Nasyid Pulau Pinang


Gambar Sekadar Hiasan


BAYAN LEPAS, 23 Julai (Hrkh) -
Kumpulan Nasyid Soutul Muallim dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam dan Kumpulan Ash-Syakirin dari sebuah syarikat swasta Variasi Reka dari Butterworth muncul sebagai johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Mutiara, Komplek Tabung Haji Bayan Lepas semalam.

Soutul Muallim memenangi kategori terbuka iringan muzik secala live membawa lagu hasil karya Aizat Abibullah dan lirik oleh Sabri Ariffin 'Ummah Bersatu' memerima wang tunai RM3,000 dan tropi.

Manakala johan kategori moden dan tradisi iringan muzik minus-one Ash-Syakirin yang membawa lagu ciptaan dan lirik Rosni Salleh dengan naungan Saudara Mohd Rodzi Abdul Rahman juga menerima wang RM3,000 dan piala kemenangan.

Kategori terbuka kali ini menyaksikan lima kumpulan yang mengambil bahagian iaitu Al-Zaiyan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Al-Falah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang, Ainul Mardhiah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun (Kemas), Amani dari Institut Pendidikan Guru Malaysia juga dari Kampus Pulau Pinang serta johan Soutul Muallim Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun (Muzik dan Pengajian Agama).

Sementara itu, dalam kategori moden dan tradisi selain kumpulan Ash- Syakirin yang mewakili syarikat swasta Variasi Reka turut mengambil bahagian ialah Shoutul Rahman dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Nur Firdausi dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Al-Masry dari Sekolah Menengah Al-Masriyah Bukit Mertajam, Salsabil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shoutul Jihad dari AADK Kampung Selamat Seberang Perai Utara, Andalusia Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Of-One Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun (Pengajian Melayu), Khazanah Mutiara dari Jabatan Kewangan Negeri serta Syafwah daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang.

Program tersebut turut dihadiri oleh Tun Yang Terutama, Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas dan isiterinya, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Abdul Halim Husain dan Exco Kerajaan Negeri, Haji Abdul Malek Abul Kasim. - mks. _

Sumber : HARAKAHDAILY

p/s : Sesiapa yang mempunyai gambar Soutul Muallim, Ash-Syakirin sila emailkan kepada kami di arekeyz_studio@yahoo.com kerjasama anda amat kami hargai.

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

1 comments:

saya merupakan salah seorang peserta malam tu... memang kedua-dua kumpulan ini sangat hebat. tahniah dan syabas.

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More