Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, July 11, 2009

Kejohanan Futsal Bersama Penggiat Seni

BERITA @ FN

Kejohanan Futsal bersama Penggiat Seni

Pada 20 Jun 2009, IKIM.fm telah menganjur Kejohanan Futsal Bersama Penggiat Seni bertempat di Sport Planet Subang Jaya. Kejohanan ini telah disertai oleh 36 buah pasukan yang mewakili pelbagai pihak antaranya penggiat seni, badan korporat, NGO mahupun orang perseorangan. Antara artis yang turut sama mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah Hijjaz, Raihan, Brothers, NowSeeHeart, Mirwana, Mestica, In-Heart dan lain-lain. Nasyeed.Com turut menghantar wakil bagi memburu kejuaraan diketuai oleh Bro Razin Mestica.

Nasyeed.Com telah diletakkan dalam kumpulan D bersama-sama dengan pasukan KFC Holding, IRM 1 dan Aayatul Akhras. Dalam perlawanan pertama Nasyeed.Com telah mendapat tentangan sengit daripada KFC Holding sebelum menang 3-2. Namun pada perlawanan kedua Nasyeed.Com tumbang ditangan IRM 1 dengan jaringan 1-2. Dengan semangat juang yang tinggi Nasyeed.Com telah bangkit daripada kekalahan untuk membenam cabaran Aayatul Akhras 3-1 sekaligus layak ke pusingan kalah mati selaku naib juara kumpulan.

Dalam pusingan kalah mati, Nasyeed.Com bertemu dengan pasukan juara kumpulan C iaitu Al Furqan. Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan untuk menjaringkan gol sehingga tamat separuh masa kedua. Perlawanan ini terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dan Nasyeed.Com berjaya menang dengan 2-0.

Setelah layak ke suku akhir, aksi Nasyeed.Com mula mendapat perhatian pencabar-pencabar lain. Kebijaksanaan Bro Azly mengatur gerakan, kelincahan Bro Fitri dan Shafik di bahagian serangan, rembatan deras Bro Izzu dan kekentalan Bro Faris di gawang mula menjadi sebutan. Paling menggerunkan lawan ialah rembatan deras jarak jauh Bro Izzu yang seringkali memerangkap penjaga gol lawan.

Pada saingan suku akhir Nasyeed.Com berjaya mengetepikan cabaran Bank Rakyat Klang 2-0 sebelum menumpaskan Excel FC 4 dengan jaringan 1-0. Bagaimanapun faktor keletihan dan kecederaan memaksa Nasyeed.Com tunduk dalam saingan final kepada ISMA FC setelah bertarung sengit dengan aksi kejar mengejar gol dengan jaringan 3-4.

Syabas diucapkan kepada IKIM.fm sebagai penganjur dan semua peserta yang telah menyertai kejohanan kali ini. Semoga ianya akan terus dianjurkan pada masa-masa yang akan datang.

Berita oleh: Bro Razin (Mestica)


Futsal Bersama Penggiat Seni anjuran Kelab IKIM

Pasukan Nasyeed.com

Sebahagian peserta dan artis nasyid yang menyertai Futsal bersama Penggiat Seni

Bro Idris dan Bro Azli memerhatikan taktik pihak lawan sebelum menentang mereka

Rembatan kencang oleh Bro Azli menembusi gawang pihak lawan

Sebahagian aksi menarik sepanjang perlawanan

Pasukan Isma Fc dan Nasyeed.com bertemu di akhir pertandingan

Pertemuan sengit Nasyeed.com menentang Isma FC

Syafiq mendapat rawatan segera dari Bro Razin

Membaca doa sebelum menikmati hidangan tajaan KFC

Ajk Futsal Bersama Penggiat Seni menulis markah pada Scoreboard

Bro Mu'adz memerhatikan score board

Bro Razin bersama Dj Irwan

Bro Isman Hijjaz melihat sijil yang diberikan oleh pihak penganjur

Bro Azli bersama sebahagian peserta dari KUIS

Jualan Amal untuk perpustakaan rumah anak yatim IRM

Juara Futsal bersama Penggiat Seni disandang oleh Isma FC

Pasukan Nasyeed.com dinobatkan naib juara

Pasukan dari KUIS mendapat tempat Ketiga dan Keempat

Sumber : NASYEED

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More