Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, July 11, 2009

SIDANG MEDIA KAD 09 ( KONSERT ANTARA DUNIA )

BERITA @ FN

Sidang Media KAD 09

KONSERT ANTARA DUNIA


Majlis yang serba sederhana tetapi meriah. Itu yang dapat digambarkan pada Majlis Sidang Media Konsert Antara Dunia 2009 (KAD ’09) bertempat di Kuzie Catering, Penthouse, Suite 4, Cattleya Grand Ballroom Wisma PKPS, Persiaran Perbadanan Shah Alam, tanggal 7 Julai 2009.

Majlis sidang media tersebut yang berlangsung kira-kira jam 2.30 petang dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sobri, diikuti dengan kata-kata aluan oleh Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Saudara Dzul Khairi Mohd Noor seterusnya ucapan dasar oleh Pengarah Besar Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd, Ustaz Mohamad Asri Ibrahim. Tidak ketinggalan juga persembahan ringkas multimedia daripada pihak penganjur.

Pada majlis itu juga, hadirin difahamkan dengan konsep serta matlamat capaian KAD ’09 di mana KAD ’09 yang berkonsepkan ‘edutainment’ atau hiburan ini adalah untuk mendidik rohani menerusi lagu-lagu nasyid, anekdot tazkirah, tayangan multimedia dan pentomen sekali gus bertujuan menyedarkan masyarakat tentang hakikat kelima-lima alam dalam persembahan yang akan disajikan dalam konsert tersebut yakni bermula dari alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh hinggalah ke alam akhirat. KAD ’09 yang bakal dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd ini akan menampilkan kumpulan nasyid gergasi Malaysia seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz serta penampilan istimewa daripada Indonesia iaitu kumpulan Soutul Harokah sebagai artis yang akan menghiburkan hadirin pada malam konsert berkenaan secara ‘non-stop entertainment’ atau persembahan tanpa henti.

KAD ’09 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam ini juga, turut mengadakan karnival jualan bermula seawal 9 pagi hingga 12 tengah malam pada 31 Julai sehingga 2 Ogos 2009, dan tidak ketinggalan juga apa 1 Ogos 2009 turut diadakan pertandingan nasyid antara IPT serta sukaneka kanak-kanak secara serentak dan di sekitar dataran Stadium Malawati Shah Alam.

Antara tetamu yang hadir adalah Rabbani, Hijjaz, Ustaz Dinie Juri, Ustaz Sobri, Pengarah Urusan Permata Hijrah Enterprise Sdn. Bhd., Ustaz Zulkifli Dollah, juga antara rakan media yang hadir adalah akhbar Sinar Harian, Metro dan RTM dan Nasyeed.Com sendiri. Antara penaja bagi Majlis Sidang Media KAD ’09 adalah Permata Hijrah Enterprise Sdn. Bhd, Kuzie Catering, penaja bersama iaitu Hotel Singgahsana, Galeri Ilmu, Mubari Sound.Light.Truss, Anugerah Media Network dan iLuvislam.com.

Berita Oleh,

Nor Shahirah Samsuddin


Sumber : NASYEED


BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More