Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, September 11, 2009

ALBUM "RAMADAN OH RAMADAN" NAZREY JOHANI

BERITA @ FN

Melodi rai Ramadan daripada Nazrey

Oleh Sakini Mohd Said
sakini@hmetro.com.my


JARANG kita dengar artis menghasilkan lagu mengenai Ramadan dan keindahan menjalani ibadah puasa sepanjang bulan mulia itu. Selalunya yang menjadi kebiasaan, syarikat rakaman berlumba-lumba menghasilkan album yang menghimpunkan lagu raya artis popular tanah air sebaik menjelang Ramadan.

Namun, usaha menerbitkan album kerohanian dalam bulan yang penuh rahmat itu amat kurang. Berdasarkan fenomena berkenaan, menyuntik bekas penyanyi utama kumpulan Raihan, Nazrey Johani untuk tampil dengan album kerohanian berjudul Ramadan Oh Ramadan.

Bagi Nazrey, senario yang terlalu menumpukan sambutan raya menyebabkan ramai mengandaikan Ramadan hanya untuk rai kedatangan Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Kebanyakan mengetahui, Ramadan adalah masa meningkatkan amal ibadat, tetapi tidak mengambil tahu konsep penghayatannya.

Justeru, Nazrey tampil dengan produk Ramadan Oh Ramadan untuk memberi peluang kepada orang ramai memahami konsep Ramadan sebenarnya. Bagaimanapun, timbul persoalan kenapa album ini lambat dilancarkan selepas beberapa hari umat Islam berpuasa.

Ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran album Ramadan Oh Ramadan di Restoran Zenith, baru-baru ini, beritahu Nazrey, kelambatan album itu berada di pasaran disebabkan kesilapan tempoh anggaran yang sepatutnya dihantar ke kilang.

"Ramai peminat bertanya bila saya akan tampil dengan album baru selepas Syahadah dan Memori Nostalgia The Zikr. Menyaksikan prestasi memberangsangkan, saya ambil keputusan hadir dengan album baru ketika Ramadan sekali gus mengambil keberkatan bulan mulia itu.

"Disebabkan ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, saya terlambat hantar album itu ke kilang untuk dicetak iaitu dua hari sebelum menjelangnya Ramadan. Justeru, prosesnya mengambil masa 10 hari dan hanya 1,000 cetakan di pasaran.

Nazrey Johani @ FN


"Namun, tujuan utama penghasilan album ini bukanlah mengaut keuntungan, tetapi lebih terarah meraikan kedatangan Ramadan dan hadiah kepada peminat setia. Kalau hendak kata saya mengaut keuntungan, sudah tentu saya ambil peluang keluarkan album ini awal dengan harga mahal. Tetapi, ia cuma RM10 dan boleh dimiliki sesiapa saja," katanya.

Menurut Nazrey, hatinya terdetik untuk keluarkan album bertemakan Ramadan kerana segala keberkatan Ramadan mesti diambil sebaik mungkin tanpa meninggalkan kerjaya utama sebagai anak seni.

"Jika boleh, kita jangan jadikan alasan untuk tidak melakukan apa-apa pekerjaan pada bulan puasa ini hanya kerana alasan beribadat. Lagipun menerusi Ramadan Oh Ramadan, ia dikira satu ibadat kerana mengajak seluruh umat Islam menghayati bulan mulia ini menerusi nyanyian. Apatah lagi, dakwah menerusi lagu sudah terbukti keberkesanannya berbanding ceramah biasa," katanya.

Album terbitan Titan Loyal Marketing Sdn Bhd itu hanya memuatkan satu lagu Ramadan Oh Ramadan dinyanyikan Nazrey manakala bacaan niat puasa, doa berbuka puasa dan Takbir Raya oleh Amran Raihan.

Beritahu Nazrey, aktivitinya sepanjang Ramadan penuh dengan jemputan berbuka puasa, persembahan dan rakaman album keempat yang bakal dikeluarkan selepas raya nanti. Berkonsepkan lagu 'Rintihan kepada Allah swt', Nazrey memberi kelainan pada melodi muzik yang akan dibawanya nanti.

"Lagu seperti pengakuan kepada Tuhan, selawat, zikir mendapat sambutan meluas. Dari situ, saya dapat idea untuk tampil dengan produk sedia ada, tetapi mempelbagaikan muziknya. Orang selalu kata kenapa ambil lagu lama dan tidak ada idea baru ke ? Kalau hendak cakap mengenai idea, kami banyak cadangan untuk buat lagu. Tetapi, lagu baru pun belum tentu dapat dimainkan di radio.

"Jadi, rasanya tidak salah apabila menggunakan lagu yang sudah diminati ramai, tetapi olahan muziknya untuk satu kelainan. Lagu apa yang akan digunakan nanti, saya tidak mahu beritahu lagi. Kalau hendak tahu, tunggulah kemunculan album keempat saya nanti," katanya.

Sumber : MY METRO

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More