Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Saturday, September 26, 2009

"KONSERT EID CELEBRATION DITANGGUHKAN"



BERITA @ FN

RAIHAN

"SEMANGAT Raihan untuk menjayakan Konsert EID Celebration di Leicester Hall, London pada 24 September ini, nampaknya sekadar impian semata-mata kerana terpaksa ditangguhkan penganjur berikutan berlakunya demonstrasi anti-Islam di kota itu sekarang"

Penduduk London dikejutkan dengan isu anti Islam dengan slogan Stop Islamisation Of Europe (SIOE) menyebebakan berlaku demonstrasi dan beberapa masjid dibakar.

Justeru, enggan menanggung sebarang risiko terutama membabitkan nyawa dan keselamatan orang ramai, penganjur Leicester Hall Centre mencapai kata sepakat menangguhkan konsert itu buat masa ini.

Anggota Raihan, Che Amran Idris berkata, sebaik dimaklumkan mengenai penangguhan konsert itu petang kelmarin, tidak dinafikan mereka agak kecewa kerana sudah bersiap sedia menghiburkan penonton dengan lagu nasyid popularnya.

"Kami juga giat mengadakan latihan demi memastikan persembahan untuk tiga malam berturut-turut itu berlangsung dengan jayanya. Bagaimanapun, tidak sangka ia terpaksa ditangguhkan tiba-tiba atas sebab pakatan demonstrasi anti-Islam.

"Tidak tahulah sampai bila, tetapi mungkin apabila keadaan sudah reda, perbincangan semula akan diadakan untuk menetapkan tarikh baru konsert.

"Apa yang pasti, sukar untuk memaklumkan sama ada konsert ini akan betul-betul berlangsung atau sebaliknya. Melihatkan keadaan tengah 'panas' di sana (Leicester) sekarang, semua aktiviti berunsur dakwah dan membabitkan penyertaan orang Islam dibatalkan.

"Penganjur tidak mahu bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara tidak diingini ketika konsert itu nanti. Ini membabitkan keselamatan dan nyawa ramai orang. Jadi, adalah lebih baik ia ditangguhkan dulu," katanya.

Selain Che Amran, Raihan turut diterajui tiga anggota lain iaitu Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim dan Zulfadli Mustaza. Pernah popular dengan lagu Puji Pujian sebelum ini, Raihan sebenarnya sering diundang mengadakan persembahan di luar negara.

Antara negara pernah dikunjungi ialah Trinidad & Tobago, Russia, Cape Town, Afrika Selatan, Kanada, Indonesia, Singapura, Johannesburg, Thailand, Manchester dan Glasgow termasuk membuat persembahan di Royal Albert Hall, London pada Mac tahun lalu.

Kata Che Amran, mereka menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan buat mereka terutama menjelang Aidilfitri yang akan diraikan umat Islam di seluruh dunia, esok.

"Tiket masih dijual cuma konsertnya tidak tahu bila akan berlangsung selagi isu demonstrasi anti Islam itu tidak selesai. Apapun, Raihan tetap mengharapkan supaya isu ini dapat ditangani secepat mungkin.

"Ia isu yang besar dan tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan soal keselamatan dan nyawa. Justeru, besar harapan saya dan anggota Raihan yang lain seandainya isu ini dapat diselesaikan segera. Sehubungan itu, kami perlu sabar menunggu tarikh baru.

"Apapun, kami akan teruskan perjuangan dakwah kami menerusi muzik yang disifatkan tiada sempadan. Menerusi muzik, kami boleh merentasi dunia untuk berbakti pada agama dan negara. Namun, sekarang ini berlaku pula perkara tidak dijangka.

"Oleh itu, nampaknya tahun ini Aidilfitri yang sepatutnya diraikan Raihan di luar negara hanya tinggal harapan. Yang pasti, kami akan beraya di tanah air bersama keluarga. Justeru, apa yang berlaku ini kami anggap sebagai dugaan Tuhan," katanya.

Kata Che Amran, demonstrasi anti-Islam itu tidak selalu berlaku. Namun, tidak tahu pula mengapa sempena Aidilfitri tahun ini tiba-tiba saja ia tercetus. Penerbangan mereka ke London mendapat tajaan syarikat penerbangan Air Asia.

Sumber : MY METRO

BERITA @ FN


Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More