Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, September 11, 2009

MAIZA NAFI SAMA DENGAN ISU INA NAIM

BERITA @ FN

Maiza patah semangat bila dikritik tidak boleh menyanyi !


Maiza ketika merakamkan lagu di salah sebuah studio di Ampang pada 2 September lalu.

BELUM pun sempurna lagu single 'Ketentuan' dirakamkan, video rakaman lagu ini sudah tersebar luas. Malah, disebabkan pengedaran video itu juga, ramai yang menempelak dan mengkritik Maizawati Zainal kerana memilih bidang nyanyian sebagai sumber pendapatan.

“Memanglah suara itu aurat wanita tetapi niat saya hanya untuk beri nasihat dan berdakwah kepada orang yang senasib dengan saya,” ulas pelakon iklan, duta produk dan penyanyi Maizawati Zainal mengenai kritikan orang ramai yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan keputusannya memilih bidang nyanyian sebagai sumber pendapatan.

Bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy yang mesra dengan panggilan Maiza ini baru selesai merakamkan dua buah lagu termasuk single ‘Ketentuan’ yang video rakaman lagu itu telah tersebar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Maiza yang tidak berpuas hati dengan perkara itu berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika orang itu meneruskan penyebaran video di laman web YouTube itu.

“Itu bukan yang sebenar! Lagu itu belum selesai diadun, tetapi orang telah menilai dan mengatakan Maiza sudah tidak dapat menyanyi dengan baik.

“Benda tu telah melemahkan semangat saya. Jadi jangan cepat sangat menilai. Apa-apa tunggu dulu lagu itu siap.

“Saya telah memberi amaran kepada orang itu (menyebarkan video) namun saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras terhadap sesiapa yang menyebarkan tanpa pengetahuan saya.

“Lagipun, video itu melibatkan rakaman vokal saya yang belum diadun menjadi sebuah lagu. Jadi, orang akan membuat pelbagai tanggapan apabila menonton video itu.


“Saya juga belum memutuskan untuk menjual lagu itu secara terbuka,” kata Maiza dalam nada tidak puas hati.

Kata Maiza, dia akan berbincang dengan peguamnya, Zulkifli Che Yong yang pernah mengendalikan kes cerainya dengan Akhil sebelum ini terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

Jelas ibu tunggal kepada enam orang anak ini, dia hanya baru bersetuju untuk merakamkan lagu raya, 'Tibanya Hari Raya' dan lagu ‘Ketentuan’ itu secara kebetulan setelah berbincang dengan pihak Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN).

Duta Koleksi Tudung Myza dan BondaMama.com di bawah YPN ini akui memang meminati dunia nyanyian namun tidak sampai tahap untuk menyanyi secara terbuka di hadapan publik.

“Saya rancang untuk menjual album single ‘Ketentuan’ secara tertutup bagi pembeli produk jubah dan kek jenama Maiza di bawah Maiza Collection Enterprise.

“Maksudnya saya hanya ingin mensasarkan kaum muslimah untuk mendengar lagu itu lagipun lagu itu lebih berkaitan dengan jiwa wanita dan berunsur ketuhanan.

“Manakala lagu 'Tibanya Hari Raya' yang dinyanyikan secara beramai-ramai sahaja yang boleh diedarkan kepada orang ramai menerusi jualan muat turun ‘caller ringtone’” ujarnya.

‘Caller ringtone’ itu sudah boleh dimuat turun mulai semalam, 9 September dengan menaip khidmat pesanan ringkas (SMS) CMT 68117 atau 68118 dan hantarkan ke 22990 bagi pengguna Celcom sahaja. Setiap muat turun dicaj RM3.50.

Tambah Maiza, jika ada jemputan persembahan nyanyian pun, dia hanya menyanyi di majlis tertutup yang menghimpunkan kaum wanita.

Namun, Maiza menafikan yang dia mula terfikir untuk melakukan ‘pembaharuan’ itu setelah dikritik teruk oleh pelayar-pelayar internet.

“Saya memang dah lama fikirkan perkara ini sebelum orang memberi komen tentang nyanyian saya cuma saya tak hebahkan kerana ia belum diputuskan secara rasmi.

“Saya akui silap kerana terlalu percayakan orang dan tidak sangka perkara ini akan menjadi seperti ini.

“Selepas ini saya akan pastikan setiap perkara yang dilakukan akan dibuat setelah ada surat hitam putih. Sekarang, saya cuma mahu nama saya dibersihkan.

“Banyak maklumbalas yang saya terima mengatakan mereka tidak bersetuju dengan apa yang saya lakukan ini (nyanyian),” tegasnya.

Maiza turut memberitahu yang dia belum bersetuju untuk membuat album dan sekadar menerima untuk membuat single kerana baru mendapat lamaran.

“Perkara ini belum ada kata putus..rakaman sudah siap tetapi saya hanya fikirkan untuk membuat lagu itu (Ketentuan) sebagai bonus untuk mempromosikan produk saya dan menumpukan kepada kaum wanita,” katanya yang turut menjawab tentang isu disamakan dengan bekas tunang penyanyi Mawi, Ina Naim.

Nafi sama dengan isu Ina Naim

Ina mula menerima tempias populariti Mawi dan menceburkan diri dalam bidang nyanyian namun karier itu hanya sekerat jalan. Kini Ina juga sedang bahagia setelah berkahwin dengan salah seorang penyanyi kumpulan nasyid In-team, Suhaimi.

Lantas Maiza terus menafikan dan tidak berpuas hati apabila nasib dirinya disamakan dengan Ina.

“Saya nak jelaskan yang kes saya tidak sama langsung dengan Ina Naim, jadi kenapa nak timbulkan isu ini.

“Saya tak setuju dengan pendapat itu. Jangan cepat menilai atau mendengar dari gosip dan biarlah dari mulut Maiza.

“Belum apa-apa orang dah samakan dengan Ina Naim. Saya hanya berkongsi (nyanyian) dengan kaum hawa,” luahnya. Dalam masa yang sama, Maiza juga berkata dia tidak pernah menyesal untuk memilih kariernya sekarang walaupun dikritik hebat.

“Saya tak menyesal..manusia cepat buat keputusan dan menilai. Saya mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan saya kerana saya juga manusia biasa..,”ujarnya yang merancang untuk mengedarkan lagu ‘Ketentuan’ bersama produknya pada Oktober nanti.

Sumber : MSTAR

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More