Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Sunday, September 13, 2009

KEHILANGAN ARWAH "RABBANI" TERUS BERDIKARI

BERITA @ FN

"Kami sekarang macam anak kehilangan bapa, terpaksa berdikari
"

Anggota Rabbani tidak dapat gambarkan suasana Aidilfitri tanpa kehadiran Allahyarham Ustaz Asri



BAJU Melayu rona hijau serindit yang digayakan anggota kumpulan Rabbani ketika menziarahi pusara Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim, 40, di kawasan perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Sabtu lalu, mencatat kenangan sukar dilupakan.


BAJU Melayu rona hijau serindit yang digayakan anggota kumpulan Rabbani ketika menziarahi pusara Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim, 40, di kawasan perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Sabtu lalu, mencatat kenangan sukar dilupakan.

Baju itu sepatutnya dipakai mereka ketika membuat persembahan pada 1 Ramadan lalu sempena majlis perasmian Bazar Ramadan 2009 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur tetapi nampaknya tidak kesampaian.

Beberapa hari sebelum vokalis utama Rabbani itu menyahut panggilan Ilahi pada 13 Ogos lalu, beliau dan anggota Rabbani yang lain seperti biasa pergi ke butik Zul Declassique di Kajang untuk menempah baju Melayu sempena menyambut Ramadan dan juga bakal digayakan pada Aidilfitri ini.

Antaranya termasuk kain rona hijau itu yang menjadi pilihan mereka semua. Namun lain daripada kebiasaan, hari itu Asri tidak jadi mengukur baju kerana dia bergegas hendak pergi ke majlis doa selamat. Yang lain turut tidak jadi memberi ukuran kepada pemilik butik berkenaan.

Bagaimanapun, tiada siapa menduga kelainan sikap Asri pada hari itu menandakan dia akan meninggalkan segala yang diperjuangkan dan disayangi untuk selamanya.

Apabila dia sudah tiada, satu persatu sikap peliknya didalami anggota Rabbani yang lain, Azadan Abdul Aziz, Asri Ubai, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Menurut Azadan yang juga Pengurus Komunikasi Korporat dan Acara Rabbani Production (M) Sdn Bhd, dua hari sebelum Asri pergi buat selamanya, dia mengarahkan semua anggota Rabbani mengambil gambar korporat beramai-ramai untuk dibuat kad raya.

"Kami rasakan ia masih terlalu awal tetapi Asri beria-ia supaya kami mengambil gambar itu kerana katanya takut tak sempat. Saya ingatkan 'tak sempat' tu maksudnya sibuk menjelang Ramadan ini. Rupa-rupanya maksud arwah terlalu jauh perginya. Gambar itu sudahpun siap sebelum dia pergi tetapi kami kesuntukan masa membuat kad raya tahun ini.

"Setiap tahun Allahyarham akan mengingatkan kami hendak pakai baju warna apa untuk sesi fotografi itu dan juga pada pagi raya. Sekarang apabila dia sudah tiada, terpaksalah kami mengingati sesama sendiri. Kami sekarang macam anak kehilangan bapa, terpaksa berdikari.

"Allahyarham juga mahu kami segera menempah baju raya untuk dipakai ketika sesi fotografi bersama media dan juga digayakan sewaktu membuat persembahan dan raya nanti. Dia juga menghubungi semua rakan lamanya bertanyakan khabar mereka.

"Seminggu dua sebelum dia meninggal dunia, pilihan makan minumnya juga tidak menentu. Biasanya Allahyarham suka minum teh tarik, tetapi detik akhir kami bersamanya, dia pesan kopi O ataupun Nescafe tarik. Dia juga tidak tahu hendak makan apa.

"Sewaktu membuat rakaman di TV3, Allahyarham berasa amat sejuk sehingga dia terpaksa memakai jaket. Sebelum ini, perkara itu tidak pernah berlaku. Jika bermalam di hotel, dia akan membuka penyaman udara tahap maksimum.

"Allahyarham juga berpesan kepada kami, membaca surah Yasin setiap pagi selepas solat Subuh. Mesyuarat terakhir kami dengannya, dia mengingatkan kami supaya mengemas kini urusan syarikat.

"Apabila direnungkan semula, banyak sekali 'tanda'menunjukkan yang dia akan pergi buat selamanya. Namun sebagai manusia biasa, siapalah kita untuk 'memahami' segala tanda itu melainkan Allah SWT.

"Dalam menunggu detik 1 Syawal ini, berkecamuk perasaan antara gembira hendak berhari raya dengan keluarga tercinta juga terasa pilu meraikannya tanpa Allahyarham," katanya.

Tambahnya, sejak lima enam tahun lalu, pada hari raya pertama, mereka sering mendapat undangan mengadakan persembahan di luar ibu kota dan biasanya sebelum bertolak, mereka akan bersolat raya bersama di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

"Selepas itu, kami akan bermaafan sebelum bertolak ke tempat persembahan. Macam mana saya dan anggota Rabbani yang lain tidak terasa kehilangannya kerana sebahagian besar masa kami bersama Allahyarham. Tak tahulah macam mana Syawal ini tanpanya.

"Apatah lagi pada Syawal ini kami tiada di tanah air kerana memenuhi undangan menjayakan Festival Nasyid di Dubai. Disebabkan itu, kami menziarahi pusara Allahyarham lebih awal. Inilah kali pertama kami ke luar negara tanpanya. Ketika wakil di sana menghubungi saya untuk menjemput Rabbani mengadakan persembahan di sana, saya beritahu mereka Asri sudah tak ada.

"Mereka maklum akan perkara itu dan tetap ingin menjemput kami ke sana. Kami tak sangka tanpa Asri, layanan yang diterima masih seperti dulu dan tawaran membuat persembahan pun banyak. Rabbani akan berangkat ke Dubai pada 19 September ini dan balik pada 23 September. Nampaknya tahun ini kami beraya di luar negara," katanya.

Selain itu, pada musim cuti persekolahan November dan Disember ini, Rabbani Productions Sdn Bhd bekerjasama dengan Syarikat Albayan Corporation Sdn Bhd menganjurkan Kembara Ilmu Bersama Rabbani ke Jordan, Syria dan Lubnan.

"Kembara ilmu itu adalah kursus intensif bahasa Arab di Jordan sambil menyelami adat budaya dan kehidupan masyarakat di sana. Pakej itu dibahagi kepada dua, pakej A selama dua minggu berharga, RM7959 dan pakej B pula belajar selama sebulan (RM8900). Mereka yang berminat menyertai kembara ilmu itu hubungi, 03-79561190 atau 012-628 0730.

"Semua peserta untuk kedua-dua pakej itu akan melalui perkara asas yang sama iaitu menyertai pelbagai program dan aktiviti di ketiga-tiga negara berkenaan. Tinggal lagi mereka yang pergi dengan pakej B akan terus menyambung latihan intensif belajar bahasa Arab di Jordan.

"Pakej A akan berangkat ke sana pada 20 November ini dan balik pada 3 Disember. Peserta pakej B juga akan berangkat pada hari sama tetapi pulang ke tanah air pada 20 Disember. Program kembara ilmu itu akan diketuai wakil Al-Bayan, Datuk Mahmud Abdul," katanya.

Jelas Azadan, apabila berkunjung ke bumi anbia itu, ada juga yang bersungut asyik melawat makam nabi dan sahabat Rasulullah s.a.w serta masjid.

"Tahukah mereka betapa besarnya pahala melawat makan nabi dan sahabat Rasulullah yang bersamanya berjuang menegakkan syiar Islam. Dengan melawat tempat bersejarah seperti itu, kita dapat membina sahsiah diri. Jangan asyik mementingkan hal keduniaan sehingga mengabaikan akhirat," katanya.

Sumber : MYMETRO

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More