Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, September 4, 2009

"MUDAH BEKERJASAMA DENGAN HUJAN",KATA RAIHAN

BERITA @ FN

Dimas: Raihan bukan tumpang populariti Hujan!


Raihan dan Hujan ketika mengadakan persembahan bersama di 'Melodi Raya' baru-baru ini. -foto TV3

KEDUA-DUA kumpulan ini lahir dari latar belakang muzik yang berlainan iaitu nasyid dan indie.

Kedua-dua kumpulan ini lahir dari latar belakang muzik yang berlainan iaitu nasyid dan indie.

Namun, tidak hairan mereka boleh bersatu menerusi lagu duet ‘Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda’ yang dihasilkan sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini.

Raihan mahupun Hujan masing-masing saling mengagumi bakat antara satu sama lain maka tidak hairanlah mereka boleh berpadu tenaga menerusi single yang akan dikeudarakan di radio mulai hari ini, 2 September manakala pelancarannya dilakukan pada 9 September.


Dimas(kanan)bersama anggota Hujan yang lain ketika memenangi anugerah di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16 pada Mei lalu.

MStar menghubungi ketua kumpulan dan vokalis Che Amran daripada Raihan manakala pemain keyboard Hang Dimas mewakili Hujan dalam temubual secara berasingan itu.

MStar: Bila lagu ini dirakam?

Hujan: Pada awal bulan puasa baru-baru ini. Rakaman bermula selepas terawih dalam pukul 11 malam hingga waktu sahur.


Che Amran (kiri) bersama anggota Raihan yang lain.

Rakaman ni mengambil masa selama tiga hari kerana cara Raihan merakamkan lagu biasanya banyak ‘layer’ kerana satu ‘voicing’ ada dalam lima kali rakaman.

Hujan lebih banyak menumpukan kepada muzik manakala vokal pula didominasi oleh Raihan dan hanya sedikit daripada Noh.

MStar: Mudah atau tidak untuk bekerjasama antara satu sama lain?

Raihan: Alhamdulillah, masing-masing ada idea yang sama dan senang untuk berbincang dengan kumpulan Hujan. Dalam masa seminggu sahaja kami sudah berjaya menyiapkan lagu ‘Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda’ ini.

Hujan tiada masalah untuk menghayati lagu itu kerana selepas dua hingga tiga kali berbincang, mereka lebih menumpukan kepada susunan muzik manakala Raihan lebih kepada vokal.

Lepas ni, insya-Allah kami akan terlibat untuk bekerjasama dalam membikin klip video lagu itu pada minggu hadapan di sekitar Kuala Lumpur.

Hujan: Kami rasa tak susah untuk berkolaborasi dengan Raihan cuma agak segan dengan kerana mereka lebih ‘senior’ dan sangat terkenal di sini dan luar negara.

Memang dua atau tiga hari sebelum puasa semasa mereka memberikan lagu itu, kami rasa tak puas hati sangat tetapi lepas berbincang pada esok harinya tu, baru ‘ok’. Kami nak lagu tu ada ‘feel’ Hujan dan tak nak lagu itu dibuat ‘asal ada’ sahaja kerana kami mempunyai ‘feel’ sendiri. Lepas kami buat ‘demo’ baru, akhirnya mereka bersetuju...

MStar: Bila terfikir idea untuk bekerjasama melalui lagu raya ini?

Hujan: Pada tahun lepas, Raihan ada hubungi Noh untuk buat lagu itu tapi lama lepas tu kami tak mendengar apa-apa berita.

Lepas tu, Hujan pula sibuk dengan aktiviti lain hinggalah tahun ni kami berjumpa semula.

MStar: Adakah populariti Hujan yang membuatkan Raihan memilih band itu?

Raihan: Dari segi komersil memang kami memilih kumpulan itu disebabkan populariti mereka namun ‘pengikut’ masing-masing berbeza.

Hujan: Tidak. Saya rasa ‘chemistry’ yang ada selepas mereka berjumpa dengan Noh tahun lepas membuatkan mereka selesa untuk memilih Hujan.

Mereka hormati muzik kami dan mungkin itu yang membuatkan Raihan mahu berkolaborasi dengan kami.

MStar: Bagaimana dengan kos untuk menghasilkan lagu ini?

Hujan: Kami berkongsi bajet untuk membuat lagu ini. Kami juga masih belum dapat jumlahkan berapa kosnya kerana selepas ini Hujan dan Raihan akan terlibat dalam pembikinan klip video untuk lagu itu pula.

Insya-Allah, kita akan buat klip video itu berkonsepkan kampung di kawasan Kampung Baru. Kami belum berbincang mengenai pakaian, mungkin masing-masing akan mengenakan baju Melayu.

MStar: Adakah lagu ‘Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda’ ini kedengaran seperti lagu raya indie?

Raihan: Bunyi lagu itu lebih menjurus ke arah rentak muzik 60-an, ada sedikit sentuhan muzik indie dan bergenre pop.

Lirik lagu ini pula lebih berkisarkan tentang pengorbanan ayah dan bonda untuk menggembirakan anak-anak di Hari Raya.

MStar: Mungkinkah Raihan dan Hujan mempunyai perancangan untuk bekerjasama lagi selepas ini?

Raihan: Insya-Allah, bukan sahaja dengan Hujan tetapi dengan banyak kumpulan lain lagi..

Hujan: Mungkin, kita akan bekerjasama lagi selepas projek ini kerana dah rasa rapat seperti abang kami. Mereka sempoi..

MStar: Ada perancangan lain pada masa akan datang?

Raihan: Pada Hari Raya ketiga nanti, Raihan akan berlepas ke London untuk membuat persembahan sempena Aidilfitri di Leicester.

Hujan: Album kami, ‘Mencari Konklusi’ akan berada di pasaran mulai dua minggu sebelum raya dan dilancarkan selepas raya nanti.

Selepas itu, kita juga akan mengadakan jelajah promosi di seluruh Malaysia bermula dengan Kuala Lumpur seterusnya Singapura dan Indonesia.

Sumber : MSTAR

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More