Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, September 4, 2009

RAIHAN TERKUBUR ?

BERITA @ FN

Raihan bakal berkubur?


ZULFADLI, Che Am dan Abu Bakar (dari kiri) sering tampil bertiga.


TAHUN ini genaplah 13 tahun perjuangan kumpulan nasyid terkenal Raihan dalam industri seni tanah air. Pelbagai dugaaan telah dihadapi dan dalam masa yang sama mereka turut meraih kejayaan yang berganda dan mengekalkan rekod sebagai artis yang meraih penjualan album tertinggi melalui Pujian-Pujian tahun 1996.

Raihan kini bukan lagi kumpulan nasyid picisan malah sudah bergerak ke serata dunia. Kalau penyanyi lagu genre lain mengeluh sukar untuk menembusi pasaran Indonesia misalnya, lain pula cerita kumpulan Raihan yang menjadikan negara seberang itu lokasi persembahan mereka dalam aktiviti tahunan.

Selain itu, mereka juga telah membuat persembahan di London, Rusia, Kanada, tujuh bandar utama di Perancis sebanyak tiga kali dan beberapa buah negara lagi.

Namun, Raihan kini yang diterajui oleh Che Amran Idris , 40, Abu Bakar Md Yatim, 39, dan Zulfadli Mustaza, 25, seakan-akan tenggelam dalam dunia hiburan tempatan. Ada juga pihak yang mendakwa kononnya Raihan bakal berpecah sementelah selepas ditinggalkan Nazrey Johani manakala seorang lagi anggotanya Amran Ibrahim, 38, juga jarang kelihatan bersama kumpulan Raihan lewat kebelakangan ini. Apakah benar Raihan di ambang kehancuran?

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, ikuti tembual Kosmo! bersama Raihan yang ditemui pada majlis berbuka puasa di Kelana Sentral, Kelana Jaya baru-baru ini.

Ada yang nampak seolah-olah populariti kumpulan Raihan semakin lama semakin tengelam. Komen?

ABU BAKAR: Setelah 13 tahun dalam perjuangan nasyid, populariti itu sudah tidak penting. Dulu mungkin kami rasa lain, semasa di awal kemunculan. Tetapi sekarang ini kami teruskan perjuangan seperti biasa dan rasanya kami masih ada ramai peminat. Cuma mungkin persembahan kami tidak disiarkan di media massa, orang tak tahu sangat.


RAMADAN kali ini Raihan lebih senang menerima undangan dalam negara bersama rakan-rakan artis nasyid yang lain.


Tawaran sempena Ramadan?

CHE AMRAN: Alhamdulillah, sepanjang Ramadan kami membuat persembahan di Kelana Sentral bermula pada 22 Ogos lalu sehingga 18 September depan diselang-seli dengan beberapa kumpulan nasyid yang lain seperti Rabbani, Hijjaz, Inteam dan Saujana.

Biasanya Ramadan Raihan di luar negara, tahun ini tidak dapat undangan ke?

CHE AMRAN: Sebelum ini kami banyak menerima undangan membuat persembahan di luar negara, seperti bulan Februari dan Mac kami sudah ke Indonesia dan ada beberapa lagi undangan seperti di Bosnia, Rusia dan Thailand. Pada raya ketiga depan kami akan terbang ke London selama seminggu untuk membuat persembahan tiga hari berturut-turut di sana. Jadi lebih baik untuk Ramadan kali ini, kami mahu di dalam negara saja.

Meskipun kelihatan sibuk, ada dakwaan kononnya kumpulan Raihan bakal berpecah, betul ke?

ABU BAKAR: Tidak! Kami tidak berpecah. Selagi kami mampu untuk perjuangankan irama nasyid serta harumkan nama negara di bumi luar selagi itu kami akan teruskan. Kalau kami tidak buat siapa lagi yang akan buat?

Mungkin khabar angin itu ada kaitan apabila Amran jarang kelihatan bersama Raihan akhir-akhir ini? Kenapa ya?

CHE AMRAN: Dia masih bersama Raihan, cuma berehat seketika kerana ada ahli keluarganya tidak sihat. Insya'allah persembahan kami di London, Amran akan turut serta. Dia masih kekal dengan Raihan dan sama-sama meneruskan perjuangan kami.

Selain itu khabarnya Raihan tidak berpuas hati dengan pihak-pihak tertentu? Benar ke?

ABU BAKAR: Bukan tidak puas hati tetapi sedikit kecewa dengan badan kerajaan dan golongan korporat di negara kita. Kami dapat banyak undangan untuk ke luar negara tetapi sukar untuk mendapat tajaan. Orang di negara luar suka muzik Raihan kerana kami membawakan muzik Malaysia dan secara tidak langsung mempromosikan negara kita di luar. Tetapi macam yang saya katakan, malangnya, kami sukar mendapat tajaan. Apa salahnya sokong pemuzik Malaysia sendiri? Akhirnya untuk persembahan kami di London telah ditaja oleh Datuk Tony Fernandez dari Air Asia. Walaupun dia bukan Islam tetapi dia tetap menyokong kami.

Sudah mendapat tajaan apa yang dikesalkan lagi?

CHE AMRAN: Apa yang dikesalkan bila orang luar yang lebih menghargai dan menyokong muzik kita daripada orang negara sendiri. Sayanglah, muzik Raihan iaitu muzik Malaysia sudah diterima orang luar, kalau berhenti sekarang ia akan berkubur begitu sahaja. Bagaimanapun saya yakin kami masih punyai peminat cuma peluang dan ruang untuk kami lebih jauh ke depan semakin sukar.

ABU BAKAR: Kalau dalam negara kami sudah capai yang kami hajati. Dengan beberapa anugerah dalam genggaman kami tandanya muzik nasyid bukan muzik kelas kedua lagi. Cuma pemikiran pihak tertentu yang memandang sepi kepada muzik aliran nasyid belum berubah, sedangkan peminat menerima apa sahaja yang dihidangkan kepada mereka.

Selepas ini ke mana hala tuju Raihan?

CHE AMRAN: Kami akan teruskan perjuangan kami, kalau sudah tidak ada sokongan sangat, terpaksalah kami melakukan kerjaya nyanyian ini sebagai kerjaya sambilan sahaja dan mula mencari kerja tetap.

Kami juga baru saja muncul dengan dua lagu single ciptaan kami sendiri iaitu Doa Niat Puasa dan lagu raya Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda duet bersama Hujan. Kami harap peminat masih kekal menyokong perjuangan Raihan di masa depan.

Sumber : KOSMO

BERITA @ FN



Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More