Browsers Compatible

Internet Explorer 8 for Windows Vista  Opera Browser  Chome Browser  Safari Browser  Flock Browser Firefox Browser


Friday, September 4, 2009

WAHEEDA "PENGURUS PERIBADI" AKHIL HAYY

BERITA @ FN

Waheeda kini pengurus Akhil


AKHIL HAYY DAN ISTERINYA, WAHEEDA PADA HARI PERNIKAHAN MEREKA, BARU-BARU INI


BAGI pasangan pengantin yang baru sahaja diijab kabul, percutian bulan madu sering diberi perhatian kerana ia dikatakan mampu meninggalkan kenangan manis buat pasangan terbabit.

Bagaimanapun, bagi penyanyi, pendakwah dan pengacara, Akhil Hayy bersama pasangannya, Waheeda, mereka tidak menjadikan bulan madu sebagai agenda utama selepas bergelar suami isteri pada 16 Ogos lalu.

Sebaliknya, Akhil menjadikan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri kali ini sebagai peluang terbaik untuknya mengeratkan lagi hubungan Waheeda dengan dua anaknya.

"Untuk bulan puasa ini tumpuan ana (saya) ialah bagi mengeratkan lagi hubungan isteri ana (Waheeda) dengan dua anak ana iaitu Siti Nurmaisarah dan Mohd. Sharif Hidayatullah.

"Antaranya dengan membawa isteri ana dan anak-anak ana itu berbuka puasa di kampung keluarga ana di Gopeng, Perak, pada 1 Ramadan lalu. Tidak lama selepas itu kami berpuasa pula di rumah keluarga Waheeda di Bukit Jelutong, Shah Alam.

"Secara tidak langsung, ana anggap ini juga suatu honeymoon (bulan madu) kami," katanya kepada Hits ketika ditemui pada majlis Astro Raya Screening 2009 di Rumah Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Akhil hadir seorang diri tanpa Waheeda di sisinya kerana difahamkan isterinya itu kurang sihat dan lebih senang berbuka puasa bersama-sama anak-anak tirinya di rumah mereka.

Selain melakukan ibadah puasa bersama-sama, bekas vokalis kumpulan rock D' Riyadh itu juga akan mengambil peluang yang sama sewaktu menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Kata Akhil yang juga pengacara sebuah rancangan dakwah, Cafe Akhil di Astro Oasis, dia sudah merancang perjalanannya untuk menyambut lebaran kali ini bersama isteri yang baru dinikahinya itu.

"Untuk program sempena raya kali ini ana sudahpun membahagi-bahagikan perjalanan kami sekeluarga. Pada 1 Syawal kami sekeluarga akan beraya di rumah keluarga ana di Gopeng.

"Selepas itu, mungkin pada raya yang ketiga kami akan pulang beraya di kampung keluarga Waheeda di Johor Bahru. Ini antara peluang terbaik bagi Waheeda merapatkan lagi hubungannya dengan anak-anak ana," ujarnya.

Majlis pernikahan mereka yang diadakan secara sederhana dengan dihadiri sanak saudara terdekat di Kuala Kubu Baru, Selangor itu seakan kurang lengkap tanpa adanya majlis resepsi.

Justeru, Akhil kini sedang sibuk menguruskan majlis resepsi itu yang bakal diadakan pada 31 Oktober ini bagi menjemput rakan taulan dan pihak media massa yang ramai tidak berpeluang hadir pada majlis akad nikah tersebut.

"Selepas puasa dan raya nanti, tumpuan ana terhadap majlis perkahwinan kami pula. Ia akan diadakan pada 31 Oktober ini di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

"Di samping rakan-rakan dan media massa, ana juga akan menjemput rakan-rakan artis seperti kumpulan In-Team untuk mengadakan persembahan bagi menghiburkan para tetamu pada majlis itu nanti.

"Sementara pada 7 November ini pula majlis resepsi akan diadakan di Dewan Gopeng di kampung ana di Gopeng. Ana sengaja tidak mahu buat di rumah kerana ibu ana, Azizah Daud (72 tahun) sekarang ini agak uzur," jelasnya.

Bercerita tentang pengalaman rumah tangganya bersama Waheeda, beliau bersyukur kerana isterinya itu tiada masalah untuk menyesuaikan diri sebagai suri rumah sepenuh masa selepas bersara sebagai penyanyi.

Malah, tambah Akhil itu tidak bermakna bakat seni Waheeda akan berkubur begitu sahaja, sebaliknya ia akan digunakan bagi membantu perjalanan kariernya sebagai penyanyi, pengacara dan pendakwah sepenuh masa.

"Kebetulan ana mempunyai studio sendiri di rumah. Jadi Waheeda boleh cipta lagu untuk ana nyanyikan pada masa depan. Secara tidak langsung, dia adalah PA (pengurus peribadi) ana walaupun tidak dibayar gaji," katanya lagi sambil ketawa kecil.

Sumber : UTUSAN

BERITA @ FN





Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More