BERITA @ FN
In-Heart kecewa dituduh murtad
Oleh Rozdan Mazalan
IN-HEART |
Gara-gara membuat penampilan tidak seperti imej kumpulan nasyid lain
Ini memberikan tamparan paling hebat yang terpaksa ditanggung oleh kumpulan ini sepanjang dua tahun bergelar anak seni.
Kumpulan In Heart mula dikenali selepas menyertai program realiti Akademi Nasyid yang pernah disiarkan TV9 pada 2008 lalu. Bermula dari situlah, In Heart memulakan langkah mereka sebagai anak seni dengan mendapat pelbagai undangan nyanyian di serata majlis.
Kini mereka bersyukur kerana peminat nasyid semakin menyukai mereka dan kumpulan ini berjaya mengumpul lebih 350 ahli kelab peminat sehingga hari ini. Tidak senang dengan peningkatan yang dilalui In Heart, ada pihak cuba memburukkan imej yang baru mereka bina tidak sampai setahun yang lalu.
Jurucakap mereka, Mohd Firdaus Kutip berkata, tuduhan yang tidak berasas itu menjadi kekuatan kepada mereka untuk menunjukkan siapa yang benar atau siapa yang bersalah.
“Apa yang menyedihkan kami berlima adalah pihak yang membuat tuduhan adalah kalangan yang berpendidikan tinggi, golongan berilmu tetapi tidak menggunakan ilmu itu dengan sebaik mungkin.
“Hanya kerana kami memakai seluar jean, baju T dan tidak mengenakan kopiah atau songkok ketika membuat persembahan kami dituduh murtad. Kami mendapat tahu perkara itu selepas dimaklumkan oleh ahli kelab peminat kami yang terbaca di laman blog,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran single mereka berjudul Sakura; Bertuturnya Sebuah Perjuangan di Bora Ombak, Ampang baru-baru ini.
Bagaimanapun, kata, Mohd Firdaus, semua tuduhan itu tidak melemahkan semangat mereka untuk terus menyanyi dan membawakan genre muzik nasyid.
Katanya, sepanjang dua tahun berusaha sedaya upaya untuk memajukan diri dalam industri ini, In Heart kini boleh berbangga apabila penantian mereka untuk melihat suara mereka dirakamkan ke dalam album akhirnya ternyata.
“Sejak berakhirnya program Akademi Nasyid, kami berlima terus memulakan kelas latihan vokal. Sejak itu hingga kini kami masih mengikuti kelas vokal demi memperbaiki mutu suara kami.
“Bermula dari situ jugalah kami memulakan mengumpul bahan untuk menghasilkan album dan inilah hasilnya single berjudul Sakura; Bertuturnya Sebuah Perjuangan dan dua lagi berjudul Yang Ku Cari serta Penantian Ini.
“Lagu di dalam single ini menggunakan khidmat Omar K selaku komposer dan penulis liriknya Zel Hadaun.
Selain Pitok, In Heart dianggotai oleh Khairul Rizam Abu Samah (Rizam), Razman Shah Ismail (Razman), Muhammad Khairi Abd. Rashid (Khairi) dan Mohd Hafiz Mohd Yusof (Hafis).
Sumber : BERITA HARIAN
BERITA @ FN
Copyright 2009 .::FENOMENASYID Islamic Entertainment::.
0 comments:
Post a Comment